January 5, 2011

Kahwin salah tak kahwin pun salah

"Haii..bila nak kahwin tu? Umur dah lanjut..."

"Ish takde ribut taufan tau2 nak kahwin. Mesti ada tak kena ni..."

Haila kahwin salah. Tak kahwin pun salah. Kenapa bila usia dah lepas je usia mengundi orang sekeliling sibuk nak ambil tahu bila kita nak kahwin. Oke kalau ambil berat tu takpe la jugak. Ini kes sibuk nak ambil tahu then pergi mengumpat sana sini.

"Eh anak kak Jah mak bidan tu umur dah dekat 30 tapi tak kahwin lagi. Takde orang nak ke? Kesian.."

Wah panas statement. Tambah lagi bila sebutan kasihan tu dibuat dalam nada yang boleh buat orang bertukar jadi hulk. Of course la semua orang nak dapat jodoh awal (aku ni lagi la tergedik nak awal) tapi exception pada yuppies la. Yang tu kategori yang asyik fikir pasal kerja dan tak fikir pasal nak berkeluarga. Ingat senang ke nak cari suami. Memilih? Ouh itu sudah mesti. Saya nak kahwin bukan untuk bercerai la macik! Tapi saya bukan cari orang yang ada rumah sampai 18 tingkat. Bukanlah cari yang kacak membunuh. Saya cuma cari orang yang boleh bimbing saya. Bukan melingkupkan saya. Senyum tawar masih maintain di situ. Cari suami bukan macam cari kain pasang kat Kamdar. Itu pun mesti kita nak pilih yang paling bermutu kan.

"Kenapa terus buat majlis bersanding? Dah ada isi ke?"

Kaum aku sendiri la suka tanya soalan spesies macam ni sambil buat muka kepoh+ tak bersalah. Kes kahwin muda la ni. Aku rasa bertunang segala tu tak payah la kot. Tunang bukan lesen boleh buat apa yang aku nak. Syok apa terus kahwin. Jimat belanja! Haha! Tapi jadi tak best bila orang sedap mengata kahwin sebab dalam perut dah ada isi. Eh memang la ada isi. Kot tak ada isi tengkorak la tu jawabnya. Aku tengok orang yang kahwin muda ni sweet apa. Lagi bagus boleh elakkan maksiat. Dan boleh jadi wajib ye tuan2 puan2 kalau dikhuatiri pasangan akan menghampiri zina. So harap boleh la tukar mindset tu kalau ada pasangan kahwin muda. Suka hati diorang la kalau tak buat majlis tunang pun. Mana la tahu diorang dah buat istikharah dan dapat petunjuk. Tak salah kan bersangka baik dan mendoakan mereka :)


Saya nak kahwin dengan dia ni *shy

5 horlicks ais:

kentangkiler said...[Reply to comment]

hahah mcm2lahh manusia nie....
singah lah kat http://kentangkiller.blogspot.com/2011/01/terima-kasih-kawan.html
sy maseh baru lg...salah silap tolong tunjukkan yew??? :)

Misz Yuyu said...[Reply to comment]

ustaz amirul!

Amanie Ashraff said...[Reply to comment]

kentang : oke akan singgah nnti :)

kak yuk : kiwi punye neh =))

shahjiehan said...[Reply to comment]

amboi...nak kawen ngan artis jer~ ahaks

Amanie Ashraff said...[Reply to comment]

haha mane ade. contoh jek kot :p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...