March 22, 2011

Jangan jadi Anakku Sazali

Baru-baru nie tengok cerita Anakku Sazali.  Cerita pasal anak derhaka.  Coolio gila cerita tu.  Aku fans cerita P. Ramlee oke.  Bukan sebab si Sazali tu derhaka tahap nak makan selipar dengan bapak dia.  Bukan sebab si Sazali berjaya jadi kumpulan gangster terbesar di Singapura.  No and no with big capital N and O.  Aku tak gila sampai tahap tu minat tengok anak derhaka.  Kagum sebab pada masa cerita hitam putih, P. Ramlee dah boleh buat dan bawak watak ayah dan anak pada masa yang sama dan watak tu boleh bertemu antara satu sama lain dalam waktu yang sama.  Err..korang faham tak apa aku cuba nak fahamkan korang nie?  Kalau tak faham aku nak masuk kelas tuisyen si Nazrul la lepas nie.  Cerita tu senang nak faham.  Tak berbelit.  Moral of the story ialah jangan terlalu spoilkan anak-anak dengan kasih sayang sampai anak tipu pun boleh percaya macam tu jek.  Nak pulak buat muka macam Sazali.  Aku rasa macam nak bagi donkey kick jek kat budak bertuah tu.  Sederhana la dalam kasi kasih sayang kat anak-anak supaya anak-anak tak jadi spoilt brat.  Kalau ketegaq terang-terangan takpe jugak.  Masalah bila depan bapak tampar nyamuk pun tak mati.  Dekat belakang tampar nyamuk terus segala keturunan nyamuk terhapus.  Sebab tu dalam Islam pun dianjurkan untuk bersederhana kalau nak buat apa-apa pun.  Jangan la duk overdose sangat.  Ingat ye anak-anak, jangan la sampai jadi Anakku Sazali.  Syurga di bawah telapak kaki ibu tapi jangan lupa pada kasih si ayah.


Part dan dialog aku paling suka.  Wohoo!


Sazali rules! =p

6 horlicks ais:

Frodo Baggins said...[Reply to comment]

Kiwi, lu notice tidak masa bebudak ni nyanyi dekat tangga jeti 'tanya sama pokok' suara dak pompuan tu adooiiiiii


kah3x

shahjiehan said...[Reply to comment]

xpenah tgk cite ni..tp beto lah..beserhanaan lebih baik

Wild Cherry said...[Reply to comment]

Cite ni best kn am.. Lg2 lagu die... Pon best

Amanie Ashraff said...[Reply to comment]

@ Frodo Baggins lu tolong la jangan nak senakkan perut wa. haha adoiii

>.<

Amanie Ashraff said...[Reply to comment]

@ shahjiehan
awak boleh try tengok. berbaloi :)

Amanie Ashraff said...[Reply to comment]

@ Wild Cherry hehe am memang minat tengok cerita p. ramlee :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...