Sebelum pergi kerja pagi tadi, sempat lagi aku tengok adik aku pergi sekolah. Termenung depan pintu. Teringat pada crush masa sekolah rendah dulu. Dah jauh bertapak-tapak rupanya aku tinggalkan zaman sekolah rendah. Teringat zaman riang ria, terkinja-kinja macam apa ntah. Senyum sensorang. Sambung berangan lagi. Dulu masa sekolah rendah selalu ada orang datang jual buku cerita.
"Kami ada menjual buku cerita. Kalau adik2 nak beli boleh bawak duit dan beli di kantin pada tengah hari esok"
Kata abang penjual sambil melemparkan senyum yang ala2 nak buat aku termuntah. Balik rumah tengah hari tu terus mintak duit dekat abah yang masa tu masih muda bergaya lagi tanpa sehelai uban mahupun rambut karat.
"Abah nak duit. Nak beli buku cerita esok." buat suara ala2 manja katak sambil mengelipkan mata banyak kali.
Maka dapat la aku beli buku cerita. Buku cerita hantu pun aku beli masa tu. Tak silap aku title dia Hantu Paku kot. Yang penting memang ada kaitan dengan paku. Abang aku pulak beli pasal pontianak dengan serigala jadian. Haila macam2 la beli.
Dulu jugak ada van vitagen datang jual air. Peel fresh pun ada jugak.
"Abah nak beli air esok. Ada van air datang jual kat sekolah." sambil buat aksi yang sama macam nak beli buku.
Semangat gila beratur esoknya semata-mata nak beli 1 bekas kecil vitagen jek tapi muka bapak la riak gila kot masa tu. Dalam hati bermonolog dalaman pada orang yang tak dapat beli
"Aku ada vitagen. Kau ada ke? Jangan harap la aku nak kasi kau rasa."
Tapi bila tengok ada budak (anak2 cikgu yang bajet bagus) beli seplastik besar, aku hanya mampu menjeling tanpa keluarkan kata2 kesat walaupun bibirku bergerak-gerak menuturkan ayat yang aku sahaja faham.
Lepas tu dulu jugak ada van Milo datang sekolah. Free tu weh. Siapa yang menggedik tak nak. Cikgu kata kena tunggu turn dulu. Sampai masa turun jek, bapak panjang line kena beratur. Tapi demi Milo free aku rela beratur di waktu hujan atau panas. Dah dapat minum boleh pergi share pulak dengan kawan sebelah
"Cuba awak rasa milo saya pulak." ayat skema terpacul keluar dari bibir comelku.
Main rasa2 pulak. Macam la milo tu boleh tukar rasa jadi horlick. Naif gila kot waktu sekolah dulu. Banyak gila moments yang best masa sekolah dulu. Haila rindunya nak sekolah rendah balik.
THE END