Sampai di rumah, Hafiz dengan laju melangkah ke biliknya hatta panggilan Puan Sarah lansung tak di sahut. Sebaik sampai di dalam bilik, pintu dikunci dah terus menghempas badannya atas katil. Matanya terkelip-kelip memandang siling. Hafiz rasa sedih. Sungguh sedih. Sepanjang hidupnya dia tak kisah kalau orang lain yang hamburkan kata-kata macam tadi. Tapi kalau orangnya Nick Aisha...dia kalah! Tak sangka persahabatan yang dibina dari kecil hancur dalam masa tak sampai sejam macam tu saja atas sebab niat ibu bapa masing-masing untuk menjodohkan mereka. Dia tak sanggup sebenarnya nak tengok Nick sedih tapi dia lagi tak sanggup tengok mama dan papa sedih. Terngiang-ngiang kata-kata Nick tadi. Hafiz memejamkan mata sambil tangan diletakkan atas dahi. Sejuk terasa. ID bracelet pemberian Nick ditenung. Panas terasa di bawah mata.
Nick di rumah turut berasa gelisah. Sekejap bangun sekejap duduk. Teringat pertemuan dengan Hafiz yang sekejap tadi. Aku kasar sangat ke dengan dia? Kalau dulu aku yang marah budak-budak cakap kasar dengan dia tapi hari nie.. Aku sendiri yang berkasar dengan dia. I even said that I hate him! Nick mengeluh berat. Tapi aku memang tak nak tipu yang aku boleh terima Hafiz. Kalau get married nanti, aku tak nak rumah tangga aku hancur. Ibu…Aisha tak nak kahwin dengan Hafiz.
***
“Ayah, ibu…I’ve got something to say. Boleh kita diskus kejap?” Suara Nick takut-takut. Dia tahu ibu dan ayah konfem bakal mengamuk kalau tahu apa yang dia nak bincangkan sekejap lagi. Tapi dia harus dan wajib beritahu juga sebab dia tak nak masa depannya musnah kalau ditakdirkan dia berkahwin dengan Hafiz.
“Apa yang nak dibincangkan tu?” Tanya Encik Fakrul sebaik sahaja mereka duduk. Puan Nora tidak bertanya apa-apa tapi riak wajahnya seolah-olah turut menanyakan soalan yang sama.
“Ibu ayah...Aisha..Aisha tak boleh kahwin dengan Hafiz. Aisha tak cintakan dia.” Aisha menunduk sejurus berkata demikian. Terkejut Encik Fakrul dan Puan Nora. Sebelum ini, Nick tak menunjukkan tanda-tanda tidak setuju.
“Macam mana boleh tak setuju? Hari tu Aisha sendiri yang tak kisah kan dengan siapa-siapa pun."
“Siapa-siapa but Hafiz. That day, both of you trapped me. You said Hadi. You didn’t say Hafiz. If I know it was him, I wouldn’t say yes! Please ibu, ayah! I beg you.” Separuh merayu suara Nick.
“Ibu tahu kenapa Aisha tak nak kahwin dengan Hafiz. Aisha takut malu kan? Aisha tak nak orang mengata Aisha kahwin dengan lelaki manja macam perempuan. Tapi ibu tahu Hafiz lagi baik berganda-ganda daripada lelaki yang Aisha cakap boleh protect Aisha tu. What ever it is, you have said yes and we both dah bincang dengan parents Hafiz untuk nikahkan both of you dalam masa terdekat nie. Just get ready.” Sebaik habis berkata-kata Puan Nora terus bangun masuk ke bilik diikuti oleh Encik Fakrul.
Nick terasa seperti satu gua terhempap ke atas bahunya. Ya Allah! Dugaan apa nie? Yuyu! Aku kena call Yuyu! Terus dia bergegas ke bilik untuk menelefon kawan baiknya.
Trutttt! Truttttt!
Lama pulak si Yuyu nie nak angkat call. Biasanya dia la laju sekali. Mentang-mentang nama aku naik lambat kau angkat! Kaki Nick dah buat tap dancing tanda meter sabarnya semakin turun.
“Hello baby! Mimpi apa call aku petang-petang yang damai nie? Sah ada masalah kalau tak jangan harap nak call aku.” Belum apa-apa Yuyu dah bebel di hujung talian. Nick mendengus.
“Aku ada masalah besar nie! Kau kena tolong aku Yu. Datang tsunami pun kau kena tolong aku jugak!”
“Ala setakat kau goreng telur sampai hangus tu apa la sangat. Macam tak biasa pulak. Buang je la dalam tong sampah.”
“Hey this is worse than that tau! Kalau as simple as that, aku pun tak payah habiskan kredit call kau! Yu, aku kena paksa kahwin.”
Yuyu terdiam di hujung sana.
“Hello? Hello? Yuyu, are you there?"
“Siapa lelaki malang tu?” Yuyu dah tergelak.
“Urgh! Kau ada rasa nak gelak lagi? Aku dah kalut nie kalah macam orang nak bersalin sulung! And FYI aku yang malang sebab kena kahwin dengan dia. Kau imagine kahwin tapi aku tak cintakan dia. Takde makna la kalau kahwin macam tu kan."
“Dia tak hensem ke? Shabby? Sebab aku tahu kau nie boleh tahan jugak memilih.”
“Dia...." Kata-katanya tersekat di situ. Walaupun dia tak suka kahwin dengan Hafiz tapi dia tak kan ceritakan kekurangan Hafiz. Kalau jadi dia kahwin dengan Hafiz nanti, dia juga dapat malu.
“Dia apa? Suka cakap separuh-separuh. Ambil transit dulu ke?”
“Takde apa la Yu. I gotta go. Bye.” Terus ditekan punat merah tanpa mendengar balasan daripada Yuyu. Handphone di tangan digenggam kuat.
Ini betul mimpi ngeri yang aku tak boleh bangun daripada tidur!
4 horlicks ais:
tu ade hafiz de yuyu :/
penimla cerpen2 ni ke otak kakyu yg xcenter
nak next chapter
@Misz Ayu ahaha yg ni mmg la ada hafiz dgn yuyu. yg lg 1 tajuk Behind These Sepet Eyes mana ada nama hafiz :)
@Wild Cherry wow berguling la am jawabnye =p
Post a Comment