January 6, 2011

Ada je la orang tak puas hati

Balik2 kerja terus on lappy. Tengok kat dashboard apa hikayat yang best yang dicoret oleh laksamana2 hari ni. Bukak blog kakak aku, misz yuyu then terbaca la kan kt entry dia pasal isu seorang bloggers bercerita perempuan sekarang pakai shawl. Tengok bloggers lain pun ada tulis jugak pasal ni. Wow maka aku dengan excited nak tengok la kan entry bloggers yang duduk kemain lagi tulis entry pasal ni. Hurm memang agak panas jugak la cara penulisan dia tu. Bagi aku la kalau nak nasihat tu tak salah tapi dia terus point nama bloggers lain yang pakai shawls. Aku rasa aku pun pernah buat entry pasal perempuan bertudung sebelum ni kat sini dan sini. Aku setuju jugak la dengan entry yang telah dibuat oleh cik lionteen dan cik cahaya cinta Ilahi. 

Senang cakap macam ni la. Semua orang tahu etika pakai tudung yang sebenar dan mana aurat mana tak. Cuma nak ikut atau tak je. Memang betul la sekarang ni ramai perempuan bertudung tapi cara tak betul. Dan ada jugak pakai baju kurung tapi tudung tak pakai. Tapi dua2 tu dapat dosa gak sebab main langgar je skema yang Allah dah tetapkan. Aku pun sama tak betul jugak. Tapi cara tegur tu berlapik la sikit. Islam tak ajar pun cara kita nak menegur orang dengan cara mengaibkan orang macam tu. Tambahan pulak blog ni kan public. Semua orang boleh baca. Kalau nak kata perempuan sekarang pakai shawls@bertudung tu untuk bergaya apa hal pulak dengan yang bercinta tu? Dalam Islam mana ada istilah bercouple. Ikatan cuma diakhiri dengan pernikahan. Malas la nak cakap banyak kan. Tapi jangan apa yang duk hangat sangat komen pasal itu ini nanti terjadi pada diri sendiri pulak. Hukum karma kan :)

2 horlicks ais:

eja said...[Reply to comment]

betui..betui..betui...ak ni bila la nk pakai tudung...

Amanie Ashraff said...[Reply to comment]

huhu kne pakse sbb fake it until u make it. mcm amalan kite ade yg kite pakse diri kite wat. mule2 mmg la mcm x iklas tp lame2 mybe akan timbul kesedaran. insyaAllah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...