April 7, 2011

My lady is a boy-Chapter 7

Fuhhh!  Selamat!  Nasib baik la si Yuyu telefon aku tadi.  Kot tak memang jadi ikan goreng hangus la aku kat taman.  Hafiz nie pun satu,  Sibuk tanya mana aku hilang.  Past is dah lepas la.  Tapi muka Hafiz macam familiar.  Kau kan memang da lama kenal dia.  Ish encik otak, memang la aku dah lama kenal dia tapi muka dia yang latest nie rasa macam pernah tengok kat mana entah.  Laman web porn tak? Uish apa aku mengarut nie?  Tidur lagi baik!  Papp!  Bantal ditarik menutupi muka.

Nick Aisha.  Memang dah lain sangat-sangat.  Tak pernah masuk dalam mimpi pun Nick akan pakai baju kurung siap dengan tudung.  Dia...nampak cute daripada dulu?  Ish apa la Fiz.  Nick tu bestfriend kau tau!  Jangan fikir yang bukan-bukan!  Tapi ye ke dia bestfriend aku?  Dulu memang iye tapi sekarang macam dia dingin sikit.  Dah tak mesra macam dulu.  Tapi dengan papa dan mama, Nick masih lagi Nick yang dia kenal sejak 5 tahun lepas.

Knock knock!

"Boleh mama masuk?" Wajah Puan Sarah terjegul di muka pintu.

“Kepala mama dah masuk pun.”  Hafiz mengukir sengih.

"Tak tidur lagi?  Mama ingat lepas balik tadi Hafiz terus syahid."  Puan Sarah melabuhkan punggung atas katil Hafiz.

“Ehe tunggu mama dodoikan Fiz la.  Fiz mana boleh tidur selagi mama tak nyanyi guna suara sumbang mama tu."  Hafiz mengusik Puan Sarah sambil memeluk Mr. Fluffynya.

“Eii nakal.  Dah tua-tua pun sibuk nak usik mama lagi.  Usik la anak-anak Fiz pulak."  Puan Sarah memiat telinga Hafiz.

“Ouch sakit la mama!  Main piat-piat telinga pulak.  Nanti capang telinga comel Fiz.  But anak-anak apa pulak nie ma?  Hafiz nie girlfriend pun takde macam mana nak kahwin.”  Hafiz menarik muncung.

“Hafiz kan cute?  Sopan santun.  Tak kan takde yang berkenan.  Atau Hafiz yang choosy sangat kot?"  Puan Sarah menduga.

“Diorang yang choosy la ma.  Mana diorang nak pandang lelaki lembut macam Fiz nie.”  Hafiz bersuara perlahan.  Sayup menyapa ke telinga Puan Sarah.  Terkedu.  Muka Hafiz dah merah.  Bila-bila masa hujan diramalkan akan turun.

“Shhhh... apa cakap macam tu.  Lembut mana pun Fiz, Fiz tetap anak mama yang paling mama sayang.  Diorang tu yang tak sesuai dengan Hafiz.  Jangan risau.  Jodoh Hafiz ada.  Setiap orang dah ditetapkan pasangan masing-masing.”  Puan Sarah menarik Hafiz ke dalam pelukannya.  Tangan membelai rambut Hafiz di dadanya.

“Hafiz tak kisah kalau tak kahwin pun asalkan mama ada selalu dengan Fiz.  Papa sentiasa ada untuk jadi pelindung Fiz."  Hafiz tak habis lagi dengan drama air matanya.

“Fiz..apa kata biar mama yang carikan?  Hafiz mesti suka punya kat dia."  Puan Sarah menceriakan suaranya.  Biar hilang mood sedih tadi.

“Siapa ma?  Jangan mama cakap mama pilih anak mak cik jual nasi lemak yang kuat pot pet tu sudah.  Dah la suka kutuk Hafiz time terserempak kat mana-mana.”  Hafiz mengesat air mata dengan sebelah tangan.

Aisha."  Jawab Puan Sarah sepatah.

“Nick?“  Hafiz muka kelam macam tak jumpa jalan balik.

Puan Sarah mengangguk sambil memerhatikan riak wajah anaknya.  Hafiz kelihatan terkejut.  Tak tahu sama ada dia suka ataupun tidak.  Tapi kalau Hafiz suka secepat mungkin dia akan meminang Nick.  Memang dari dulu dia dah berangan-angan untuk melihat Nick dan Hafiz berkahwin walaupun dia tahu perangai Nick ganas macam samseng.  Namum melihatkan perubahan Nick sekarang membuatkan Puan Sarah berkobar-kobar untuk menerima Nick sebagai menantunya.

"Mama buat lawak ke nie?  Nick?  Mama dah fikir habis ke?  Jangan sebab mama takut Fiz tak kahwin sampai tua, mama terdesak nak pinangkan Nick untuk Fiz."  Berkerut dahi Hafiz bertanya.

"Tak lah sayang.  Dari dulu mama memang berkenan dengan Aisha.  Lagipun masa Hafiz dengan Aisha duduk kat taman, mama dah tanyakan pasal dia.  Ibu dia cakap Aisha single lagi.  Memang tak ada kawan lelaki yang special.  So, ini lah peluang Hafiz.  Lagipun Aisha sekarang dah tak sama macam dulu kan.  Dah jadi real lady now.  Aunty Nora dengan uncle Fakrul pun suka kalau Hafiz jadi menantu diorang.  Sekarang terpulang pada Hafiz samaada nak atau tak terima Aisha sebagai wife."

"Ibu dengan ayah dia memang la setuju.  Tapi Nick macam mana pulak?  Fiz tahu lelaki macam Fiz bukan taste dia.  Masa kitorang sekolah dulu pun dia ada cakap dia nak kahwin dengan lelaki yang kuat.  Hafiz tak ada semua tu mama.  Mesti Nick bencikan Hafiz kalau dia tahu mama dengan aunty nak kahwinkan kitorang.  I knew her very well.”  Panjang lebar Hafiz menerangkan walau dalam hatinya memang gembira kalau Nick setuju jadi isterinya.

“Hafiz..dengar cakap mama.  Kuat tu subjektif.  Bukan kita lihat pada kekuatan fizikal saja tapi mental pun sama.  Kalau setakat kuat fizikal tapi dia tak kuat untuk face dugaan pun tak guna jugak kan.  And mama tahu anak mama nie pun kuat orangnya.  Kalau tak, macam mana Fiz boleh bertahan walaupun budak-budak nie makin rancak kutuk Fiz lepas Aisha pergi.”  Puan Sarah tidak mahu kalah dengan hujah Hafiz.

“Let me think first.  Kepala Fiz rasa pening pulak bila tiba-tiba cakap pasal kahwin.  Fiz tidur dulu la mama.”  Hafiz memicit-micit pelipisnya.  Berdenyut-denyut dirasakan.  Terus Hafiz merebahkan dirinya di atas katil size queennya.  Tak mahu mengganggu lena Hafiz, Puan Sarah mengucup dahi Hafiz dan terus keluar dari bilik anak terunanya.


p/s :  I'm Back !! =)

2 horlicks ais:

Frodo Baggins said...[Reply to comment]

hamboiii, sejak bila lu pandai buat cerciter cerciter cerpen ni kiwi? perghh berbakat jiwa2 lu ohoi


keh3x

Wild Cherry said...[Reply to comment]

Mesti org yg nick nmpak kt mall ari tu Hafiz kan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...