March 30, 2011

My lady is a boy-Chapter 4

"Aisha!  Aisha!  Tunggu la kejap!"  Termengah-mengah Yuyu memanggil kawan yang dikenali sejak 5 tahun lepas.  Aisha yang dia kenal sejak 5 tahun lepas memang lain dengan Aisha yang sekarang.

"Panggil aku Aisha.  Nick dah tak wujud atas muka bumi nie."  Tegas suara Nick pada masa tu.  Seolah-olah kasi warning.  Berani la panggil Nick kalau rasa nak tempah tanah kubur awal-awal.

Nick mencebik.  Slow!  Dia yang ajak aku berjalan tapi dia yang lambat.  Kalau dah namanya perempuan.  Perempuan jugak!  Eh kau pun perempuan la Nick!  Astaghfirullah.

"Laju kau berjalan.  Penat nak kejar.  Kita bukan masuk Jalanthon pun nak jalan laju-laju.  Dah la aku pakai baju kurung.  Hilang ayu main lari-lari dalam mall."  Yuyu bebel sebaik saja dia sudah dapat jalan bersaing dengan Nick.

"Kau tu lembab macam siput.  Kata kejap je nak masuk Bodyshop.  Dah lama sangat aku blah la."  Nick balas selamba.

"Ada pulak!  Baru 5 minit aku masuk tengok-tengok kau dah tak ada.  Tahu la kau alergi dengan benda-benda macam tu tapi jangan la sampai tinggal kawan baik kau nie."  Yuyu balas balik sambil menjuihkan bibir.

"Kau tahu satu fakta tak Yu?"

"Apa?"

"Kau hodoh bila juihkan bibir terlebih botox macam tu."

"Aishaaaaa!"

***
  
Nick berbaring atas katil.  Penat seharian merayap dengan Yuyu.  Budak tu kalau dah berjalan selagi aku tak mengadu kaki dah sakit selagi tu dia heret aku tawaf mall tu.  Bangun dari pembaringan.  Urut kaki yang terasa lenguh.  Tiba-tiba teringat pada peristiwa petang tadi sewaktu dia dengan Yuyu tengah belek-belek sneakers dalam Al-Ikhsan.

"Sha, cuba kau tengok tu."  Yuyu menyenggol bahu Nick.

Terus Nick toleh ke arah yang di maksudkan.  Berubah terus air mukanya bila melihat dua lelaki sedang berpelukan di hadapan kedai.  Dia pandang muka Yuyu.  Yuyu dah buat muka geli.  Dia tak tahu nak buat muka gaya macam mana.

"Gross.  Sayang kan.  Muka macho yang sorang tu.  Yang lagi sorang tu jambu.  Tapi gay pulak.  Eww.."  Komen Yuyu.

"Mana tahu gay?"  Nick angkat kening sebelah.

"Kau pernah tengok guys berpeluk sampai macam tu dalam mall?  Yang jambu tu pulak kemain lagi pegang tangan macam tak nak lepas.  Gedik semacam pulak tu."  Yuyu tambah perisa maggi terlebih rasa.

Nick diam.  Fikir balik betul jugak cakap Yuyu.  Apa nak jadi manusia zaman sekarang.  Yuyu masih ralit memerhatikan gelagat pasangan terlarang di hadapan kedai.  Sampai tak berkelip mata.

"Jum la yuk!  Isi tangki dekat Kenny.  Kau belanja."

***

"Ma, kenapa kita pindah Pahang nie?  Kenapa kita tak stay dekat KL je?"  Hafiz menyoal Puan Sarah.  TV masih menayangkan aksi Geum Jan Di dan Yoon Ji Hoo di atas bot semasa mereka bercuti di Caledonia.

"Papa saja nak pindah sini pulak.  Dekat dengan saudara mara yang lain.  Senang nak melawat kan.  Tak payah tunggu raya."

Hafiz mencebik.  Aku lagi suka stay dekat KL.  Banyak tempat nak hang out.  Dekat sini aku mana tahu jalan sangat.  Kang mau sesat sampai ke Terengganu pulak!

"Lagipun Hafiz tak ingat ke?"  Puan Sarah menyoal anak tunggalnya.

"Ingat?  Ingat apa?"

"Aisha kan duduk dekat sini?"

Bulat mata Hafiz.  Nick!  Dah lama tak dengar cerita dia.  Tiba-tiba boleh lost contact dengan dia pulak.  Tak semena-mena dia termenung.  Puan Sarah yang melihat hanya tersenyum.  Tahu selama 5 tahun nie Hafiz memang rindu petala kelapan pada Nick.  Setiap malam mesti tidur bertemankan Mr. Fluffy di pelukan.

"Mama tahu alamat diorang?"

"Mesti la tahu.  Hafiz tak tahu ke?"

“Err..hehe..selalu guna skype je dengan dia tapi tiba-tiba dah lost contact dengan dia.  Fiz pun tak teringat lansung nak tanya pasal alamat diornag.  Kalau mama tak sebut nama Nick tadi mesti Hafiz pun dah lupa lansung nak tanya pada mama.”  Hafiz membalas manja sambil berbaring di atas paha Puan Sarah.

Puan Sarah membelai rambut Hafiz.  Anak tunggalnya nie memang manja.  Mengalahkan perempuan.  Cerewet pulak tu.  Cuma satu yang merunsingkan Puan Sarah.  Umur Hafiz dah 23 tapi tak pernah Hafiz cerita tentang teman wanita atau perempuan yang disukainya.

"Fiz,  Boleh mama tanya sesuatu?"  Puan Sarah dah mula nak interrogate Hafiz.

"Tanya je la ma.  Sejak bila kena mintak izin pulak."  Gumam Hafiz.

"Fiz..Fiz takde girlfriend ke?"  Hati-hati Puan Sarah bertanya.

Terbeliak mata Hafiz.  Terus bangun dari paha Puan Sarah.  Apa kena pulak dengan mama sampai tanya soalan spesies macam nie malam-malam buta.

"Dua sebab jek kenapa mama boleh tanya soalan macam nie.  Pertama sebab mama tengok cerita hindustan.  Kedua sebab mama baru lepas baca novel cinta mama yang melambak tu."  Hafiz mengecilkan mata.

Puan Sarah senyum.  Gelengkan kepala.  Merenung wajah Hafiz memang boleh sejukkan hati dia yang tengah marah.  Mana taknya tengah marah boleh pulak Hafiz buat muka manja sambil menggesel-gesel badan macam kucing nak mengawan pada dia.  Hilang lansung rasa nak marah.

"Takpe la.  Drop the subject.  Mama nak tengok papa kejap."

Hafiz sambung tengok drama Korea yang tak habis-habis dari tadi.


Macam kureng je chapter kali nie =,='

2 horlicks ais:

Wild Cherry said...[Reply to comment]

Hahaha bab yg ni pon kelakar.. Entah2 2 org lelaki y dia nmpk tu Fiz kot... Fiz tu dah 5 tahun pon manje lg kn ngn mak die.. Anak mak betol.. sambung3

Miszyuyu said...[Reply to comment]

meooowww..hahahhaa xsbr nk bca lagii sambungann

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...