Tajuk : Behind These Sepet Eyes
Rambut sudah siap di gel ikut gaya terkini. Kemas terpacak. Bedak? Mekap? Aku bukan perempuan dot dot nak mekap. Tak perlu. Baju sekolah bibik dah tolong gosokkan. Lengan baju kurung dah siap di singsingkan. Stokin dah siap pakai. Tali kasut di ikat longgar. Get ready Nur Dania!
Nur Dania. Lebih gemar dipanggil Danny. Bukan tipikal budak perempuan biasa yang gilakan lelaki-lelaki Korea yang jambu walaupun fesyen rambutnya selalu dipengaruhi oleh aura belah sana. Pakai baju kurung seminggu 5 kali. Itu pun baju kurung sekolah. Benci mekap dan kasut tumit tinggi. Pendek kata apa sahaja yang berkaitan dengan budak perempuan memang awal-awal lagi Danny katakan tidak!
Seperti pagi-pagi yang lain, Danny berlari-lari anak menuruni tangga rumah dua tingkat kepunyaan Encik Amar dan Puan Kaisara. Dah lambat tapi Danny masih berwajah selamba. Kelas mula pukul 7:45 jadi pukul 7:44 baru bertolak. Hal kecil bagi Danny.
“Dania..jum breakfast dulu dengan mama dan papa.” Ajak Puan Kaisara yang tiba-tiba muncul dari pintu dapur. Danny menoleh sekilas. Papanya turut sedang bersarapan di meja. Seperti pagi-pagi yang lain juga, Danny turut berikan jawapan yang sama.
“Dah kenyang.” Tanpa nada dan terus berlalu pergi.
Puan Kaisara dan Encik Amar berpandangan antara satu sama lain. Sebak terasa di hati dengan kelakuan satu-satunya anak perempuan mereka. Puan Kaisara mengesat air mata yang terasa basah di pipi.
“Sampai bila kita nak macam ini dengan darah daging sendiri, Amar?”
Dan Encik Amar hanya terdiam. Tiada jawapan untuk soalan yang sudah kerap kali di tanya itu.
***
“Heya guys! Bising semacam je? Mana orang tua garang tu?” Danny bertanya sejurus masuk ke dalam kelas.
“Danny! Berita baik! Berita baik!” Teriak Maureen. Kawan sebelah meja Yuyu.
“Kenapa gaya dah macam orang nak jual surat khabar lama ni?” Danny tergelak.
“Cis, aku dikatanya orang jual surat khabar. Aku ada surat kha..Ish tengok! Dah terikut-ikut kau. Macam ini aku ada khabar baik untuk kau. Pagi ni semua cikgu ada meeting tergempar pasal apa entah. Aku pun malas nak ambil tahu sangat.” Morin bercerita sambil angkat-angkat kening. Yuyu di sebelah dah tersengih.
“Maka?” Yuyu menyoal dengan muka nakal. Lagi seorang geng Danny, Farhan dah buat muka satu jenis dengan Yuyu.
Lebar sengihan Danny. Muka dah macam penjahat dah dapat rancangan baik untuk rompak bank.
“Payback!!!” Bergema kelas dengan suara mereka berempat.
***
“So, what’s the plan? Ganas atau lembut? Spicy atau original?” Sempat lagi Farhan atau An buat lawak.
“Aku rasa tak boleh ganas-ganas sangat. Nanti mati pulak orang tua tu. Tak pasal-pasal aku kena masuk penjara. Tak kahwin sampai sudah aku nanti.” Yuyu dah merepek.
“Kau rasa macam mana Danny? I think Yuyu is right. Kita buat yang ringan-ringan dah lah. Cuma nak bagi Madam Tipah tu sedar jangan sewenang-wenang kutuk orang. Kalau kita kena tangkap for sure kita kena demerit. Aku dah malas nak buat amal cuci blok akademik.” Morin pula bagi cadangan.
Mesyuarat mereka berempat dibuat di dalam perpustakaan. Maklumlah supaya tak ada nampak sangat mereka sedang buat konspirasi nak menjatuhkan Madam Tipah yang cengil dan mulut macam laser neon itu.
Danny terangguk-angguk. Tahun ini nak ambil SPM. Memang tak boleh jahat sangat. Tak berkat nak jawab kertas nanti. Rosak plan aku nak hidup jauh daripada mama dan papa. Mereka yang lain memandang wajah Danny yang bekerut-kerut memikir. Tapi buat ekpresi macam mana pun Danny tetap comel. Cuma sampai sekarang mereka tak tahu kenapa Danny tak mahu menjadi Dania.
“Danny, cepatlah! Kita conteng kucing dia nak? Kan dia selalu bawa kucing dia tu pergi sekolah. Dia ingat sekolah dia ke apa nak bawa kucing.” An mencebik. Sungguh dia tak suka kucing dan kucing pun tak suka dia!
Mata Danny bersinar walaupun sepet. Terpamer gigi putih Danny yang cantik bersusun demi mendengarkan cadangan An yang sangat bernas.
“An.” Danny buat suara serius macam dalam mesyuarat PIBG.
“Apa?” An menyoal sambil menggaru dagu.
“High five!” Dan selamat dahi An kena high five daripada Danny.
***
“Cepat la Danny! Tu kucing dia. Dalam sangkar tu. Yang hodoh tu kucing dia la.” An memuncungkan bibir ke arah Memot, kucing Madam Tipah.
“Kau ni An ada yang makan kasut seminggu tak basuh. Sabar la! Kang kantoi kau dengan aku jugak yang kena!” Danny marah tapi dalam nada berbisik.
An diam. Cakap sikit pun tak boleh. An membebel dalam hati sambil membetul-betulkan jambul rambutnya. Buat kerja jahat macam ini rasa syok juga sebenarnya.
“Hey kitty! Meow..meow..come..come..” Entah siapa ajar Danny panggil kucing gaya begitu. An yang melihat tahan nak gelak. Nanti tak pasal-pasal makan kasut tak basuh seminggu. Dah kenal sangat dengan Danny. Apa yang dia cakap dia akan buat. Tapi aku kan kawan baik dia, tak kan sampai hati dia buat aku macam itu. Tapi biasanya Danny memang tak sampai hati. Cuma sampai kaki sahaja.
“Bagus betul Madam Tipah ni kan Dan. Macam tahu-tahu kita nak pedajalkan kucing dia sampai dia sendiri baik hati tak kunci sangkar kucing ni. Senang kerja kita.” An bersuara di belakang Danny.
Danny menjeling. Tapi dah tentu An tak nampak sebab An berdiri di belakang dia. “Senang kan kerja kita ke kerja aku? Dari tadi aku yang duk meow..meow kat si Memot ni. Kau tu membebel dari tadi. Menolong tak nak!” Sambil membelai si Memot yang dah selamat di tangan, mereka terjengket-jengket keluar dari bilik stor sebelah makmal Sains.
“Kau bukan tak tahu aku kan alahan dengan kucing. Kucing ni semua pantang tengok aku. Asyik nak mencakar. Aku tak tahu la apa dosa aku buat pada dia orang. Salah ke kalau aku lagi hensem daripada kucing-kucing ni?” An pun sama dengan Yuyu. Merepek tak habis-habis. Danny dah malas nak melayan. Makin melayan makin menjadi.
“Hei korang! Kat sini! Kat sini!” Morin dengan trademarknya suka ulang ayat dua kali melambai-lambai pada An dan Danny. Apa lagi. Terus mereka berdua berdesup lari takut ada orang terdengar suara Morin yang dah sah-sah kuat macam pakai hailer.
“Haha berjaya jugak korang culik si Memot ni. Kesian, tak lama lagi Memot bakal jadi Menah. Hebatnya! Hebatnya!” Yuyu menepuk tangan sambil terlompat-lompat. Morin dah siap sedia dengan peralatan mengubah Memot.
Sedang mereka berempat seronok mendajalkan Memot yang teraniaya, satu suara menyergah dari belakang.
“Dania! Farhan! Idayu! Maureen! Pergi ke bilik disiplin sekarang!!”
“Kenapa kau tak kunci pintu anak pak cik Rahim?” Danny mengetap bibir.
“Aku lupa la anak pak cik Amar.” Yuyu menggaru kepala.
***
“Apa nak jadi dengan kamu berempat ni? Tak habis-habis buat masalah. Tak sedar ke tahun ni kamu nak ambil SPM. Kalau nak cari populariti sangat tunggu habis sekolah nanti. Hah masuklah mana-mana rancangan realiti kat Tv tu. Popular la kamu nanti.” Cikgu Omar berjalan mengelilingi mereka berempat.
Mereka berempat mendiamkan diri. Dah biasa dengan situasi macam ini. Kalau jawab balik apa yang ditanya dikatakan menjawab. Bila berdiam diri dikatanya bisu. Akhirnya mereka ambil keputusan buat tak tahu sudah.
“Kamu tahu tak yang kamu dajalkan tu cikgu kamu sendiri? Kamu tahu tak tu dah dikira tak menghormati guru?” Cikgu Omar pandang tepat muka An.
“Maaf cikgu tapi saya tak tahu pulak Madam Tipah dah jadi kucing. Rugi pulak rasa tak buat lebih-lebih tadi.” An menjawab selamba sambil memandang tepat muka cikgu Omar.
“Kamu ni menjaw...” Tak sempat nak menghabiskan ayat pintu bilik diketuk. Spontan mereka berempat turut menoleh.
Knock! Knock!
Terjegul wajah cikgu Abby merangkap isteri cikgu Omar. Terus berseri wajah cikgu Omar yang tadi dah macam muka samseng dikehendaki polis. Biasalah pengantin baru katakan. Cikgu Abby tersenyum. Dalam hati budak berempat itu terdetik, jauh beza perangai cikgu Omar dengan cikgu Abby.
“Cikgu Omar, ada guru baru baru daftar masuk hari ini. Marilah berkenalan kejap. Nanti tak adalah pelik tiba-tiba tengok ada staf baru dalam sekolah.” Cikgu Abby tak habis lagi senyum. Tanpa membuang walau satu saat pun, terus cikgu Omar berjalan laju ke pintu. Sebelum keluar sempat lagi dia berpesan, “Saya tak habis lagi dengan kamu berempat. Sekarang pergi balik ke kelas dulu.” Arah cikgu Omar.
***
“Haish kacau la cikgu Omar tu. Baru nak tengok cikgu baru yang baru masuk tu.” Morin menumbuk tapak tangannya sendiri.
“Apa punya ayat la kau pakai tu Morin. Pelik-pelik kau ni.” An memandang malas pada Morin.
“Betul apa ayat Morin tu. Kan tu cikgu baru dan dia baru masuk hari ni. Apa yang salahnya?” Soal Yuyu tak puas hati.
An malas nak berbalah lebih-lebih. Walaupun mereka berempat kawan baik tapi kadang-kadang boleh bergaduh juga sebab masing-masing tak nak kalah. An pandang wajah Danny di sebelahnya. Sejak keluar dari bilik disiplin tadi, Danny diam tak bercakap.
“Diam kenapa?” An menyoal.
Danny pandang lima saat muka An kemudian pandang balik ke hadapan. Cikgu baru? Ganti siapa pulak? Sungguh aku tak suka kalau ada cikgu baru masuk. Mesti pandang pelik pada aku. Kenapa semua orang suka sangat buat penilaian awal bila tengok aku macam ni?
“Nothing. Not a thing.” Danny membalas pendek.
An angkat kening sebelah. Gaya Danny itu dah selalu dia tengok kalau dengar ada guru baru bakal masuk mengajar. Dia tahu. Terlebih tahu sebab antara dia dengan Danny memang rapat. Morin pula memang dah macam adik beradik dengan Yuyu.
“Jangan nak tipu aku. Aku bukan baru kenal kau dalam 18 setengah saat lepas. Ni mesti kau risau cikgu baru tu pandang kau lain macam then mulut sesuka hati condemn kau kan.”
Danny diam. Memang betul aku risau. Walau dekat luar muka aku macam tak ada apa bila orang cakap macam tu tapi hati aku ni masih tahu rasa sakit. Aku pun manusia tapi kenapa aku dilayan macam anak tiri dalam Bawang Merah Bawang Putih. Tertekan! Danny mengirai-ngiraikan rambutnya sampai dah hilang gaya. Mereka yang bertiga melihat tak berkata apa. Hanya membiarkan Danny buat apa yang dia mahu. Yuyu pandang kedua sahabatnya.
“Jum pergi makan ais krim?” Yuyu bangun daripada duduk.
“Let’s go!” Serentak yang lain menyahut hatta Danny juga walaupun tadi gaya dah macam nak bertukar jadi Hulk.
***
Argh menyampah! Menyampah! Kenapa cikgu baru selalu tak ngam dengan aku? Memang dasar tak ada insurans punya mulut! Suka hati aku la nak pakai macam mana. Ini diri aku! Kenapa sampai nak masuk bab agama pulak? Danny menumbuk-numbuk bantal golek di atas katil. Kejadian tengah hari tadi masih terbayang di hadapan mata. Masa itu dia sedang duduk di taman bersama Yuyu sambil bergelak ketawa.
“Assalamualaikum.” Lembut satu suara menegur.
Serentak dia dengan Yuyu menoleh. Yuyu dah ternganga. Dihadapan mereka sekarang berdiri seorang lelaki berwajah bersih memandang mereka berdua sambil tersenyum.
“Wa..Waalaikumussalam.” Yuyu menjawab dalam gagapnya. Danny menjawab di dalam hati. Dalam hati tertanya. Siapa pulak ni? Tak kan pak guard baru?
“Kamu berdua buat apa kat sini? Tak balik lagi?” Menyoal sambil tersenyum.
Yuyu memandang Danny yang kelihatan malas nak menjawab. Sekilas mata Yuyu menangkap name tag yang tergantung di leher. Iqbal. Ini cikgu baru tu kot. Yuyu terus tersengih.
“Kami tengah tunggu ayah saya datang jemput. Errr..cikgu ni cikgu baru masuk ke? Kalau betul saya, Idayu. Sebelah saya, Dania.” Yuyu memperkenalkan dirinya dan Danny.
“Dania? Perempuan rupanya. Saya ingatkan lelaki tadi. Maklum lah sebab kalau perempun selayaknya seperti perempuan gayanya. Maaf. Saya hampir salah anggap tadi.” Iqbal memohon maaf. Danny dah mula nak berangin. Mulutnya baru nak menjawab apabila Yuyu mencubit pahanya. Yuyu dah senyum nak tak nak. Muka Danny dah mula merah menahan marah.
“Saya pergi dulu. Sebelum tu, awak berdua tahu kan hukum perempuan menyerupai lelaki dan sebaliknya?” Sempat lagi Iqbal melemparkan senyuman sebelum berlalu pergi.
Berani betul ustaz tu cakap macam tu pada aku. Depan muka aku sendiri pulak tu. Even cikgu lain pun tak pernah cakap terus berdepan. Bengkak rasa di hati Danny tak dapat hilang macam itu sahaja. Aku mesti balas balik. Tak kira kau ustaz atau apa. Kejap? Dia ustaz? Teringat kejadian hitam yang pernah terjadi dalam hidupnya. Tak semena-mena pipi Danny basah.
***
“Danny? Kenapa muka pucat? Kau tak sihat ke?” Morin melekapkan tapak tangan pada dahi Danny. Pagi ini Danny tak menyapa riang mereka seperti biasa. Gaya Danny seperti zombi yang tidak ada perasaan.
Danny tersenyum kecil tapi nampak seperti dibuat-buat. An dan Yuyu entah sedang berbual tentang apa. Satu pun tak masuk ke dalam telinga Danny. Namun satu ayat tiba-tiba menerjah laju masuk ke lubang telinganya.
“Dengar cerita Madam Tipah dah tak ajar kita. Cikgu baru yang akan ajar. Tapi aku tak tahu lah siapa. Tak kan ustaz Iqbal pulak. Dia boleh ke ajar kita English? Kang ada terkeluar bahasa Arab. Naya kita waktu SPM nanti.” Yuyu tergelak bersama mereka yang lain.
“Bangun! Assalamualaikum dan selamat sejahtera cikgu!”
Serentak sekelas mengucapkan kata-kata yang sama. An menyenggol Danny. “Berapa panjang la ucap selamat kita.” An bercakap walau mulutnya kelihatan tidak terbuka. Tapi tak mendapat sebarang respon daripada Danny. An pelik. Muka Danny dipandangnya. Nak kata teruja sebab cikgu baru itu kacak tidak juga. Tapi nak hurai macam mana muka Danny sekarang? Kelas hingar-bingar namun Danny masih tak keluar walau satu ayat.
“I’m Iqbal Baihaqi. From now on, I will be replacing Madam Tipah for this particular subject. Any questions or objections?” Iqbal memandang ke seluruh kelas. Matanya menangkap wajah Danny yang pucat. Oh budak tu dalam kelas ni rupanya.
“No sir. No objections at all but we do have one tiny question for you. No offense please. Why it must be you to teach us nevertheless there are many teachers can teach us also?” Suara si ketua kelas bertanya.
Iqbal tersenyum sebelum menjawab. “Is it because you all know me as an ustaz so I can’t teach English? An ustaz can teach English too. The same concept when Math teacher wants to teach Chemistry. Don’t you think so? Please my dear students don’t simply make judgments.”
Gila la budak-budak perempuan lepas ni. An mengeluh di dalam hati.
***
“Dania! Boleh saya jumpa awak sekejap lepas ni?” Sebelum masa terakhir kelas petang itu, sempat lagi Iqbal menahan Dania. Dah lebih tiga bulan dia mengajar kelas Danny tapi Danny masih dingin. Mereka yang lain dah pandang antara satu sama lain.
Danny berdiri menghadap Iqbal yang sedang duduk di kerusi guru. Matanya melihat perilaku Iqbal yang membelek-belek buku di atas meja.
“Kalau setakat ustaz nak suruh saya tengok ustaz belek buku, baik saya balik sekarang.” Nada dingin meluncur. Terangkat wajah Iqbal.
“Awak bencikan saya ke?” Terus soal tanpa ada simpang. Senang begitu daripada guna ayat yang berbunga-bunga tidak ada hala tuju. Danny tahan riak muka terkejut. Ketara sangat ke wajah aku benci tengok muka dia?
“Where’d you get that idea?”
“Please Dania. I can see it in your eyes. Anger, revenge but still there are something bothering me though you seems so angry with me.” Iqbal masih tak habis tanya. Danny diam tak membalas.
“Your eyes. Sadness. Dalam mata awak ada kesedihan walaupun ada kebencian awak pada saya. Apa sebenarnya itu Dania?” Seakan-akan merayu suara Iqbal. Danny sudah tak betah berdiri di situ lama-lama.
“Hear me mister! That is for me to know and obviously not for you to find out!” Mencerlung mata Danny memandang Iqbal dan tanpa membuang masa Danny melangkah meninggalkan kelas.
Dari jauh An, Yuyu dan Morin melihat Danny menapak ke arah mereka dengan riak marah. “Danny, sorry kalau aku tanya. Tapi kenapa kau nampak macam benci sangat pada ustaz Iqbal? Dia ada buat apa pada kau? Dia pikat kau ke?” An bertanya.
“Jangan sebut nama dia boleh tak? Aku menyampah. Faham! Jangan sesekali sebut nama dia depan aku. Tolong. Aku minta sangat.” Di akhir ayat rendah suara Danny. Morin dan Yuyu tak berani nak menyampuk. Tak pernah berhadapan dengan Danny yang serupa ini. Nampak sangat ustaz Iqbal bawa kesan yang besar dalam hidup Danny. Sebelum ini dengan cikgu-cikgu lain, perangai Danny tak ada berubah sampai begini sekali.
***
Iqbal sedang berjalan untuk ke kelas apabila dia ternampak sekeping gambar terlangkup di hadapan pintu. Terus dia mengangkat gambar tersebut. Sebaik sahaja matanya menyapa wajah di dalam gambar tersebut, matanya membulat. Damia???
Statik dia berdiri di situ sehingga suara Danny meneriak daripada belakang.
“Ustaz!!”
Sebaik tiba, Danny terus merampas gambar daripada pegangan Iqbal. “Ini..ini saya punya.”
“Dania...awak adik Damia? Ya Allah, kenapa saya tak perasan wajah awak mirip kakak awak? Mana Damia? Saya kena jumpa dia!” Iqbal menggesa Danny.
“Untuk apa ustaz nak jumpa kakak saya?” Danny bertanya.
“Haikal..Haikal nak jumpa dengan Damia.” Tersekat-sekat Iqbal memberitahu Danny.
Haikal! Nama pembunuh itu! Menyirap terasa darah ke muka. Darah terasa mendidih. Sebaris nama yang membuat Danny berubah sampai begini. Nama yang membuat hubungan dia dengan papa dan mama dingin macam ais. Tergamak papa enggan membuat laporan polis disebabkan malu kalau orang tahu kakak dirogol orang.
“Tak payah! Buat apa nak jumpa dengan kakak saya? Mintak maaf? Huh dah tak ada guna! Kakak saya dah tak ada! Ustaz tahu tak? Kakak saya dah lama tinggalkan saya sorang-sorang lepas pembunuh tu rogol kakak saya! Sampai saya berubah jadi macam ni semata-mata tak nak kelihatan macam kakak saya” Keras suara Danny. Air matanya mengalir tetapi tiada esakan dalam tangisannya.
Tergamam Iqbal. Sudah lama dia mencari Damia lepas kejadian hitam yang menimpa Damia. Dia memang maklum Haikal memang bersalah. Bila nafsu menguasai segalanya gelaran ustaz cuma tinggal pada nama. Haikal menyukai Damia tetapi disebabkan Damia menolak, dia mengambil langkah yang bodoh itu untuk membalas dendam.
“Dania…” Danny berpaling. An, Yuyu dan Morin! Pertama kali mereka memanggil nama sebenarnya. Air matanya dikesat. Bibirnya mengukir senyuman duka.
“Selama ni kau orang tak tahu kenapa aku berubah sampai macam ni kan. Nah, hari ini semua dah terbongkar. Sebab tu aku bencikan semua yang bergelar ustaz. Nampak baik tapi hati busuk! Bertindak ikut perasaan dan nafsu! Sebab mereka, aku hilang satu-satunya kakak yang aku sayang.” Akhirnya teresak-esak juga Danny menangis. Dia terduduk di hadapan kelas. Dan Iqbal..tak mampu untuk menenangkan Danny waktu itu. Dia hanya mampu melihat.
***
Sudah seminggu kejadian itu berlaku. Tiap kali Danny ternampak bayang Iqbal, cepat-cepat dia melalui jalan lain walaupun jauh. Di dalam kelas juga dia hanya menunduk walau dia sedar Iqbal sesekali mengerling ke arahnya.
Namun suatu hari, Iqbal dapat juga menghalang Danny daripada melarikan diri. Muka Danny mencuka. Benci benar dia pada aku walaupun bukan aku penyebab dia hilang Damia.
“Sampai bila awak nak macam ni dengan saya, Dania?” Tegas suara Iqbal. Dah tak tahan rasanya melihat Danny buat tak tahu dengan kehadiran dia. Danny buat tak tahu seolah-olah Iqbal tak wujud. Geram Iqbal melihatnya.
“Awak tahu kan memaafkan orang tu perbuatan yang mulia? Saya percaya Damia mesti selalu pesan macam tu pada awak kan ?”
“Maaf ustaz. Saya tak sebaik itu nak maafkan pembunuh. Walaupun dia dah menyesal tapi dapat ke dia kembalikan kakak saya? Nama saja ustaz tapi..huh!” Danny mencebik. Matanya memandang ke arah lain. Iqbal cuba menyabarkan hatinya. Kalau diikutkan memang Dania bakal makan penamparnya. Iqbal menarik nafas.
“Dania, awak selalu cakap semua orang suka cakap pada awak sewenang-wenangnya. Dengan penampilan awak, gaya awak semua orang buat tanggapan buruk. Tapi sedar tak? Awak pun sama macam mereka. Awak sewenang-wenang cakap semua ustaz teruk. Mereka semua tu manusia, Dania. Selagi mereka bergelar manusia, mereka akan sentiasa buat salah. Tak tahu pula saya kalau awak ni maksum. Tak pernah buat salah.” Selamba suara Iqbal mengenakan Danny.
Merah muka Danny. Dia menjeling kepada Iqbal yang tersenyum. Tadi muka serius macam apa. Sekarang senyum pula. Tanpa membuang masa dia berlalu pergi tapi kata-kata Iqbal mengasak-asak ke lubang telinganya. Aku ego sangat ke?
***
Berhari-hari Danny memikirkan kata-kata Iqbal. Selama ini aku hidup dalam dendam, Hati aku selalu tak tenang. Kakak..Danny nak buat apa? Patut ke Danny maafkan orang macam tu? Dan Iqbal...Danny ego sangat ke? Sepanjang malam Danny berfikir hinggalah satu keputusan telah dibuat. Aku dah dapat jawapannya!
Danny menarik dan menghembus nafas. Cuba mencari kekuatan sebelum ketemu dengan Iqbal. Perlahan-lahan kakinya melangkah. Jangan putus nafas depan ustaz nanti sudah!
“Ustaz.” Perlahan suara Danny menyapa Iqbal.
Iqbal mengangkat wajah. “Dania? Ada apa awak cari saya? Nak tunjuk fesyen rambut baru ke?” Sarkastik Iqbal membalas.
“Jangan nak buat lawak. Tak kelakar pun. Saya datang ni mesti la sebab ada hal.” Danny memuncungkan bibir. Comel! Tersenyum Iqbal. Pertama kali Dania buat gaya manja macam itu.
“Ada apa Nur Dania?” Kali ini serius suara Iqbal.
“Saya..saya cuma nak mintak maaf pada ustaz sebab sebelum ni saya berkasar. Saya ni walapun ganas tapi nak berkasar dengan cikgu memang tak sama sekali. Cuma hari tu memang saya out of control. Maaf.” Ikhlas Danny meluahkan. Iqbal seolah-olah tak percaya. Terkelip-kelip matanya. Danny tahan nak ketawa melihat riak wajah Iqbal.
“Apa yang membuatkan awak nak minta maaf?”
“Sebab saya tahu saya bukan maksum macam yang ustaz cakap. Selama ni saya ego, berdendam dengan Haikal, papa dan mama. Saya ingat saya bahagia buat macam tu tapi saya silap. Saya lupa dendam tu salah satu penyakit hati. Patut hati saya selalu sakit.” Danny sempat buat lawak. Bibirnya mengukir senyum manis. Terpana Iqbal sebentar. Cepat-cepat dia mengalihkan pandangan ke arah lain. Kenapa senyuman dia manis sangat macam susu pekat manis? Hati Iqbal bergetar melihat senyuman Danny.
“So, itu yang saya nak cakap. Kalau ustaz pun tak ada apa-apa nak cakap pada saya, elok saya gerak sekarang. Nanti orang cakap saya nak pikat ustaz pulak.” Danny mengenyit mata pada Iqbal. Iqbal berdehem.
“Pasal Haikal tu saya dah maafkan dia cuma saya belum mampu nak berhadapan dengan dia. Harap ustaz dapat sampaikan. Assalamualaikum.” Sebaik mengucapkan salam, Danny berlalu pergi dengan hati yang lapang. Manakala Iqbal masih pegun di kerusinya.
***
“Cuaknya nak jawab paper English. Selama ni kita taram cakap English. Tunggang langgang pulak tu. Takut bahagian esei. Aku bukan ada darah sastera nak karang-karang ayat.” Yuyu sedari pagi membebel. Lebih kurang dengan Morin. Pagi itu mereka sedang menunggu untuk menjawab kertas Bahasa Inggeris. Tak sangka SPM secepat ini. Danny hanya tersengih melihat gelagat kawan-kawan baiknya.
“Danny!” An memanggil sambil berlari-lari anak menuju ke arah mereka bertiga.
“Kenapa?” Danny mengerutkan dahi. Dapat soalan bocor ke?
“Nah ustaz bagi pada kau.” Termengah-mengah An melepaskan lelah.
“Ish tak aci! Kenapa ustaz tak bagi pada aku jugak!” Yuyu bersuara tak puas hati. Morin disebelahnya tersengih. “Sebab waktu English kau selalu skodeng dia. Itu sebab dia tak bagi. Takut dengan kau.” Morin mengusik dan Yuyu hanya menarik muncung.
Danny malas melayan. Dibukanya sampul kad yang diberikan Iqbal padanya.
Nur Dania,
Wanita adalah hiasan dunia. Seindah hiasan adalah wanita solehah. Be one of them. I’m glad to see that to happen.
p/s: Ik houd van u…
Sebaris ayat di bawah itu membuatkan pipinya merona merah. Matanya meliar mencari Iqbal. Tiba-tiba matanya berhenti pada wajah Iqbal di sebalik orang ramai. Iqbal tersenyum padanya. Danny turut tersenyum walau malu tak tahu nak letak di mana. Terima kasih ustaz…
18 horlicks ais:
Best sgt cite ni... Kalo wat novel pon okey gak am
ape mksud ik houd van u tu??
bhsa ape 2??
Wild Cherry ehe akan difikirkan. macam tergantung kan cerpen nie ?
anonymous : maksud ayat tu I love you dalam bahasa belanda
i really2 luv ur writing..ada fb x? add zaty.kita ley jd kwn bek.nk blaja cra penulisan nie.
@zaty luvlianncezzz haha dah terpampang ikon fb kt blog nie sis :)
wauu nak belajar ? am pun baru lagi berkecimpung =,='
wau x sgka kwn aku ni berbakat sehhh....
bestla!!! cuba wat cite pasal keje2 plak ke,
~Cukaei~
“Kenapa kau tak kunci pintu anak pak cik Rahim? =))) haippppp hhahaha
@HIDAYATUS SOLEHAH gomawo :)
@Misz Yuyu haha betul kan anak pak cik rahim ?
@Diera Tekikushika takde la bakat mana. kena usaha jugak :)
bakat perlu di gilap! shabas
Hadir membaca dan memberi sokongan. Menarik kisahnya.
Olahan dan konflik dikupas dengan berkesan.
Good luck! (^_^)
@shahjiehan haha thankxx akan berusaha lagi. sedar usaha kena lebih :)
@Rizai Reeani terima kasih atas pujian dan membaca cerpen picisan ni :)
nice.. cume kalau tambah lagi unsur saspen, maybe lg best..=)
rahsia dia cam cepat sgt terbongkar.. kene panjangkan lg cerita.. baru buat pembaca tertanye2.. hehe..
serius akak suke penulisan am.. cume kene kembangkan lg.. gud luck..^_^
@Nieza Micha terima kasih kak sebab komen. mmg sedar this cerpen ada kekurangan. mcm nk rush siap pun iye jugak. ehe sebab limit sampai 9 pages je so takut terlebih pages maka sbb itu jalan cerita macam cepat nak habis
Post a Comment