March 23, 2011

My lady is a boy-Chapter 1

Hikayat baru nak rock and roll!



"Apa punya lemah gemalai la kau nie Fiz.  Kalah agar-agar terlebih air yang aku makan semalam.  Aku pun tak lembut macam kau tahu tak.  Dari kecik membawak ke besar perangai tak berubah."  Macam machine gun mulut  Nick Aisha membebel pada kawan baiknya dari zaman perang Jepun.  Hadi Hafiz.

Hafiz mencebik.

"Suka hati aku la nak lemah gemalai ke tak.  Nie namanya gaya oke."  Balas Hafiz sambil meliang liukkan badan dan mengerdipkan mata macam perempuan kabaret daa.

Puffffffffffff!  Habis tersembur abc yang Nick makan menyimbah dengan tak sengajanya ke muka Hafiz.  Hafiz muka terkejut-nak marah-tak percaya.  Nick muka seolah-olah nampak kemalangan melibatkan bas dan basikal depan mata.  Tak sampai 5 saat kemudian, Nick ketawa macam dia sorang ada di gerai abc Pak Dol.  Almaklum la Pak Dol tu pakcik ABC angkat si Nick.  Tu sebab dia boleh buat gaya selamba dekat gerai ABC tu.  Hafiz dah merah muka.  Malu plus marah dengan Nick.  Tanpa membuang masa terus Hafiz blah.  Malas nak layan si Nick kepala masuk air bersuku-suku tu.

"Eleh sentap la tu.  Besok konpem cari aku balik."  Nick menjuihkan bibir sambil melihat lenggok si Hafiz berjalan.  Sampai berkerut dahi Nick tengok.  Betul-betul macam perempuan nie.

"Pak Dol!  Abc onne!"

***

"Ish menyampah betul dengan Nick.  Selalu nak sakitkan hati aku.  Tapi kalau takde dia, sunyi hidup aku."  Hafiz tongkat dagu pada tingkap bilik malam itu.  Teringat pertemuan pertama dengan Nick masa masing-masing berusia 7 tahun.

"Haa mulai hari nie Aisha dah ada kawan baru la nampaknya."  Jelas kedengaran lagi suara Puan Nora waktu itu.

Nick sengih.  Nampak comel dengan gown merah jambu dan tocang duanya.  Tapi....kenapa senyuman dia lain macam?  Dia senyum semacam aku pulak rasa lain macam!

"Cepat salam dengan Hafiz".  Puan Nora, mama Nick menyuruh sambil mengusap kepala anak perempuan tunggalnya.

Hafiz hulur tangan.  Nick makin lebar senyum.  Dengan pantas Nick sambut salam Hafiz.  Dalam kiraan 5 saat setengah kemudian...

"Ouchhhhhhhhhhh mama!  Mama, tangan Fiz!!"  Hafiz menggoncang-goncangkan tangannya sambil meleleh-leleh air mata dek kerana Nick genggam kuat tangan Hafiz.

"Aisha! Aisha lepaskan tangan Fiz tu!"  Kelam kabut Puan Nora cuba leraikan tangan kecil Nick yang nampak macam lansung tak nak lepaskan tangan Hafiz yang makin merah.  Lama ambil masa nak tarik tangan Hafiz daripada cengkaman Nick the little devil.  Akhirnya berjaya jugak ungkaikan salam Nick yang memang pelik tu.

Hafiz teresak-esak menangis.  Nick ketawa berdekah-dekah sambil tekan perut.  Hafiz air mata sedih.  Si Nick air mata gembira!  Hafiz pandang muka Nick.  Nick sengih sambil jongket kening banyak kali.  Hantar isyarat.  Amacam?  Itu baru sikit!

Ini namanya mimpi ngeri yang betul-betul ngeri!


My first chapter of my second cerpen.  Happy reading :)

5 horlicks ais:

Miszyuyu said...[Reply to comment]

huuuhhh hero nama hafiz ka? ilang mood

Wild Cherry said...[Reply to comment]

Best3.... Cepat sambung tau am

Bintang Asterisk said...[Reply to comment]

HAHA! best best! Bole sambung! segera sambung!

Nazrul Ashraff said...[Reply to comment]

haha..gila kejam pompuan tu weh!

http://twins-detwin93.blogspot.com/2011/03/contest-kami-fotogenik.html

btw, jgn lupa msuk..wiii

Eja Razif said...[Reply to comment]

heheh..hafiz...tringat tregedi 2doller...ape2 pon..mmg best...cpt uat smbungn...episod2 pulak..gud luck dear...;')

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...