January 9, 2011

Di manakan ku cari ganti :)

Dah lama aku nak buat entry pasal beliau. Siapa tak kenal dengan Allahyarham seniman agung P. Ramlee. Even a 3 years old kid pun kenal aku rasa dengan beliau. Member2 pun tahu aku suka beliau. Dah lali diorang dengar aku nyanyi lagu P. Ramlee dalam kelas. Tadi pun baru habis tengok Labu Labi. Dah berapa juta kali kot tengok cerita tu. Bukan cerita tu je. Yang lain pun dah tak terkira tengok. Magik betul kan. Dah banyak kali tengok tapi tak pernah jemu. Siap boleh hafal dialog lagi. Setiap scene yang bakal jadi pun dah tahu. Punya la dah immune dengan filem2 beliau. Bagi aku pada zaman filem hitam putih beliau boleh kira hebat dalam bikin filem. 1 of the films tu Anakku Sazali. Pandai kan dia boleh buat 2 watak muka yang serupa.


Tapi apa yang kita tengok kat luar tak sama dengan apa yang realiti. Hari tu aku tengok discovery channel pasal beliau. Di sebalik 1 nama yang semua orang respect hari ni rupanya semasa beliau hidup tak semua indah. Sedih. Starting pun aku dah sebak. Sedar2 air tu dah keluar je. Saat akhir hidup beliau memang tragis. Tinggalkan dunia tanpa apa2 kemewahan. Tapi bila beliau dah tak ada baru la orang nak angkat nama beliau semula. Siap dapat anugerah lagi. Lumrah dunia kan. Bila dah tak ada baru nak hargai. Bukan la aku nak agung2kan beliau. Cuma terfikir bila pada awal kita senang semua orang ada dengan kita. Tapi bila zaman kita dah jatuh bergolek, kawan pun tak ada yang sudi menjenguk. Kawan ramai pun tak guna kalau tak boleh tolong waktu susah. But apa pun live well or live hell we choose :)

2 horlicks ais:

sab said...[Reply to comment]

betul. sab sokong dgn entri awak :)

Amanie Khairunnisa said...[Reply to comment]

aha part mane sokong tu :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...