March 28, 2011

My lady is a boy-Chapter 3

"Hah??  Pindah??  Kenapa tak beritahu aku awal-awal?"  Terkejut Hafiz pada malam tu apabila Nick cakap dia akan pindah ke Pahang tak lama lagi.  "Aku tanya kenapa kau kemas barang-barang kau cakap saje je nak kemas rumah la itu la ini la.  What the fish is going on now?  Why didn’t you tell me earlier about this pindah thingy?"
  
Nick buat muka tak bersalah.  Pertama kali tengok muka Hafiz serius macam terima perkhabaran agung daripada Laksamana Sunan.  Tapi ingat aku takut ke kau buat muka macam tu?  Tak lut laa.

"Bukan tak nak bagitahu la tapi leceh kalau aku bagitahu kat kau."

"Maksudnya kau memang berniat tak nak cakap kat aku la?"

"It’s not that la.  Tengok belum aku pindah lagi mata kau dah merah macam air sirap yang aku minum pagi tadi.  Tu belum aku pindah betul-betul lagi."

"What do you expect?  Kawan baik nak pindah mesti la aku sedih."  Hafiz mengelap matanya yang berair dengan tisu yang dirembat dari kedai Pak Dol.  Sebak yang dirasa bukan main-main.

"I thought kau orang yang paling suka kalau aku pindah.  Tu sebab aku malas nak heboh kat kau.  Gaya macam aku nak sangat je pindah.“  Nick bersuara rendah.

“Bullshit!  Kalau kau takde aku nak lepak dengan sape, sape nak buli aku?  Sape nak mess kan jambul aku.   Dan yang paling penting....."  Hafiz buat suara suspen.

"Apa?  Boleh tak jangan cakap half-half?"

"Sapa nak protect aku dari kena buli dengan budak-budak kecik tu?  Uwaaa......." Meraung terus Hafiz kat situ.

Papp!  Melekat tapak tangan Nick pada dahi Hafiz.

***

"Eat well and live well, dude."  Ucap Nick.  Masa untuk keberangkatan Nick telah tiba.  "Kau kena fight tahu.  Tak boleh manja-manja macam nie lagi.  Aku dah takde nak protect kau.  Taiko dah takde tahu.  Kalau nak suruh aku datang tolong kau kena ambil aku guna jet pejuang.  Baru cepat aku sampai."

"Silly you!  Nick, jangan la pindah.  I still need you.  Aku sunyi kalau kau takde.  Kau boleh stay dengan aku."  Hafiz cuba pujuk buat kali terakhir.

"Haha gila apa!  Kau buat apa pun aku tetap kena pindah jugak.  Kalau tak aku nak stay dengan sape kat sini.  Dengan kau memang la takde batasan aurat opss! Ehe maksud aku dengan aunty memang la takde batasan aurat.  Tapi dengan ayah kau dengan kau-kau sekali ada jadi tak nice la nanti.  Aku dah la suka berbogel dalam rumah."  Nick membalas selamba.

"Bengong!  Aku serius kau boleh buat lawak yang tak lawak lansung.  Nick, kau jangan lupakan aku eh.  Kalau kau dah jadi perempuan nanti jangan lupa kasi tahu aku.  Hari tu jugak aku akan rempit ke Pahang."

"Ayat mula-mula tu sejuk hati aku dengar tapi ayat kau yang nak last tu macam mintak jurus gulai rendang di pagi raya je dari aku.  Kau dengan rempit  letak dalam satu ayat tak kira macam penghinaan terang-terangan dalam bahasa Melayu ke?"  Nick sengih mengusik.

Hafiz kasi jeling sedas.  Nick tergelak tapi nampak macam dibuat-buat.  Hafiz tahu Nick tengah kontrol macho tak nak nangis depan dia.  Hafiz tunduk.

"Nie apa tunduk-tunduk macam orang tengah bersanding?  Kau tu belum layak lagi tahu. Orang bersanding pun dah tak reti nak tunduk-malu-jeling sekarang.  By the way, I’ve got something for you.  Maybe it’s not as expensive as Lamborghini but this as a token of gratitude for you, buddy."  Nick hulurkan kotak kecil pada Hafiz.

"Open it.  You’re lucky enough sebab aku baik hati nak kasi kau hadiah."

Terus Hafiz buka.  Berkilau ID bracelet yang bertarah nama Nick menyapa pandangan Hafiz.  Tergamam Hafiz dibuatnya.

"Err Fiz?  Kenapa kau jadi keras macam batu tiba-tiba nie?  Kau kena strok ke?"  

Tapp!  Tapp!  Nick petik jari di hadapan muka Hafiz.

Terus Hafiz normal semula.  Kotak hadiah di tangan yang berbungkus cantik direnung kembali.

"Well, we really have a strong chemistry.  Nah,  I’ve got  something for you too."

"Hai meyh?  Wow bak meh."  Terus Nick rampas hadiah dari tangan Hafiz.  Ibu bapa mereka hanya geleng kepala.  Dah lali dengan pemandangan macam tu.

"Cantiknya!  Tapi how come kau pun boleh beli benda yang sama dengan aku?  Ohh mesti kes kau tak nak belanja lebih untuk aku kan?  Grr..kedekut!"  Nick pura-pura marah.

Hafiz sengih.  Dia pun tak tahu kenapa hari tu cepat je tangan dia capai ID bracelet tu.  Padahal banyak lagi benda lain dia boleh beli.  Seganas-ganas Nick pun Nick suka je dengan soft toy.  Even Mr. Fluffy dia pun Nick yang hadiahkan masa hari jadi dia yang ke-8.

"Aisha!  Jum sayang.  It’s about time."  Panggil Puan Nora.

Nick berpaling.  "Coming ibu!"  Pandang Hafiz semula.  "Fiz, aku pergi dulu tau.  Aku tak kan mintak maaf  sebab buli kau selama nie.  Kalau aku mintak maaf aku tak boleh buli kau dah."  Bergetar suara Nick.

Hafiz dah merah biji mata.  Angguk kepala.  Suara macam tersekat kat anak tekak.  Berat rasa hati nak ucap selamat tinggal pada Nick yang selama nie 24/7 ada depan mata.

Sayu Nick pandang Hafiz.  Terus dia tarik Hafiz dalam pelukan.  Menangis terus Hafiz.  Siap berlagu-lagu.  Basah bahu Nick.  "Jangan la macam nie.  Habis sweatshirt baru yang aku beli semata-mata nak pakai untuk hari nie."  Ucap Nick sambil mengusap kepala Hafiz macam budak kecil.  Hafiz masih teresak.  Hakikatnya Nick sendiri rasa macam nak meraung tapi tahan sebab takut Hafiz makin macam orang gila.

"Chow Fiz.  Kalau rasa rindu kau peluk je Mr. Fluffy keh."

Tanpa memandang Hafiz, Nick terus berlari ke kereta.  Kereta perlahan-lahan bergerak menjauhi kediaman mereka.  Nick pandang Hafiz yang mengesat air mata dari jauh.

I'll be back, Fiz!

2 horlicks ais:

la dolce said...[Reply to comment]

cedeynyee~huhu....besh law dpt fwenz cmni,..hehe

Wild Cherry said...[Reply to comment]

Part ni lawak.. hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...