April 26, 2011

Angin semilir bawaku pulang

Petang yang anginnya bertiup nak tak nak.  Tasik di depan mata berkocak perlahan-lahan seolah-olah menggoda untuk masuk ke dalam.  Ahh aku tak kan sesekali tertipu dengan godaan picisan seperti itu.  Mata meliar ke sana sini melihat sekeliling.  Cuba cari ubat cuci mata.  Segar pemandangan.  Suara kanak-kanak girang bermain.  Spontan bibir tersenyum.  Teringat zaman kanak-kanak yang dah berkilometer ditinggalkan di belakang.  Tiba-tiba lamunan di cantas dengan kejam oleh gelak gedik sekumpulan gadis-gadis yang baru nak naik.  Melenggang lenggok berjalan seakan nak menari tarian zapin campur kuda kepang.  Bibir mencebik.  Alangkah bagus kalau kain yang jarang dan singkat itu di tutupi dengan seluar longgar.  Kan tak seksa mata kalau baju yang dibeli di butik Baby Kiko sampai segala aset nampak itu dilindungi dengan jubah yang labuh dan warna yang gelap.  Rambut yang warna warni itu disarungkan tudung yang menutupi dada.  Mata masih lagi melihat gelagat mereka.  Satu suara dalam kepala tiba-tiba bertanya.  "Kau pula bagaimana?  Adakah lebih baik daripada mereka?"  Bibir yang tersenyum sinis terus menjadi garisan lurus.  Tak bergerak selama 3 minit setengah.  Lantas bangun dan menghayun langkah ke arah bertentangan.  Mungkin lebih baik menilai diri sendiri dulu.

1 horlicks ais:

Inche Vampire said...[Reply to comment]

better jadi diri sendiri.. and jenguk diri dulu. hee..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...