January 21, 2011

Dia tu kerani je la

Dia bukan sesiapa. Jawatan pun tak gempak mana. Dia bukan eksekutif. Bukan supervisor. Bukan PA CEO dan juga bukan ketua jabatan. Dia cuma seorang kerani. Hari2 kerja dia menaip dan terus menaip sampai jam menginjak pukul 5:30. Kadang2 dia kerja lebih masa. Banyak lagi yang kena siapkan. Dan aku. Aku pulak menolong apa yang patut aku tolong. Kesian. Dalam hati je la. Cakap depan2 mahu aku kena baling dengan selipar getah dia. Aku termenung. Dia masih menaip. Aku pergi toilet dia masih menaip. Aku balik dari toilet pun masih lagi menaip. Banyak kerja tertangguh. Mana taknya kalau setiap masa

"kak N, boleh tak tolong emelkan saya bla..bla..bla..."

Dan lagi,

"kak N, tolong fotostat bla..bla..bla..40 set.."

Aku memang suka kerja fotostat. Maka aku yang cool, sempoi dan stylo ni pun hulurkan tangan dan ringankan sikit beban dia. Kadang2 dia luahkan jugak apa yang dia rasa. Kepenatan yang tak kan habis.

Hari ni dia cuti. Demam. Berjangkit dengan anak kot. Kucar-kacir semua jadi. Bila asyik dia yang buat kerja untuk orang lain sampai bila masa dia takde maka susahlah orang lain. Nak mintak tolong aku? Alahai pengalaman baru 3 minggu kot. Nak guna excel pun menggeletar lagi. Dari perasaan dalaman aku nie sempat berfikir, jangan ingat jawatan KERANI tu tak penting dalam company.

Sekian, terima kasih.





2 horlicks ais:

Anonymous said...[Reply to comment]

hehhehehehe...ak tau siapa ituuuu.....=))

Amanie Khairunnisa said...[Reply to comment]

menyampuk jek la! haish!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...