March 21, 2011

Kami manusia bukan malaikat

Kami manusia biasa.  Belum lagi ditakdirkan jadi manusia mutant.  Heh kalau aku manusia mutant aku dah tahu nak serang siapa dan tempat mana dulu.  Fitrah manusia.  Sabar pun ada hadnya.  Sama macam gunung berapi krakatoa.  Kalau sampai masanya memang akan meletup.  Dan bila dah meletup jangan salahkan kami.  Though kami nie masih hijau la kononnya, tapi kami bukan bodoh nak biar jek apa yang mereka buat pada kami.  Mana hak kami?  Dalam tong sampah ke?  Bukan ke pinjaman dibuat untuk membantu pelajar.  What the ikan bilis tomyam la.  Lagi dua minggu dah nak masuk bulan April.  Tapi sesen pun duit kami tak terima lagi.  Kami bukan la nak aibkan tempat belajar kami sendiri tapi kami tak boleh terima diri kami diperbodohkan.  Guna alasan yang lame gila kot.  Kami dah hantar slip result exam kami. Macam mana mereka boleh kata kami tak hantar lagi sedangkan kami dah hantar by hand.  Serious aku tak boleh terima alasan yang masuk air macam nie.  Dari kami mula belajar sampai dah jadi super senpai tak pernah berubah.  Makin lambat ada la.  Katanya mereka orang bijak pandai tapi bagi alasan yang tak boleh terima lansung-lansung.  Kami bukan budak sekolah rendah.  Sabar kami ada limit.  Bak kata kawan aku, "aku tak salahkan tenaga pengajar tapi pada pihak pengurusan yang menguruskan tu..."  Haish what do you think guys?  Aku dah cadang nak call sendiri pemberi pinjaman dan tanya pada mereka sendiri what the lala is actually going on.  Heh.




May ALLAH bless.

4 horlicks ais:

Fadzli Amir said...[Reply to comment]

Biasalah...memang selalu terjadi....walaupun dulu masa aku belajar takda PTPTN ( nasib baik, kalu tak sekarang masih bayar utang )-kalau bil letrik ke bil air tak bayar cepat2 diorang nak potong..tapi bila letrik atau air tak ada, buleh lak diorang kata sabar sikit kita sedang berusaha....tu la kalau ada monopoli dalam sesuatu hal..diorang buat kerja sambil lewa je...terima je lah...dah mentaliti kerajaan macam tu...hehhee

Misz Yuyu said...[Reply to comment]

gunung krakatoa ktne? nak g! =))

Amanie Ashraff said...[Reply to comment]

@ Fadzli Amir saya tak salahkan PTPTN pun dalam hal nie tapi pada pihak pengurusan kolej yg selalu kasi macam2 alasan.

Amanie Ashraff said...[Reply to comment]

@ Misz Yuyu dekat selat Sunda, Indo :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...