“What? Kahwin? Haha tak habis-habis dari hari tu lagi la ibu dengan ayah nie. Aisha muda lagi kot nak jadi isteri orang. Nak suap dalam mulut sendiri pun selalu miss. Ini kan pulak nak suap dalam mulut orang lain. Tengok, mulut sendiri pun comot lagi sebab makan ais krim.” Tergelak Nick dengan kata-kata ibu dan ayahnya. Matanya fokus menonton My Wife is a Gangster manakala tangannya tak henti-henti menyudu ais krim ke dalam mulut.
Encik Fakrul dan Puan Nora berpandangan antara satu sama lain. Kata putus telah dibuat. Nick akan dikahwinkan dengan Hafiz. Walaupun mereka sedar Hafiz tak seperti lelaki lain tapi mereka dah kenal Hafiz lama dan mereka yakin Hafiz mampu untuk bahagiakan anak kesayangan mereka ini.
”Dengar cakap ayah dulu Aisha. Aisha dah 23 tahun. Jodoh dah datang dan calon lelakinya pun baik. Ibu dengan ayah pun dah kenal keluarga mereka lama. Lagipun sebagai virgin, ibu dengan ayah berhak tentukan jodoh Aisha. Lain la kalau Aisha janda. Itu hak Aisha sendiri.” Tegas suara Encik Fakrul.
“Ayah nie kenapa tiba-tiba serius sangat. Nie joke je kan?” Nick tergelak-gelak. Namun riak wajah Encik Fakrul dan Puan Nora tidak membayangkan ini semua adalah lawak yang patut dapat gelak.
“Joke je kan?" Rintik-rintik peluh dingin mula mengalir. Seram sejuk badannya. Kalau dah muka ayah dengan ibu serius macam nak denda aku sebab jatuhkan pasu ibu dulu dah konfem betul!
“Ayah tak ada masa nak joking tentang perkara macam nie. I’m dead serious. Ibu pun sama. Kami memang dah ambil keputusan untuk terima pinangan daripada pihak keluarga lelaki.”
“Tapi ayah..this is about my life? Tak kan ayah nak jeopardize kan hidup anak sendiri? Aisha tak kenal pulak tu orangnya siapa.” Nick bersuara lemah. Ais krimnya sudah diletak ke tepi. Hilang selera untuk terus makan walaupun itu merupakan ais krim kegemarannya.
“Aisha, listen. Kami nak yang terbaik untuk Aisha dan kami yakin pilihan kami tepat. Aisha jangan risau. Kan bagus buat macam ni. At least Aisha terjaga dari keluar dating semua tu. Semuanya dah halal kalau dah kahwin.” Puan Nora memujuk sambil mengusap pipi gebu Aisha.
Nick mengeluh. Kalau dah ayah dengan ibu dah paksa aku nak buat macam mana lagi. Aku sendiri pun tak ada alasan nak menolak. Mungkin ini yang terbaik untuk aku. Nick melepas nafas berat. “Siapa lelaki tu? Ayah dengan ibu cakap dah kenal keluarga mereka lama?”
Encik Fakrul dan Puan Nora senyum sesama sendiri. Kalau Nick dah cakap macam tu bermakna dia dah setuju.
“Bukan dengan orang lain. Sebenarnya Aisha pun dah kenal dia lama. Sejak kecil lagi. Best friend pulak tu. Memang sesuai sangat la dengan Aisha.” Ceria suara Puan Nora.
Best friend? Kenal dari kecil? Don’t tell me it’s Hafiz. Ibu, tolong jangan buat lawak tak kelakar macam nie. I can accept anyone but Hafiz. Nick mula menggelabah di sofa. Please not Hafiz. Aku tak boleh nak anggap dia macam suami dengan keadaan dia macam tu. Terbayang di dalam kepalanya gelagat Hafiz yang lemah lembut mengalahkan perempuan. Dia tak nak dapat malu. Nick menggeleng-gelengkan kepala sambil memejam kedua belah mata.
“Please...not him.“ Tanpa sedar bibirnya bertutur secara perlahan.
“Apa yang not him?” Terpinga-pinga Encik Fakrul dengan gelagat pelik Nick.
“Erk..I mean who is him?“ Nick ubah topik.
“Hadi!” Balas Puan Nora dengan nada gembira. Nick tarik nafas lega. Phew! Nasib baik bukan Hafiz. Selamat dunia akhirat aku. But then who is this Hadi? Tak pernah dengar nama pun. Kawan baik apatah lagi. Mama ni mamai tak? Ish tidur pun belum nak mamai macam mana!
Nick angkat sebelah tangan seolah-olah nak menanyakan soalan. Beria-ia dia menggawangkan tangan ke udara macam la ramai sangat orang nak bertanyakan soalan. Padahal dah terang lagi bersuluh dalam rumah tu cuma ada dia dengan ibu dan ayah dia sahaja.
“Kenapa angkat tangan beria sangat nie? Pelik-pelik gaya budak sorang nie. Mesti ikut perangai awak kan masa muda-muda dulu.“ Encik Fakrul mengusik isterinya.
“Ish kita pulak di salahkan. Nora mana ada buat gaya-gaya pelik macam tu. Kita muda-muda dulu sopan-santun tau. Satu kampung nak buat kita jadi menantu.” Sempat lagi Puan Nora membangga diri.
“Ibu! Ayah! Kalau nak buat flashback zaman dulu-dulu pun jangan la sekarang and most important things are not in front of me.” Nick memuncung sambil memeluk tubuh.
“Ohh sorry sayang. Maklum la dah lama tak kenang zaman-zaman remaja dulu. Ayah terlebih sudaa...“ Encik Fakrul tersengih.
“Eleh ayah perasan nak jadi muda balik la tu. By the way then, who is this Hadi la? Tak kenal pun? Rasa-rasa macam tak pernah ada kawan nama Hadi. Apatah lagi best friend.” Berkerut dahi Nick memikir. Mana la tahu dia amnesia pasal kawan nama Hadi.
Puan Nora dan Encik Fakrul tersenyum sesama sendiri.
2 horlicks ais:
Hadi tu Hafiz kn.?
@Wild Cherry aha yeapp. ingat ecah et ?
Post a Comment