April 11, 2011

My Lady is a Boy-Chapter 9

“Aku nak jumpa kau ASAP!”

Klik!  Terus talian diputuskan.  Hafiz tergamam.  Apa kena dengan Nick nie?  I don’t even have my say pun nak pergi ke tak.  Masa dengan tempat pun tak decide.  Lantas handphone didail untuk menghubungi Nick kembali.

“Hello!  Hah nak apa lagi?  Kan aku dah cakap nak jumpa kau?  Sejak bila kau tak faham maksud perkataan jumpa dengan ASAP tu??"  Belum sempat Hafiz membuka mulut, Nick sudah menyembur dulu di talian.  Hafiz menarik nafas.

"Dear, kau tak cakap lagi nak jumpa kat mana and pukul berapa?  Kau nak jumpa aku dekat batu dua ke?"  Selamba Hafiz membalas.  Nick di talian sebelah sana terdiam.  Malu dengan diri sendiri sebab?  Salah sendiri.  Entah kenapa dia rasa nak marah bila tahu keputusan yang telah dibuat untuk dirinya oleh ibu dan ayahnya sendiri.

"Dekat Taman Bandar.  Now."  Tanpa sebarang kata, sekali lagi talian dimatikan.  Hafiz memandang handphone di tangan.  Rasa-rasa macam tahu kenapa Nick nak sangat berjumpa dengannya.  Kunci kereta diambil.

***

Dari jauh dia dah nampak kelibat Nick yang duduk seorang diri memandang tasik.  Jauh nampaknya menungan Nick.  Nampak seperti tiada apa-apa yang difikirkan tapi Hafiz tahu dalam kepala Nick sedang berselirat.

“Assalamualaikum."

Nick mendongak.  Hah!  Sampai pun mamat nie.  Penat aku tunggu.  Matanya ralit memerhatikan Hafiz yang nampak santai dengan t-shirt tanpa kolar, seluar bermuda dan sneakers.  Hafiz duduk di sebelahnya.

“Lambat."  Sepatah Nick memulakan perbualan.

“Jammed.”  Sepatah juga Hafiz membalas.

“Oke, aku tak nak masuk mana-mana simpang.  Aku nak tanya.  Kau tahu tak plan parents kita nak kahwinkan kita?”  Nick wajah serius memandang wajah Hafiz.

“Tahu."  Hafiz berwajah selamba.

Nick muka tak percaya.  Dia tahu?  Dan dia lansung tak cakap kat aku?

“Kau tahu dan lansung tak nak cakap pada aku?"

“Sebab nanti kau akan tahu jugak sendiri."

“Frankly speaking, Fiz.  Kau tahu aku tak akan setuju dengan semua nie kan.  Kau kawan baik aku dan aku tak pernah mimpi pun nak kahwin dengan kau.  Orang lain mungkin aku terima tapi kalau kau orangnya memang aku tak kan terima."

“Sebab aku macam nie?  Sebab aku lemah gemalai, manja so kau takut dapat malu?“

“Baguslah kalau kau faham.  Sorry if aku terlalu harsh dengan kau tapi aku tak nak hipokrit.  Kau memang dah faham aku sangat-sangat kan dan kau tahu sejak 5 tahun lepas aku nakkan lelaki yang kuat untuk jadi pelindung aku.  Aku tak rasa kau mampu, Fiz."

Hafiz terdiam.  Wajahnya tak membayangkan apa-apa.  Macam batu tanda kosong tanpa arah.  Tetapi dalam hatinya tuhan sahaja yang tahu hatinya terluka mendengar kata-kata daripada Nick.  Dia tahu.  Nick memang jenis cakap terus terang.  Dulu tiap kali Nick melemparkan kata-kata hot and spicy begitu dia tak rasa apa.  Namun sekarang, hatinya bagai disiat-siat.  Mungkin kerana sudah ada rasa yang bertanda.  Sejak bila?  Dia sendiri tak pasti.  Wajah Nick yang pertama kali dilihatnya ayu memakai tudung dan berbaju kurung terlayar di depan mata.

Nick disebelahnya turut diam.  Matanya mengerling pada Hafiz disebelah.  Selamba muka Hafiz.  Tiada riak sedih.  Muka macam orang tak ada perasaan.  Tapi sungguh dia tak dapat menipu kehendak hatinya sendiri.  Lelaki macam Hafiz tak pernah masuk dalam carta suami pilihan Nick Aisha.  Tangga tiga terbawah pun tiada.  Dari segi penampilan memang Hafiz nampak normal macam lelaki biasa.  Tapi dalamannya...Nick memejamkan mata.

“Aku tak tahu nak cakap macam mana.  Kau tahu aku tak pernah melawan cakap mama dengan papa.  Kalau ini yang boleh buat mama dengan papa happy, aku tak kan teragak-agak untuk ambil kau jadi isteri aku walaupun kau tak terima aku sebagai suami."  Tegas suara Hafiz.  Matanya masih tidak memandang wajah Nick walau hatinya memberontak untuk melihat.

“Hafiz!!!"  Nick spontan menjerit dan berdiri.  Darahnya mendidih.  Tak sangka Hafiz mementingkan diri sendiri.  Tak sangka Hafiz yang dulunya lembut sekarang dah pandai nak suruh orang mengikut kata-katanya.

“Aku tak kan sesekali terima kau!  Aku tak akan jadi isteri kau walaupun kau umpan aku dengan kereta Mercedes atau makan KFC tiap-tiap bulan!  Aku tak sangka kau pentingkan diri sendiri!  Aku ingat  kau kawan baik aku tapi sekarang not anymore!  I hate you!!"  Kalau diikutkan hatinya memang Hafiz bakal makan penumbuknya.  Dada Nick berombak menahan marah.

 Hafiz turut berdiri sambil mengjongket bahu.  “Whatever you say.  Tapi macam aku cakap tadi kalau kita kahwin boleh buatkan parents kita happy, kau get ready je la jadi wife kepada lelaki lembut macam aku.”  Selesai berkata-kata Hafiz terus melangkah pergi dari situ.

“Hadi Hafiz bin Akmal!  I’m not finished yet!!”  Dari belakang Nick menjerit memarahi Hafiz.

Hafiz terhenti di pertengahan jalan sambil berpaling.  Bibirnya tersenyum hambar.  “Terima kasih Nick Aisha...Terima kasih sebab masih ingat lagi nama kawan ops..bekas kawan baik yang kau benci nie."

Nick terkedu di situ.

1 horlicks ais:

Wild Cherry said...[Reply to comment]

Ala nick ni, terima je la... Mane la tau Hafiz da berubah ke

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...