March 31, 2011

My lady is a boy-Chapter 5

Penuh di dapur dengan persiapan nak memasak.  Gaya macam nak buat kenduri.  Nick yang baru masuk ke dapur pelik melihat gaya ibunya yang beria-ia semacam.  Ada menteri nak datang melawat rumah ke?

"Gaya macam orang nak pergi beperang je."  Tiba-tiba Nick menegur ibunya yang sedang membelakangkan pintu dapur.

Terangkat bahu Puan Nora.  Terkejut dengan teguran Nick yang tiba-tiba. Usap-usap dada yang jelas berdegup laju bahana terkejut dengan teguran Nick tadi.  Nick yang melihat aksi ibunya mengukir sengih nakal.  Alamak!  Terkejut pulak ibu.  Lupa pulak aku adab-adab ketika ibu sedang memasak.  Pantang-larang ibu yang pertama.  Jangan tegur secara mengejut ketika ibu sedang memasak di dapur.  Nanti tak pasal-pasal ada yang arwah.  Ibu pun ganas macam aku jugak.  Nie mesti genetik ibu yang haru biru masa muda-muda dulu dapat kat aku. Heh macam mana la ibu boleh kahwin dengan ayah ek.  Mesti kelakar.  Sengih Nick makin lebar.

"Nick Aisha!  Terkejut ibu.  Kan dah ibu pesan banyak kali jangan tegur ibu macam tu.  Jantung ibu nie nak pakai lama lagi tau."  Puan Nora menjeling anaknya.

Nick ketawa.  Mangai! Ibu punya jeling memang menikam kalbu.  Tak payah pakai maskara pun dah cantik.  Patut la aku pun cantik.  Mesti aku pun ikut ibu.  Ayah pun boleh tahan kacak macam hero omputih zaman jesbon dulu-dulu.  Nick angguk-angguk kepala.

"Apa kena la dengan anak dara aku sorang nie.  Terangguk-angguk kepala.  Aisha, jangan buat perangai pelik kat dapur.  Baik tolong ibu siapkan dinner untuk malam nie."

"Ala ibu nie.  Still early la nak buat preparation nak masak dinner pun.  Lagipun ibu punya bahan nak masak hari nie macam nak makan 10 orang.  Who’s coming anyway?  Anak raja mana nak datang melawat?  Kalau nak ikutkan family kita 3 orang je."  Nick bertanya sambil menongkat dagu atas meja makan.

"Not really anak raja.  Ada la special guests ibu dengan ayah.  Nick pun kena joint sekali tau.  Jangan mengada nak bertapa dalam bilik.  And jangan nak bawak makanan masuk.  Bedroom is for sleeping not for having your meals."  Sambil memotong segala sayur-mayur atas meja, mulut Puan Nora cot cet cot cet pada Nick.

Nick terus meletakkan kepalanya di atas meja makan.  Oke satu lagi traits ibu yang dapat  kat aku.  Cakap non-stop!

***

"Ibu, you better tell me who is coming.  Kenapa sampai Aisha kena pakai macam orang nak pergi kenduri kahwin siap pakai tudung segala nie?  Tak kisah la pakai tudung tapi rasa macam nak pergi tengok konsert Nasyid pulak pakai macam nie."  Nick mengeluh.

Encik Fakrul yang baru turun daripada tangga terdengar bebelan Nick yang sedari daripada lepas maghrib tadi tak berhenti-henti.  Senyum melihat gelagat anaknya.  Dari segi penampilan memang anaknya berbeza habis dari 5 tahun lepas tapi perangai kasarnya tetap sama dari dulu sampai la 10 tahun akan datang.

"Cantiknya anak ayah.  Dah macam Ustazah Coklat.  Nora, silap-silap malam nie terus boleh nikahkan dia."  Encik Fakrul mengusik Nick.  Tahu Nick sensitif kalau cakap bab munakahat.

"Betul tu bang.  Biar berubah sikit perangai kalau dah jadi isteri orang.  Tapi Aisha masak air pun sampai kering cerek.  Macam mana nak kahwin.  Ish Aisha..Aisha…"  Puan Nora menggelengkan kepala seolah-olah seperti menyesali kelemahan Nick yang satu tu.

Bulat mata Nick.  Haii lain macam pulak ibu dengan ayah nie.  Tak kan ada orang nak datang meminang aku malam-malam buta.  Aku kawan dengan guys pun tak ramai.  Tak payah kira guna jari pun.  Nick mengetap bibir.

"Ibu ayah, tak kelakar oke cakap bab munakahat nie.  Kalau kelakar dah lama Aisha gelak.  Malam-malam cakap perkara yang nonsense."  Nick mencebikkan bibir sambil memeluk tubuh.

Ting tong!

Belum sempat Encik Fakrul nak mengusik Nick lagi, doorbell berbunyi.  Encik Fakrul dan Puan Nora pandang satu sama lain.  Nick buat tak tahu.  Fokus pada cerita Mr. Bean di tv.


Quite pendek chapter kali nie :|

6 horlicks ais:

azwa amani said...[Reply to comment]

best.. :)

la dolce said...[Reply to comment]

waaa~cepat2 sambung....suspens la plak....hehe...

ruki27 said...[Reply to comment]

anak sultan datang melawat ke??? haha!

Eja Razif said...[Reply to comment]

ahah...best2,,,.heheh....bila nk sbung..

shahjiehan said...[Reply to comment]

best2~!

Wild Cherry said...[Reply to comment]

Biar wc teka... ni mesti Fiz datang... Btol x?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...