March 24, 2011

My lady is a boy-Chapter 2

Pergi sekolah sama-sama.  Belajar sama-sama.  Makan sama-sama. Main sama-sama?  Lebih kepada kena buli sebenarnya.  Nick memang ada je akal nak kenakan Hafiz yang lembik macam sotong baru lepas keluar air.  Acah sikit je menangis.  Makin kuat tangisan Hafiz makin berbunga-bunga macam kat taman bunga hati Nick.  Kiranya suara Hafiz meraung, menangis irama paling merdu la yang Nick pernah dengar.

"Aisha, kenapa awak kotorkan baju Hafiz?" tanya cikgu sekolah rendah mereka, cikgu Sabariah.

"Ala cikgu tu baru sikit..eh tak..tak..Aisha tak sengaja tertepis sikit air atas meja pastu terkena baju Hafiz."  Nick tayang muka anak kucing sambil menundukkan kepala.

Cikgu Sabariah tenung muka comel Nick.  Boleh percaya ke cakap budak nie?  Dah banyak budak mengadu kat aku pasal tak tahan kena buli dengan Aisha.  Tapi dah dia buat muka macam tu kesian pulak aku tengok.  Nick yang menyedari Cikgu Sabariah tengah tenung mukanya, terus Nick lemparkan senyuman colgate.  Mata Nick yang bulat dan hitam macam guli bersinar-sinar tengok balik wajah Cikgu Sabariah.

"Kalau macam tu awak boleh balik semula ke kelas dan tolong cakap pada Hafiz saya nak jumpa dia sekarang."  Arah cikgu Sabariah.

"Aye aye cikgu"  Balas Nick sambil beri tabik hormat dan terus berlari keluar dari bilik guru.

"Oit mummy boy!  Cikgu Sab nak jumpa kau sekarang jugak.  Ingat eh Fiz.  Kalau kau cerita kat cikgu Sab, aku belasah kau sampai ada blusher asli dengan pakej aku ambik Mr. Fluffy kesayangan kau tu."  Nick goyang-goyangkan jari depan muka Hafiz.  Hafiz muka dah macam asam kedut.  Bila la aku nak selamat dari cengkaman budak jahat nie.

***

Hafiz hanya tunduk depan cikgu Sabariah.  Tak berani nak pandang mata cikgu.  Teringat ancaman Nick yang gila psiko tu.  Cikgu Sabariah duduk memeluk tubuh, perhatikan gelagat murid kecil yang tak macam lelaki dihadapannya.

"Hadi Hafiz, awak jangan takut.  Cerita je pada saya apa sebenarnya yang berlaku.  Awak kan lelaki awak kena berani cakap.  Kalau awak diam lagi senang orang nak buli awak."  Cikgu Sabariah bersuara memujuk.

Hafiz diam.  Aku tak sanggup mati di tangan Nick.  Kalau nak mati pun bukan sebab si potassium cyanide yang overdose bahaya tu!

Hafiz tampal sengih plastik.  "Takde pape pun cikgu.  Fiz dengan Aisha memang selalu dah gurau macam tu.  Aisha tak sengaja tadi.  Sikit je tapi Hafiz sengaja mengada-ngada.  Tak sangka pulak sampai cikgu nampak."  Sengih kekal di bibir.

Cikgu Sabariah angkat kening sebelah.  Ragu-ragu dengan jawapan daripada Hafiz. "Baiklah Hafiz.  Cikgu harap awak jujur.  Tapi kalau cikgu dapat tahu awak menipu awak sendiri tahu apa akibatnya kan".  Cikgu Sab menekankan suaranya di ayat terakhir.

Hafiz telan air liur.

***

"Dude, SPM dah nak habis paper lama lagi kan.  I’ll be missing these good old days masa kita zaman sekolah."  Nick merenung jauh ke hadapan petang itu.  Melepak lagi macam biasa dekat warung ABC pak cik angkat Nick.  Nick macam biasa simple dengan seluar tiga suku, snow cap dan t-shirt gedabak.

"Kenapa bunyi sedih ala-ala bawang merah kena dera dengan mak tiri tu?"  Bukan kau ke the very tak sabar one  nak habis sekolah?“  Hafiz pandang sekilas muka Nick sebelum sambung makan keropok lekor cicah air lada.  Emm marbeles!

Nick diam.  "Kalau aku takde kau akan sedih tak?"  Nick tanya tanpa pandang wajah putih bersih milik Hafiz.

"Mana!  Takkan aku nak sedih pulak!  Aku nak buat pesta KFC 7 hari 8 malam oke siap ada funfiair lagi.  Masuk adalah percuma.  Haha musuh dah takde mesti la aku happy."

"Ohh jadi selama nie kau tak suka aku wujud la ek?"  Nick membeliakkan mata sambil meluku kepala Hafiz.

"Adoii!  Ganas la kau nie.  Habis punah jambul aku.  Susah tahu nak dapat rambut yang guna jari pun boleh nie."  Hafiz membebel sambil membetulkan rambutnya.

"Serves you right.  Sape suruh cari pasal dengan Nick.  Aku je boleh buli kau tapi kau tak boleh buli aku. Huh!"

"M.E.M.B.E.B.E.L.  Nama jek macho. Nick...Nick..tapi membebel macam orang perempuan jugak.  Komplen sikit nak sentap.  Cakap lebat tapi tengok kucing sampai depan rumah tok imam kau lari."

Nick dah keluar aura nak membunuh.  Terus tertutup mulut Hafiz.  Sambung balik acara makan keropok berganti-ganti tanpa angkat muka.

2 horlicks ais:

Misz Yuyu said...[Reply to comment]

besh3 buh nama ala2 kakyu skit..nk watak jahat bole? kikikikii

Wild Cherry said...[Reply to comment]

Okey puas ati ade n3 baru... Ade smbungn x am?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...