April 29, 2011

Sains Kejuruteraan Pengurusan

Aku pernah jadi budak science selama 3 tahun something.

Aku pernah jadi budak engine selama 2 tahun.

Aku pernah jadi budak management selama 3 tahun something jugak.

Antara 3 fasa ni, yang paling best masa aku jadi budak engine.  Best ooo jadi budak engine.  Sebab konon-konon macam hebat la.  Lalu depan budak course lain sambil bawak beg LK yang besar gedabak tu.  Bila orang tanya "awak ambil apa?" kita balas "ohh course biasa je.  CIVIL ENGINEERING."  Sambil tekankan perkataan tu ditambah dengan perisa duk belek kuku sambil tiup-tiup.  Keriakan yang nyata.  And fasa yang paling masyuk sebab duduk kat asrama.  Memang aku tak boleh lupa la.  2006 and 2007 the best years ever setakat yang aku hidup.  Oke sebelum aku jadi budak engine, aku jadi budak science dulu.  Erm yang ni biasa-biasa je.  Neither fun nor bored.  Suam-suam kuku je la.  Skema katak.  Budak baru nak naik ke zaman kedewasaan la katakan.  Then latest aku jadi budak management.  Tapi diri sendiri pun tak termanage.  Jadi budak management ni level best dia atas sikit je dari jadi science bagi diri aku.  But bukan in terms of subjek.  Dari segi enviroment and kawan-kawan.  Tapi still tak boleh beat zaman riang ria form 4 and form 5. =.='

Miss my clan damn much (CES II 06/07).  Hands down.

April 28, 2011

Orang mintak komen bukan condemn

"Cerita hampeh!"

"Cerita takde value."

"Jiwang gila la cerita kau.  Geli siot nak baca!"

"Jalan cerita kau cliche la.  Dah selalu sangat orang baca.  Hmmph!  Bosan!"

Peh dan pehhh!  Menusuk kalbu kot orang condemn macam ni.  Mengeluh lagi dan lagi.  Dey people.  Kasi muka sikit la.  Bukan senang nak buat benda-benda menaip ni.  Even jiwang macam mana pun dah depa dapat ilham macam tu nak buat lagu mana.  Susah tau nak kembangkan cerita and plot nak-nak lagi untuk penulis amatur yang tak gifted dengan bakat.  Kena usaha sendiri.  Idea bukan datang macam air terjun.  Tak datang dengan laju macam roller coaster.  Kadang ada kadang tak.  Kadang-kadang tengok laptop sampai nak tembus pun idea tak datang-datang.  Depa perlukan komen bukan condemn.  Beza komen dan kutuk tu tau.  At least depa ada hasilkan sesuatu.  Ada orang sampai tak tidur semata-mata nak siapkan.  Ada yang mungkin dapat ilham pukul 3-4 pagi.  Emm bagus tu.  Boleh buat qiyam terus.  Oke back to topic.  Ain't easy.  So kalau depa mintak komen, komen la cara baik.  Kita pun tak suka kan kalau orang kutuk apa yang kita buat.  Till then.

May ALLAH bless :)

April 26, 2011

Angin semilir bawaku pulang

Petang yang anginnya bertiup nak tak nak.  Tasik di depan mata berkocak perlahan-lahan seolah-olah menggoda untuk masuk ke dalam.  Ahh aku tak kan sesekali tertipu dengan godaan picisan seperti itu.  Mata meliar ke sana sini melihat sekeliling.  Cuba cari ubat cuci mata.  Segar pemandangan.  Suara kanak-kanak girang bermain.  Spontan bibir tersenyum.  Teringat zaman kanak-kanak yang dah berkilometer ditinggalkan di belakang.  Tiba-tiba lamunan di cantas dengan kejam oleh gelak gedik sekumpulan gadis-gadis yang baru nak naik.  Melenggang lenggok berjalan seakan nak menari tarian zapin campur kuda kepang.  Bibir mencebik.  Alangkah bagus kalau kain yang jarang dan singkat itu di tutupi dengan seluar longgar.  Kan tak seksa mata kalau baju yang dibeli di butik Baby Kiko sampai segala aset nampak itu dilindungi dengan jubah yang labuh dan warna yang gelap.  Rambut yang warna warni itu disarungkan tudung yang menutupi dada.  Mata masih lagi melihat gelagat mereka.  Satu suara dalam kepala tiba-tiba bertanya.  "Kau pula bagaimana?  Adakah lebih baik daripada mereka?"  Bibir yang tersenyum sinis terus menjadi garisan lurus.  Tak bergerak selama 3 minit setengah.  Lantas bangun dan menghayun langkah ke arah bertentangan.  Mungkin lebih baik menilai diri sendiri dulu.

April 25, 2011

Kalau suruh pilih memang fail la!

Andai kata kita harus memilih antara kawan dan kekasih?  Mana satu bakal jadi pilihan?  Susah memang susah.  Aku sendiri kalau bab-bab nak kena buat pilihan nie memang fail la.  Mau ke tali gantung jawabnya.  Entah.  Barangkali lebih baik hidup bersendiri.  Bersama-sama teman.  Tak perlu ada yang istimewa.  Kadang-kadang bila asyik melayan kekasih, kawan-kawan terasa.  Bila asyik bergembira bersama kawan, yang si kekasih buat muka.  So the best part is, tak payah kot nak in special relationship dengan siapa-siapa.  Tunggu kahwin nanti je la.

Gambar tak ada motif =.='

April 24, 2011

Kak Lela vs Kak Mun




Kenal?  Ingat?  Haa masih kenal dan ingat pada cerita kat atas nun?  Cerita ni la first Disney Movie yang aku tengok.  Memang stok kasi nganga habisan la tengok cerita Kak Lela ni.  Dengan baju kembang dia, siap putera raja lagi.  Tapi aku tak minat pun putera tu sebab skema katak.  Dulu semua benda nak ada gambar Kak Lela.  Aku tak.  Aku sebenarnya cari lagu Cinderella yang Haliza Misbun berlakon dulu tu tapi aku tak tau tajuk so aku type je la Cinderella.  Ala drama yang hot dulu tu.  Tiap-tiap petang main kat tv.  Tapi last-last aku jumpa video Kak Lela pulak.  Layankan je la.


Apa pun Kak Mun tetap di hati gua.  Pis!



April 23, 2011

Selamat Bertunang. Selamat Tinggal

Selamat bertunang pada dia.  Sob3x.   Tak nak dah suka kat dia.  Tak elok suka kat tunang orang walaupun belum berkahwin lagi.  Tapi kenapa cepat sangat.  Kenapa bukan saya T_T.  Takpe la moga relation bersama tunang kekal sampai akad nikah.  Saya doakan dia bahagia bersama tunang.  Malas aku nak type panjang-panjang.  Aku tengah sedih.  Stop kejap hikayat Nick dengan Hafiz.

v

v

v

v

v

v


Selamat bertunang Ashraf Muslim *sambil tersedu-sedan

Mereka memang terbaik!

Dulu tiap-tiap bulan aku akan turun town.  Destinasi.  Popular.  Cari novel tak kira yang latest ataupun yang dah lama orang tahu tu novel best seller.  Tapi sejak akhir-akhir nie, ekonomi aku kurang memberansangkan.  *sigh. Oleh sebab itu, aku terpaksa cari alternatif lain untuk save budget tapi dalam masa yang sama aku boleh lagi baca novel.  Maka bermula la perjalanan aku cari bloggers yang type cerita online.  Among yang aku selalu visit ialah blog :


Ain Syuhada


Dia nie muda daripada aku tapi dia lagi bagus buat cerita daripada aku. =.=' Ehe everyday aku akan jenguk blog dia sebab mana la tau dia akan updet cerita Be My Wife :)  Kasi hidung aku berdarah betul la everytime aku baca entry baru dia.  Keh3x.


Aina


Aina nie pulak tak sure la umur dia berapa. Ahaha jadi kawan kena tahu umur ke?  Aina punya style pulak macam mana nak cakap et.  Aku pun tak reti nak describe.  Jiwang yang tak overdose.  Yang aku boleh terima.  Latest story yang dia tengah buat adalah That Boy is My girl.  Tapi Aina pemalas nak updet. =.='


Ecah


Aha Ecah nie pun aku tak tahu umur dia berapa.  Ecah nie bagi aku quite misteri jugak la. Ehe dia pun tulis cerpen jugak.  She's the one yang add aku dalam group rahsia kitorang and add aku dalam group Komuniti Novel.  Latest story dalam pembikinan dia ialah Seiras.


Nazrul


This cheeky budak pun tulis jugak this all cerita thingy.  Otak dia nie berjalan aje.  Everday updet blog tapi updet cerita lambat.  Kesian aku kena tunggu lama nak baca Germany Got It Love.  And yeah dia ada blog yang memang khas untuk publish novel jek.  Boleh check kat sini.


Ed


Oke this Ed pulak.  Dia bukan penulis.  Setahu aku la.  Tak tahu la pulak kalau dalam diam dia sebenarnya writer jugak.  Ehe simple word nak describe Ed adalah dia kami orang yakni aku, Aina dengan Ecah punya antivirus bila virus Malas menyerang.


Mereka yang aku listkan kat atas adalah wajib untuk aku pergi kalau ada entry baru.  Sama ada aku komen atau tak itu belakang kira.  Hehe diorang la penyelamat ekonomi aku.  Kalau rajin korang pun boleh singgah blog diorang.  Till then.


May ALLAH bless :)

April 22, 2011

Kalau tak faham baik diam

"Kau tak penat ke tulis cerita nie?"


"Kau tulis ada orang baca ke?"


"Buat penat kau tulis.  Bukan dapat apa pun."


Maybe ada yang dalam hati or luar hati lemparkan pendapat macam tu bila kita cuba buat sesuatu yang baru.  Yeap memang la aku akui bukan ramai pun baca apa yang aku tulis.  Entah-entah 10 orang pun tak sampai.


Angguk kepala.


Tujuan aku menulis cerpen panjang-panjang?  Motif?  Aku kena ada motif ke?  Aku tulis untuk self satisfaction.  Kalau aku buat kerja semata-mata untuk puaskan hati orang lain sampai bila-bila aku tak puas hati dengan apa yang aku buat.  Aku buat sebab aku sendiri nak buat.  Tak ada paksaan daripada askar-askar bersekutu ke, ugutan daripada along ke hapa semua.  And tak kisah orang nak cakap apa yang aku buat useless.  At least aku ada hasil aku sendiri yang aku cuba buat.  Nampak jugak hasilnya walaupun tak segempak cerita orang lain.  Orang yang condemn tu selalunya habuk pun tak dak.  Ingat senang nak dapat idea.  Bak kata Hlovate, take a bite from my plate, chew then you talk.  And aku happy bila ada orang support apa yang aku buat.  Thankxx pals.  Appreciate that.


Till then.


May ALLAH bless :)

April 21, 2011

This one is for Cik Sab

Saya punya kawan ada sedih.  Saya pun tak tau sedih pasal apa.  Pasal someone barangkali.  Saya pun tak berani nak kepochi sangat.  Saya tolong apa yang saya mampu je.  Ucapan untuk dia yang comel.


Jangan sedih-sedih.  Awak nak exam.  Life has to move forward.  It's all about you and yourself.  Pasal someone tu maybe dia ada reason dia sendiri.  Cuba untuk fikir positif walaupun otak awak nak desak-desak nak fikir negatif.  Saya bukan pemberi nasihat yang baik tapi saya cuba untuk jadi pendengar yang baik sebab saya sayang awak :)  Fokus pada exam awak dulu ye and jangan fikir awak sendirian sebab DIA selalu ada dengan awak given any times or minutes.  Awak pun ada kawan-kawan yang sayangkan awak.  Orang comel tak boleh sedih-sedih nanti hilang seri. :)  If rasa tak boleh luahkan dengan kata-kata, awak luahkan dengan perbuatan.  Bukan hentak kepala ke apa.  Berus baju sampai bersih ke.  Koyak-koyak kertas ke.  Mungkin boleh hilang sikit sedih tu.  One thing for sure, smile though it's bitter :)


Senyum ini macam oke :) Sorry saya curik gambar nie =.='




May ALLAH bless :)

April 20, 2011

Jaga hal masing-masing

Susahnya nak puaskan hati semua orang.
Susahnya nak fahamkan semua orang.
Susahnya nak ubah mindset orang.
Susahnya nak tutup mulut semua orang.
Susahnya nak bagi orang faham diri kita.


And...


Susahnya orang nak faham yang buat fitnah tu dosa besar.


Aku dah mention kalau tak suka tu cakap.  Bukan main cakap belakang.  Jangan nak buat cerita tak betul pasal Amiey dengan Sab.  Diorang normal dan aku pun normal.  Seriously what's wrong with those people.  Aku panggil diorang yunk, lady, sayang, b and bla...bla..bla..bukan maksud aku songsang.  Urgh so annoying la kot.  Mind your own business sebab aku pun tak pernah kutuk kau nak panggil kau punya so-call boifren tu apa panggilan sekali pun.


Sekian, terima kasih.

April 19, 2011

Memo pemberitahuan!

Salam peeps!


This is just one tiny information for you guys.  After this, I won't be posting my entry regarding cerita-novel-cerpen in this blog.  I'll move to my new teratak.  You can visit us there to know the story about budak sepet, Nick and Hafiz and not to forget Hana.


Thank you.

My Lady is a Boy-Chapter 11

Nick duduk di atas katil ditemani sanak saudara dan Puan Nora.  Yuyu turut ada disamping Nick.  Aku tak percaya hari ini akan sampai juga.  Pilu hatinya.  Baru tadi dia sah bergelar Mrs. Hafiz.  Air matanya terasa ingin mengalir tapi ditahan.  Tak nak buat ibu sedih setelah dia dengan berat hati akhirnya setuju dengan pernikahannya dan Hafiz.  Bila-bila masa saja Hafiz akan masuk untuk menyarung cincin dan membatalkan air sembahyang.

“Sayang, duduk elok-elok sikit.  Kejap lagi Hafiz nak masuk sarung cincin."  Puan Nora menegur cara Nick duduk.  Nak jumpa suami kena la elok-elok sikit.  Nick hanya menunduk.  Suaranya seakan-akan tak nak keluar.  Tiba-tiba kelibat lelaki berbaju melayu putih masuk.  Nick berdebar.

“Aisha, hulur tangan kau tu.  Suami kau nak sarung cincin."  Perlahan Yuyu berbisik ke telinga Nick.

Perlahan-lahan Nick menghulur tangan kanannya.  Tangan putih milik Hafiz menyarung cincin bertatahkan berlian ke jari manis Nick.  Tangan Nick tak terkeluar untuk mencium tangan Hafiz.  Hafiz faham perasaan Nick.  Memberontak lagi dia nie even dah jadi isteri aku.  Namun matanya enggan melepaskan figura Nick yang berbaju sutera putih.  Sesuai dengan kulitnya yang putih kemerahan-merahan.  Bibirnya pink.  Walaupun Nick hanya mengenakan solekan yang tipis, hati Hafiz tetap memuji kecantikan isterinya yang dah macam Gadis Melayu Terakhir.

Hafiz tunduk mencium dahi Nick.  Terpempan Nick dengan kelakuan Hafiz.  Dahinya terasa terbakar.  Pipinya hangat.  Kalau tak memikirkan orang ramai yang berada di dalam bilik pengantin, memang dah lama Hafiz makan penumbuk daripadanya.  Heh dah halal kan?  Aku nak sepak terajang mamat nie pun boleh sangat!  Puan Sarah memeluk Nick erat.  Nick turut membalas pelukan ibu mertuanya.

“Tercapai jugak cita-cita mama nak jadikan Aisha menantu mama.  Terima kasih sayang sebab sudi terima Hafiz sebagai suami."  Bergenang air mata di kelopak mata Puan Sarah.  Memang dari kecil dia berangan Hafiz berkahwin dengan Nick. Akhirnya impian dah jadi kenyataan.  Nick cuma tersenyum.  Takut kalau dia buka mulut nanti jadi benda lain.

“Erm mama, photographer nak tunggu ambil gambar."  Baru terdengar suara Hafiz yang dari tadi diam tak bercakap.

Nick menelan air liur.  Ambil gambar?  Aduhh…tak payah ambil tak boleh ke?  Tak ingin aku kena peluk dengan mummy boy nie.  Meremang bulu roma Nick.  Hafiz hanya tersenyum lucu melihat gelagat Nick.

“Oke, Hafiz you peluk wife you daripada belakang.”  Arah photographer.  Hafiz tersengih jahat.  Peluk?  Hahahahaha!  Nice!  Terus Hafiz peluk tubuh langsing katik milik Nick.  Erat.  Waaa syok jugak eh main peluk-peluk nie.  Senyum Hafiz makin lebar.

“Aduhh!"  Terjerit kecil Hafiz.  Nick rupa-rupanya menyiku perut Hafiz.  Perlahan tapi tetap terasa sakit.

“Kau jangan nak melebih.  Kalau tak aku belasah kau malam nie."  Perlahan suara Nick bercakap sambil tersenyum plastik pada kamera.  Macam-macam aksi yang disuruh pose.  Hati Nick menggetu marah.  Dari duduk, berbaring, pandang satu sama lain.  Kenapa kau tak suruh aku buat kuak lentang je atas katil nie.  Haii bila nak malam?  Aku penat nie.  Katil...I miss you!  Erkk katil?  Mana mamat tu nak tidur malam nie?  Nick gelabah!

***

Nick mundar mandir di dalam biliknya.  Bilik nie memang ada sofa tapi nak ke dia?  Kalau dia tak nak, aku rela tidur atas sofa daripada tidur sebelah dia.  Tapi macam mana kalau dia mintak aku layan dia malam nie?  Eww tapi Hafiz tu kan macam tu?  Argh!  Apa-apa je la.  Kalau aku fikir pasal mamat tu sampai malam raya pun aku tak tidur!  Dengan sekali lompat Nick dah terbaring atas katil.  Ahh nikmatnya.  Tilam yang empuk, cadar yang wangi.  Emm ibu memang dah lama tak tukar cadar baru.  Dey!  Ini cadar malam pertama kau la.  Memang la wangi!  Ahh peduli apa aku dengan malam pertama.  Boleh go to longkang!  Beberapa saat kemudian Nick terlena.  Memang dia sangat penat hari ini.

Hafiz memulas tombol pintu.  Bukan nak masuk bilik bos nak kena ketuk-ketuk pintu.  Dalam samar lampu tidur, Hafiz nampak sekujur tubuh terbaring di atas katil.  Siapa lagi kalau bukan isterinya.  Perlahan-lahan Hafiz menutup pintu.  Berjalan ke arah katil.  Sampai di birai katil, Hafiz duduk.  Renung wajah lena Nick.  ID bracelet pemberiannya 5 tahun dulu tiada lagi di pergelangan tangan Nick.  Hafiz menghela nafas berat.  Tangannya teragak-agak untuk mengusap paras Nick.  Takut Nick terjaga mahu dapat blusher asli di pipi.  Tiba-tiba Nick bergerak-gerak kecil.  Tak jadi Hafiz untuk buat apa-apa lagi.  Buka almari dan cari comforter extra.  Ada pun.  Tangan menarik bantal ke sofa.  Mata dipejamkan rapat-rapat.  Selamat malam pertama untuk diri sendiri.

Sorry Lady : Ini bukan cerpen

This time will be a bit peribadi cerita.


Sorry Lady.  I dah buat you sedih.  Sorry for never make any calls to you.  I tak tahu you merajuk dengan I.  Kalau I tahu of course I tak remain silent.  I sedar you dah remove I daripada friendlist you but I thought you dah deactivate accout sebab certain reasons.  Lastly I tanya L baru I tahu fb you aktif lagi.  Terus I add you.  Sorry sangat-sangat Lady.  I janji lepas ni I tak buat dah you sedih-kecik hati-merajuk dengan I.  I rasa bersalah bila buat you macam tu.  Kita jadi macam dulu balik et?  Promise!








p/s :   Please don't misjudge this entry.  Thank you.

April 16, 2011

Hlovate : aA + bB

Okay people.  Time to review Hlovate's novel again for million times.  Gosh this will be the most exciting novel to review about.  I will review about aA + bB.  The novel revolves about one couple.  Kepala ferum and kepala aluminium.  Addin Shah and Benz Alif.  Know each other since secondary school.  Not a good kick-start for them to cope the life as a husband and wife since they are mortal enemies when they were in school.  But nobody knows even themselves that they share the same feelings.  But because of the gigantic word of EGO, they deny their own feelings.  But yeah at last they are happy together with their son, Falah.  But some the people comment that they didn't get the idea when Addin is pregnant since no climax or whatsoever they wish to call it.  Aiyoo let me tell you la I think the reason why Hlovate did not cerita clearly when that 'thing' happens between both of them.  This is Hlovate and this romance thingy is not her thing.  I have no comment towards this novel and her other novels.  All of them are awesome.  Suits us as a teenager.  No need to cerita about how they make the baby or how come Addin can get pregnant.  Just enjoy the core of her story.  Growing up through times.  You can read the title of the novel.  So symbolic.  Here I recommend you guys to read her novels.  I know I've mentioned that 118 times but I looooooooove to mention it another 118 times.  Till then.




Who says there's nothing more complicated than E=mc2?  There's something much more complicated.  It's called emotion.






May ALLAH bless :)

April 15, 2011

Budak sepet bakal kembali!

For those yang dah baca Behind These Sepet Eyes aku ucapkan terima kasih.  Yang siap komen bagai pun thankx so mucho.  I couldn't thank you enough.  Oke back to business.  Aku rasa cerita tu macam tergantung so aku telah decide untuk buat sambungannya.  Haha!  Aku dah habis praktikal maka inilah masanya untuk aku menaip dan menaip lagi.  Aku mulakan dengan cerpen aku yang ketiga Behind These Sepet Eyes II.  Sambung hikayat si ustaz dan si budak tomboy yang dah jadi perempuan semula.  Entah bila nak siap aku sendiri tak tahu. Idea kadang-kadang ada.  Kadang-kadang kelaut.  Tapi akan siap jugak cuma tempoh siap tu tak tahu bila.  Tapi akan dipost sebaik saja siap.  Bajet macam ada je orang baca.  Bakal tinggalkan sekejap kepeningan nak siapkan hikayat Hafiz dengan Nick dalam My Lady is a Boy.  Oke that's all peeps!

May ALLAH bless :)

Mari cari pahala!

Doa supaya dapat membayar hutang 


Maksudnya:

Ya Allah, cukupkanlah aku dengan segala perkara yang telah Engkau halalkan daripada segala perkara yang telah Engkau haramkan. Kayakanlah aku dengan kelebihan Engkau daripada meminta kepada orang lain.



Maksudnya:

Ya Allah, aku berlindung denganMu dari ditimpa kesusahan dan kedukaan, dari kelemahan dan kemalasan, dari kedekut dan perasaan takut dan dari desakan hutang dan paksaan orang.

Doa apabila melihat orang memakai pakaian baru 

Maksudnya:

"Sekiranya rosak, semoga Allah menggantikannya"
.



Maksudnya:

"Pakailah pakaian baru baru dan hiduplah dalam keadaan terpuji dan matilah dalam keadaan syahid".




Doa ketika memakai pakaian baru 


Maksudnya:

"Ya Allah bagiMu segala pujian, Engkaulah yang memakaikannya padaku. Aku memohon kepadaMu kebaikannya dan kebaikan tujuan ia dicipta dan aku memohon perlindungan 

denganMu daripada kejahatannya dan kejahatan tujuan ia dicipta".







Sumber dipetik di Doa Harian.  Sebar dan kita dapat pahala bersama.  Well bukan kita je nak saham masuk syurga kan :)

April 14, 2011

My Lady is a Boy-Chapter 10

Sampai di rumah, Hafiz dengan laju melangkah ke biliknya hatta panggilan Puan Sarah lansung tak di sahut.  Sebaik sampai di dalam bilik, pintu dikunci dah terus menghempas badannya atas katil.  Matanya terkelip-kelip memandang siling.  Hafiz rasa sedih.  Sungguh sedih.  Sepanjang hidupnya dia tak kisah kalau orang lain yang hamburkan kata-kata macam tadi.  Tapi kalau orangnya Nick Aisha...dia kalah!  Tak sangka persahabatan yang dibina dari kecil hancur dalam masa tak sampai sejam macam tu saja atas sebab niat ibu bapa masing-masing untuk menjodohkan mereka.  Dia tak sanggup sebenarnya nak tengok Nick sedih tapi dia lagi tak sanggup tengok mama dan papa sedih.  Terngiang-ngiang kata-kata Nick tadi.  Hafiz memejamkan mata sambil tangan diletakkan atas dahi.  Sejuk terasa.  ID bracelet pemberian Nick ditenung.  Panas terasa di bawah mata.

Nick di rumah turut berasa gelisah.   Sekejap bangun sekejap duduk.  Teringat pertemuan dengan Hafiz yang sekejap tadi.  Aku kasar sangat ke dengan dia?  Kalau dulu aku yang marah budak-budak cakap kasar dengan dia tapi hari nie.. Aku sendiri yang berkasar dengan dia.  I even said that I hate him!  Nick mengeluh berat.  Tapi aku memang tak nak tipu yang aku boleh terima Hafiz.  Kalau get married nanti, aku tak nak rumah tangga aku hancur.  Ibu…Aisha tak nak kahwin dengan Hafiz.

***

“Ayah, ibu…I’ve got something to say.  Boleh kita diskus kejap?”  Suara Nick takut-takut.  Dia tahu ibu dan ayah konfem bakal mengamuk kalau tahu apa yang dia nak bincangkan sekejap lagi.  Tapi dia harus dan wajib beritahu juga sebab dia tak nak masa depannya musnah kalau ditakdirkan dia berkahwin dengan Hafiz.


“Apa yang nak dibincangkan tu?”  Tanya Encik Fakrul sebaik sahaja mereka duduk.  Puan Nora tidak bertanya apa-apa tapi riak wajahnya seolah-olah turut menanyakan soalan yang sama.

“Ibu ayah...Aisha..Aisha tak boleh kahwin dengan Hafiz.  Aisha tak cintakan dia.”  Aisha menunduk sejurus berkata demikian.  Terkejut Encik Fakrul dan Puan Nora.  Sebelum ini, Nick tak menunjukkan tanda-tanda tidak setuju.

“Macam mana boleh tak setuju?  Hari tu Aisha sendiri yang tak kisah kan dengan siapa-siapa pun."

“Siapa-siapa but Hafiz.  That day, both of you trapped me.  You said Hadi.  You didn’t say Hafiz.  If I know it was him, I wouldn’t say yes!  Please ibu, ayah!  I beg you.”  Separuh merayu suara Nick.

“Ibu tahu kenapa Aisha tak nak kahwin dengan Hafiz.  Aisha takut malu kan?  Aisha tak nak orang mengata Aisha kahwin dengan lelaki manja macam perempuan.  Tapi ibu tahu Hafiz lagi baik berganda-ganda daripada lelaki yang Aisha cakap boleh protect Aisha tu.  What ever it is, you have said yes and we both dah bincang dengan parents Hafiz untuk nikahkan both of you dalam masa terdekat nie.  Just get ready.”  Sebaik habis berkata-kata Puan Nora terus bangun masuk ke bilik diikuti oleh Encik Fakrul.

Nick terasa seperti satu gua terhempap ke atas bahunya.  Ya Allah!  Dugaan apa nie?  Yuyu!  Aku kena call Yuyu!  Terus dia bergegas ke bilik untuk menelefon kawan baiknya.

Trutttt!  Truttttt!

Lama pulak si Yuyu nie nak angkat call.  Biasanya dia la laju sekali.  Mentang-mentang nama aku naik lambat kau angkat!  Kaki Nick dah buat tap dancing tanda meter sabarnya semakin turun.

“Hello baby!  Mimpi apa call aku petang-petang yang damai nie?  Sah ada masalah kalau tak jangan harap nak call aku.”  Belum apa-apa Yuyu dah bebel di hujung talian.  Nick mendengus.

“Aku ada masalah besar nie!  Kau kena tolong aku Yu.  Datang tsunami pun kau kena tolong aku jugak!”

Ala setakat kau goreng telur sampai hangus tu apa la sangat.  Macam tak biasa pulak.  Buang je la dalam tong sampah.”

“Hey this is worse than that tau!  Kalau as simple as that, aku pun tak payah habiskan kredit call kau!  Yu, aku kena paksa kahwin.”

Yuyu terdiam di hujung sana.

“Hello?  Hello?  Yuyu, are you there?"

“Siapa lelaki malang tu?”  Yuyu dah tergelak.

“Urgh!  Kau ada rasa nak gelak lagi?  Aku dah kalut nie kalah macam orang nak bersalin sulung!  And FYI aku yang malang sebab kena kahwin dengan dia.  Kau imagine kahwin tapi aku tak cintakan dia.  Takde makna la kalau kahwin macam tu kan."

“Dia tak hensem ke?  Shabby?  Sebab aku tahu kau nie boleh tahan jugak memilih.”

“Dia...."  Kata-katanya tersekat di situ.  Walaupun dia tak suka kahwin dengan Hafiz tapi dia tak kan ceritakan kekurangan Hafiz.  Kalau jadi dia kahwin dengan Hafiz nanti, dia juga dapat malu.

“Dia apa?  Suka cakap separuh-separuh.  Ambil transit dulu ke?”

“Takde apa la Yu.  I gotta go. Bye.”  Terus ditekan punat merah tanpa mendengar balasan daripada Yuyu.  Handphone di tangan digenggam kuat.

Ini betul mimpi ngeri yang aku tak boleh bangun daripada tidur!

Bila saya jadi baik

Aku ada seorang kawan.  Kenal sejak tahun 2008.  Dia banyak tolong aku secara lansung dan tak lansung.  Tapi kebanyakkan pertolongan dia tu semua secara lansung.  Kalau tak ada dia, memang aku, Eja dan Najwa meninggal tak sempat buat wasiat la.  Nak listkan apa yang dia dah tolong macam malas pulak.  Keh3x aku dah mention kan sebelum nie kenapa aku malas nak bebel panjang-panjang dalam blog.  Ucapan aku untuk dia sempena dah nak habis sem nie :- 


-Selamat maju jaya.
-Selamat dapat CGPA berflat-flat.
-Selamat dapat sambung degree.
-Selamat konvo hujung tahun nie.
-Selamat semuanya.
-Selamat bakal berkahwin.
-Selamat dan selamat dunia akhirat.







Nampak tekun tapi sebenarnya...

Konsentret buat kopi dan teh

Tersenyum manis setelah terkantoi

The only gambar yang takde aku sebagai penyeri :)

May ALLAH bless.


Rasa stylo gila buat ucapan macam nie. :) Aha orang yang aku maksudkan adalah Kembar.  Dia single lagi.  Siapa nak masuk meminang kena bawakFaizal Tahir.


p/s :  Aiyoo Inche Vampire, aku lupa lagi la pasal segmen kau tu.  Aku buat minggu depan boleh? *trembling

April 13, 2011

Saya cuma penulis bukan pemberontak

Assalamualaikum !

Wah gila semangat.  Jarang aku mulakan entry dengan salam umat Islam nie kan.  Aiyoo lekanya aku.  Kali nie tak ada cerita menarik pun.  Aku cuma nak meluahkan perasaan kasihan pada blog nie sebab aku dah jarang belai dia dengan entry-entry baru.  Sejak berkecimpung (poyo) dalam bidang penulisan, aku dah jarang update blog kecuali kalau aku update chapter baru dalam mini novel aku.  Ehe macam tak percaya aku dah buat dua cerpen and satu in progress mini novel.  Pada sesiapa yang tak tahu aku ada buat mini novel dengan cerpen tau! (shout ala-ala guna hailer).  Those yang baca dan komen apa yang aku tulis tu aku ucapkan terima kasih la banyak-banyak.  Udah la baca, siap komen pulak tu.  Thanks mucho.  Actually aku tak reti pun tulis-tulis cerita nie.  Aku sendiri tak tahu macam mana aku boleh taip cerita-cerita tu semua.  Aku tak ada darah seni menulis.  Cerita tu semua pun aku spill out je.  Bahasa dan ejaan pun kalau yang expert tengok mahu merah sana-sini-atas-bawah.  Aku tak reti guna ayat hiperbola.  Aku cuma tahu peribahasa jimat dan menang.  Aku tak reti guna metafora, personifikasi.  Aku tahu bahasa Melayu aras satu sahaja.  Aku bukan novelis.  Aku cuma seorang writer yang suka bercerita dengan bahasa aku sendiri.  Sebab menulis pun boleh express apa yang kita rasa.  Dan lagi best boleh kawal seluruh cerita tu.  Kalau pandai-pandai nak condemn novelist lain, you better start your own cerita la.  Kutuk dan komen lain ye.  Ingat senang ke nak dapat idea supaya tak sama dengan cerita yang sedia ada.

And salah satu sebab kenapa aku tulis novel dan cerpen sebab aku tak ada duit nak beli novel!  Maka aku buat la cerita aku sendiri.  Sayonara!

April 11, 2011

My Lady is a Boy-Chapter 9

“Aku nak jumpa kau ASAP!”

Klik!  Terus talian diputuskan.  Hafiz tergamam.  Apa kena dengan Nick nie?  I don’t even have my say pun nak pergi ke tak.  Masa dengan tempat pun tak decide.  Lantas handphone didail untuk menghubungi Nick kembali.

“Hello!  Hah nak apa lagi?  Kan aku dah cakap nak jumpa kau?  Sejak bila kau tak faham maksud perkataan jumpa dengan ASAP tu??"  Belum sempat Hafiz membuka mulut, Nick sudah menyembur dulu di talian.  Hafiz menarik nafas.

"Dear, kau tak cakap lagi nak jumpa kat mana and pukul berapa?  Kau nak jumpa aku dekat batu dua ke?"  Selamba Hafiz membalas.  Nick di talian sebelah sana terdiam.  Malu dengan diri sendiri sebab?  Salah sendiri.  Entah kenapa dia rasa nak marah bila tahu keputusan yang telah dibuat untuk dirinya oleh ibu dan ayahnya sendiri.

"Dekat Taman Bandar.  Now."  Tanpa sebarang kata, sekali lagi talian dimatikan.  Hafiz memandang handphone di tangan.  Rasa-rasa macam tahu kenapa Nick nak sangat berjumpa dengannya.  Kunci kereta diambil.

***

Dari jauh dia dah nampak kelibat Nick yang duduk seorang diri memandang tasik.  Jauh nampaknya menungan Nick.  Nampak seperti tiada apa-apa yang difikirkan tapi Hafiz tahu dalam kepala Nick sedang berselirat.

“Assalamualaikum."

Nick mendongak.  Hah!  Sampai pun mamat nie.  Penat aku tunggu.  Matanya ralit memerhatikan Hafiz yang nampak santai dengan t-shirt tanpa kolar, seluar bermuda dan sneakers.  Hafiz duduk di sebelahnya.

“Lambat."  Sepatah Nick memulakan perbualan.

“Jammed.”  Sepatah juga Hafiz membalas.

“Oke, aku tak nak masuk mana-mana simpang.  Aku nak tanya.  Kau tahu tak plan parents kita nak kahwinkan kita?”  Nick wajah serius memandang wajah Hafiz.

“Tahu."  Hafiz berwajah selamba.

Nick muka tak percaya.  Dia tahu?  Dan dia lansung tak cakap kat aku?

“Kau tahu dan lansung tak nak cakap pada aku?"

“Sebab nanti kau akan tahu jugak sendiri."

“Frankly speaking, Fiz.  Kau tahu aku tak akan setuju dengan semua nie kan.  Kau kawan baik aku dan aku tak pernah mimpi pun nak kahwin dengan kau.  Orang lain mungkin aku terima tapi kalau kau orangnya memang aku tak kan terima."

“Sebab aku macam nie?  Sebab aku lemah gemalai, manja so kau takut dapat malu?“

“Baguslah kalau kau faham.  Sorry if aku terlalu harsh dengan kau tapi aku tak nak hipokrit.  Kau memang dah faham aku sangat-sangat kan dan kau tahu sejak 5 tahun lepas aku nakkan lelaki yang kuat untuk jadi pelindung aku.  Aku tak rasa kau mampu, Fiz."

Hafiz terdiam.  Wajahnya tak membayangkan apa-apa.  Macam batu tanda kosong tanpa arah.  Tetapi dalam hatinya tuhan sahaja yang tahu hatinya terluka mendengar kata-kata daripada Nick.  Dia tahu.  Nick memang jenis cakap terus terang.  Dulu tiap kali Nick melemparkan kata-kata hot and spicy begitu dia tak rasa apa.  Namun sekarang, hatinya bagai disiat-siat.  Mungkin kerana sudah ada rasa yang bertanda.  Sejak bila?  Dia sendiri tak pasti.  Wajah Nick yang pertama kali dilihatnya ayu memakai tudung dan berbaju kurung terlayar di depan mata.

Nick disebelahnya turut diam.  Matanya mengerling pada Hafiz disebelah.  Selamba muka Hafiz.  Tiada riak sedih.  Muka macam orang tak ada perasaan.  Tapi sungguh dia tak dapat menipu kehendak hatinya sendiri.  Lelaki macam Hafiz tak pernah masuk dalam carta suami pilihan Nick Aisha.  Tangga tiga terbawah pun tiada.  Dari segi penampilan memang Hafiz nampak normal macam lelaki biasa.  Tapi dalamannya...Nick memejamkan mata.

“Aku tak tahu nak cakap macam mana.  Kau tahu aku tak pernah melawan cakap mama dengan papa.  Kalau ini yang boleh buat mama dengan papa happy, aku tak kan teragak-agak untuk ambil kau jadi isteri aku walaupun kau tak terima aku sebagai suami."  Tegas suara Hafiz.  Matanya masih tidak memandang wajah Nick walau hatinya memberontak untuk melihat.

“Hafiz!!!"  Nick spontan menjerit dan berdiri.  Darahnya mendidih.  Tak sangka Hafiz mementingkan diri sendiri.  Tak sangka Hafiz yang dulunya lembut sekarang dah pandai nak suruh orang mengikut kata-katanya.

“Aku tak kan sesekali terima kau!  Aku tak akan jadi isteri kau walaupun kau umpan aku dengan kereta Mercedes atau makan KFC tiap-tiap bulan!  Aku tak sangka kau pentingkan diri sendiri!  Aku ingat  kau kawan baik aku tapi sekarang not anymore!  I hate you!!"  Kalau diikutkan hatinya memang Hafiz bakal makan penumbuknya.  Dada Nick berombak menahan marah.

 Hafiz turut berdiri sambil mengjongket bahu.  “Whatever you say.  Tapi macam aku cakap tadi kalau kita kahwin boleh buatkan parents kita happy, kau get ready je la jadi wife kepada lelaki lembut macam aku.”  Selesai berkata-kata Hafiz terus melangkah pergi dari situ.

“Hadi Hafiz bin Akmal!  I’m not finished yet!!”  Dari belakang Nick menjerit memarahi Hafiz.

Hafiz terhenti di pertengahan jalan sambil berpaling.  Bibirnya tersenyum hambar.  “Terima kasih Nick Aisha...Terima kasih sebab masih ingat lagi nama kawan ops..bekas kawan baik yang kau benci nie."

Nick terkedu di situ.

Bukan nak perasan bagus

Sorry....Sorry....Sorry...

Banyak sorry la pada kawan-kawan yang aku dah tegur kalau diorang ada buat error dalam English.  Seriously, aku memang tak boleh tengok kalau ada wrong spelling atau grammar dalam English.  Mulut aku laju nak betulkan.  Bulat sana sini.  Maybe akan ada mereka yang rasa aku nie annoying-perasan bagus-bajet pandai tapi aku buat tu sebab tak nak korang jugak dapat marks sikit dan tak nak korang larut dalam kesalahan tu walaupun error tu nampak kecik tapi akan affect pada ayat korang.  Sebagai contoh is dengan are.  Has dengan have.  Nampak simple tapi beza penggunaan.  Lagi contoh yang aku perasan time presentation, diorang selalu guna it's mean.  Yang betul adalah it means.  Sebenarnya aku pun kadang-kadang tak pasti jugak dengan grammar dalam English nie.  Kadang-kadang aku suruh diorang double check semula.  Tapi yang aku pasti ada error memang aku akan betulkan balik.  Aigoo aku dah start nak bebel lagi.  Oke sampai sini sahaja update untuk hari ini.

May ALLAH bless :)

April 10, 2011

Bila giliran aku nak sampai?

Officially jealous.

For those my friends yang dapat further study kat oversea jangan sia-siakan peluang yang dapat.  Not everyone get the chance to go there.  It's good and a bit of jealous when I see you guys pose sana sini kat building yang tak ada di Malaysia.  Get the degree.  Jangan balik Malaysia dengan tangan kosong literally or figuratively.  Don't make me said

"Ish belajar kat sana last-last tak dapat apa-apa.  Baik aku yang pergi sana."

Bila la aku dapat pergi luar negara nie ~_~"


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...