Nick duduk di atas katil ditemani sanak saudara dan Puan Nora. Yuyu turut ada disamping Nick. Aku tak percaya hari ini akan sampai juga. Pilu hatinya. Baru tadi dia sah bergelar Mrs. Hafiz. Air matanya terasa ingin mengalir tapi ditahan. Tak nak buat ibu sedih setelah dia dengan berat hati akhirnya setuju dengan pernikahannya dan Hafiz. Bila-bila masa saja Hafiz akan masuk untuk menyarung cincin dan membatalkan air sembahyang.
“Sayang, duduk elok-elok sikit. Kejap lagi Hafiz nak masuk sarung cincin." Puan Nora menegur cara Nick duduk. Nak jumpa suami kena la elok-elok sikit. Nick hanya menunduk. Suaranya seakan-akan tak nak keluar. Tiba-tiba kelibat lelaki berbaju melayu putih masuk. Nick berdebar.
“Aisha, hulur tangan kau tu. Suami kau nak sarung cincin." Perlahan Yuyu berbisik ke telinga Nick.
Perlahan-lahan Nick menghulur tangan kanannya. Tangan putih milik Hafiz menyarung cincin bertatahkan berlian ke jari manis Nick. Tangan Nick tak terkeluar untuk mencium tangan Hafiz. Hafiz faham perasaan Nick. Memberontak lagi dia nie even dah jadi isteri aku. Namun matanya enggan melepaskan figura Nick yang berbaju sutera putih. Sesuai dengan kulitnya yang putih kemerahan-merahan. Bibirnya pink. Walaupun Nick hanya mengenakan solekan yang tipis, hati Hafiz tetap memuji kecantikan isterinya yang dah macam Gadis Melayu Terakhir.
Hafiz tunduk mencium dahi Nick. Terpempan Nick dengan kelakuan Hafiz. Dahinya terasa terbakar. Pipinya hangat. Kalau tak memikirkan orang ramai yang berada di dalam bilik pengantin, memang dah lama Hafiz makan penumbuk daripadanya. Heh dah halal kan? Aku nak sepak terajang mamat nie pun boleh sangat! Puan Sarah memeluk Nick erat. Nick turut membalas pelukan ibu mertuanya.
“Tercapai jugak cita-cita mama nak jadikan Aisha menantu mama. Terima kasih sayang sebab sudi terima Hafiz sebagai suami." Bergenang air mata di kelopak mata Puan Sarah. Memang dari kecil dia berangan Hafiz berkahwin dengan Nick. Akhirnya impian dah jadi kenyataan. Nick cuma tersenyum. Takut kalau dia buka mulut nanti jadi benda lain.
“Erm mama, photographer nak tunggu ambil gambar." Baru terdengar suara Hafiz yang dari tadi diam tak bercakap.
Nick menelan air liur. Ambil gambar? Aduhh…tak payah ambil tak boleh ke? Tak ingin aku kena peluk dengan mummy boy nie. Meremang bulu roma Nick. Hafiz hanya tersenyum lucu melihat gelagat Nick.
“Oke, Hafiz you peluk wife you daripada belakang.” Arah photographer. Hafiz tersengih jahat. Peluk? Hahahahaha! Nice! Terus Hafiz peluk tubuh langsing katik milik Nick. Erat. Waaa syok jugak eh main peluk-peluk nie. Senyum Hafiz makin lebar.
“Aduhh!" Terjerit kecil Hafiz. Nick rupa-rupanya menyiku perut Hafiz. Perlahan tapi tetap terasa sakit.
“Kau jangan nak melebih. Kalau tak aku belasah kau malam nie." Perlahan suara Nick bercakap sambil tersenyum plastik pada kamera. Macam-macam aksi yang disuruh pose. Hati Nick menggetu marah. Dari duduk, berbaring, pandang satu sama lain. Kenapa kau tak suruh aku buat kuak lentang je atas katil nie. Haii bila nak malam? Aku penat nie. Katil...I miss you! Erkk katil? Mana mamat tu nak tidur malam nie? Nick gelabah!
***
Nick mundar mandir di dalam biliknya. Bilik nie memang ada sofa tapi nak ke dia? Kalau dia tak nak, aku rela tidur atas sofa daripada tidur sebelah dia. Tapi macam mana kalau dia mintak aku layan dia malam nie? Eww tapi Hafiz tu kan macam tu? Argh! Apa-apa je la. Kalau aku fikir pasal mamat tu sampai malam raya pun aku tak tidur! Dengan sekali lompat Nick dah terbaring atas katil. Ahh nikmatnya. Tilam yang empuk, cadar yang wangi. Emm ibu memang dah lama tak tukar cadar baru. Dey! Ini cadar malam pertama kau la. Memang la wangi! Ahh peduli apa aku dengan malam pertama. Boleh go to longkang! Beberapa saat kemudian Nick terlena. Memang dia sangat penat hari ini.
Hafiz memulas tombol pintu. Bukan nak masuk bilik bos nak kena ketuk-ketuk pintu. Dalam samar lampu tidur, Hafiz nampak sekujur tubuh terbaring di atas katil. Siapa lagi kalau bukan isterinya. Perlahan-lahan Hafiz menutup pintu. Berjalan ke arah katil. Sampai di birai katil, Hafiz duduk. Renung wajah lena Nick. ID bracelet pemberiannya 5 tahun dulu tiada lagi di pergelangan tangan Nick. Hafiz menghela nafas berat. Tangannya teragak-agak untuk mengusap paras Nick. Takut Nick terjaga mahu dapat blusher asli di pipi. Tiba-tiba Nick bergerak-gerak kecil. Tak jadi Hafiz untuk buat apa-apa lagi. Buka almari dan cari comforter extra. Ada pun. Tangan menarik bantal ke sofa. Mata dipejamkan rapat-rapat. Selamat malam pertama untuk diri sendiri.
4 horlicks ais:
xtahan²..waaaaaaa... apa jadi ek ngn dowg.mst haru biru jd nya rumah tangga ne :)
bab ni kelakar la...
@zaty luvlianncezzz haha tengok la nnti haru biru ke tak
@Wild Cherry aha mula2 kelakar tapi tengok la nnti lama2 jadi apa :)
Post a Comment