April 1, 2011

My lady is a boy-Chapter 6

So mereka la special guests yang ibu ayah sibuk nak main rahsia-rahsia tu ek.  Dari tadi Nick diam tak berkutik.  Macam dia wujud di dunia dia sendiri.  Mata ralit memerhatikan tetamu yang dah lima tahun tak jumpa.  Puan Sarah dengan Encik Akmal tak banyak berubah.  Sama macam dulu.

"Lain dah Aisha sekarang.  Beza betul dari dulu."  Puan Sarah tersenyum memandang Nick.  Nick hanya tersengih.  Mana tak lainnya dulu aku pakai seluar tak cukup syarat.  Sekarang sikit lagi dah nak jadi macam ustazah coklat.

"Mana Hafiz?"  tiba-tiba Encik Fakrul perasan ketiadaan Hafiz di ruang tamu rumah dua tingkat tersebut.  Nick pandang wajah ayahnya.  Ayah nie baru perasan ke?  Dari tadi dah aku perasan cuma aku segan nak tanya.  Nick sengih dalam hati.

“Ohh Hafiz naik kereta lain tadi.  Lambat sangat nak tunggu dia bersiap.  Kita nak cepat takut Nora dengan Fakrul tertunggu pulak.  Tahu-tahu la macam mana Hafiz kalau dah nak bersiap kan.  Dengan minyak wangi, bedak, minyak rambut.  Kita yang perempuan pun tak bersiap macam tu.”  Puan Sarah seolah-olah mengadu perihal anak kesayangannya.

“Hahahahahahahahaha”  Tiba-tiba Nick gelak kuat dalam rumah.  Sampai berair-air mata.  Sumpah aku tak tahan nak gelak. Ingat dah 5 tahun berubah la jugak.  Rupanya sama je dari dulu sampai sekarang.  Nick masih tak habis gelak.

"Suka sangat nampak.  Tengah gelakkan aku ke cik Nick Aisha?" Pecah satu suara di muka pintu.

Mati terus gelak besar Nick.  Sunyi kejap suasana dalam rumah macam kat rumah mayat.  Nick mati kata.  Hafiz terus masuk dan bersalaman dengan ibu dan ayah Nick.  Nick hanya memandang tanpa bersuara.  Hafiz senyum dan duduk di atas sofa single berhadapan dengan Nick.  Cantiknya dia.  Suara ibu bapa mereka yang rancak berbual lansung tak dipedulikan.  Mata Hafiz tekun menganalisis fizikal Nick yang dah berubah.  Katik macam dulu jugak.  Kulit dah makin putih.  Mata masih lagi hitam bersinar macam dulu.  Cuma rambut..kontot macam dulu jugak ke?  Hafiz sengih.

Dalam masa yang sama Nick turut scan makhluk di hadapannya.  Hafiz yang nampak segak dengan kemeja belang-belangnya direnung.  Lembut macam dulu jugak.  Mata macam lagi sepet je aku tengok.  Bibir pink.  Pakai lipgloss ke?  Rambut panjang.  Perasan nak jadi Kim Bum la tu.  Err..malas nak mengaku tapi kenapa Hafiz makin cute sekarang??

Kau tak berubah, Nick!

Kau pun sama mummy boy!

“Dah puas?”  Terdengar suara mengusik.

“Puas apa?"  Serentak Nick dan Hafiz bertanya.  Serentak itu jugak mereka berdua pandang satu sama lain.  Nick menjeling Hafiz dengan tajam.  Hafiz sengih terlebih gula.

“Puas pandang wajah masing-masing la.  Beware sayang.  Hafiz makin cute sekarang.  Kalah Aisha.  Boleh la jadi menantu uncle.  Konfem comel cucu-cucu uncle nanti."  Tak habis lagi Encik Fakrul nak mengusik Nick.

Cute?  Apa la ayah nie.  Aku lagi cute tau!  Setakat muka anak kucing Hafiz tu aku tak ingin pandang pun.  Dah la mummy boy!  But menantu?  Cucu?  Err tak sanggup aku kahwin dengan dia.  Nanti jadi sotong lembik anak-anak aku.  Nick mencebik.

“Dah la tu Fakrul.  Merah padam dah muka Aisha.  Emm sedap baunya nie sampai ke ruang tamu boleh bau.  Masak apa, Nora?"  tanya Encik Akmal.

“Ala uncle kalau dah lapar tu cakap je la. Tak payah pakai tanya-tanya pulak.  Hehehehe.."  Nick yang diam dari tadi tiba-tiba bersuara menyampuk.

“Nicky mana tahu uncle lapar?"  soal Encik Akmal membalas usikan Nick.  Memang Encik Akmal panggil dia Nicky sebab gaya kasar dia dulu tu.

“Dari sofa tempat Nick duduk nie dah boleh dengar perut Uncle tengah buat konsert Linkin Park."  Terus Nick bantai gelak.  Gamat satu rumah dengan lawak Nick.

Dan Hafiz hanya tersenyum memerhatikan gelagat Nick.

***

“Cantik."

“Terima kasih sebab puji.  Aku tahu aku memang cantik dan dah bertambah cantik lagi.  Cuba cakap sesuatu yang aku tak tahu."  Nick selamba menjawab.

“Perasan.  Aku nak puji bulan tu la.  Setakat muka kau tu dah jemu aku tengok hari-hari.  Muka macam tempe basi ada hati cakap cantik.  Yang tu kau tak tahu lagi kan."  Hafiz sengaja cari pasal.  Rindu!  Nick menjelir lidah.

“Hari-hari?  Kita baru jumpa semalam ke?"  Nick menyoal bodoh.

Hafiz senyum.  Diam sekejap tapi mata masih memandang bulan di dada langit.  Saja nak biar Nick menunggu.  Nick yang melihat aksi selamba Hafiz yang nampak macam malas nak menjawab soalannya mula merengus.

“Dude, aku tanya cara baik tu.  Jawab la.”  Nick bertanya sambil mengetap gigi.  Tanda meter sabar semakin menurun.

Hafiz beralih pandang daripada bulan ke wajah Nick.  “Hari-hari aku tengok gambar kita.  Rindu gila la kat kau.  Kenapa tiba-tiba dah tak on skype?  Kau tak nak kawan dengan aku?“" Hafiz menyoal lembut.

Hafiz beralih tempat duduk.  Saja nak duduk rapat sikit dengan Nick.  Nick yang pandang kelakuan Hafiz beralih tempat duduk menjeling.  Dekat sikit lagi memang aku lari masuk rumah la!

Nick mengeluh lembut.  Angin malam membuai-buai tudung yang Nick pakai.  Soalan tu la yang aku paling nak elak kalau orang tanya.  Especially makhluk yang bernama Hadi Hafiz.

“Nick?”  Hafiz menyoal kembali.

Alunan bunyi violin berkumandang daripada handphone Nick.

Yuyu!

2 horlicks ais:

shahjiehan said...[Reply to comment]

wahh..dah masuk chapter 6.....




heheheh...best2


jom baca dan komen Amalan2 sunat pada hari jumaat. | ! !shahjiehan [dot] com ! !

Wild Cherry said...[Reply to comment]

Yeah tekaan wc betol!!! Am, ni rasenye da mcm enovel kan... Cepat sambung ek

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...