April 3, 2011

English? Apalah sangat!

Aku jarang cerita pasal diri sendiri kat blog kan.  Jarang kot aku bebel pasal aku buat apa hari nie-makan-pakai baju apa.  Cerita about so-called boifren.  So hari yang mulia nie aku nak cerita sikit impian aku masa aku baru habis SPM.  Ye la memandangkan aku pun dah tak lama nak habis praktikal maka aku rasa masa yang sesuai untuk ulang tayang cita-cita dan harapan yang tak kesampaian.


Masa SPM dulu aku memang dah bertekad untuk apply TESL (Teaching English as a Second Languange).  Sebenarnya aku tak minat pun jadi pengajar.  Tapi sebab minat yang ekstreme (poyo lebih) dalam BI maka aku pun apply la dengan muka excited macam orang baru lepas dapat ais kirm Mat Kool pisang yang baru tu.  Tapi sadis tak dapat.  Aku tak tahu kat mana silap aku.  Mungkin sebab aku cuma dapat 1 dalam A maka aku di anak tirikan.  Barangkali dia nak A111111 kot.  Tapi takpe la.  Dah takde jodoh antara aku dengan TESL.  But part yang paling best adalah aku dapat jugak apply untuk course yang berkaitan dengan English.  Bukan TESL tapi course Bahasa Inggeris untuk Komunikasi Profesional.  Panjang nama course nie tapi aku highlightkan yang part English tu je :)  Actually aku harap sangat dapat.  Semoga tak terkilan lagi.  Mintak sikit jek dari korang.  Tolong doakan aku berjaya walaupun aku tak dapat course yang aku nak. :)

May ALLAH bless.

4 horlicks ais:

ruki27 said...[Reply to comment]

peh am!!! ko ske eng!? aq xske gle...haha...aku minat yg mendalam pda addmath....aku pun mohon nak ajar addmath gak...tp xdpt....T.T....

sab said...[Reply to comment]

sayang! gud lux!! :)

Misz Yuyu said...[Reply to comment]

itu lumrah..jrg kita nk dpt ape yg diingini tskk...

shahjiehan said...[Reply to comment]

xpe2... jgn sedeh2

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...