February 18, 2011

Cerpan-Sebab aku kan Hana

Oke guys. Memandangkan cerpan aku dah siap, aku post la kat blog nie. Aku tak tahu apa pendapat korang. Positive or negative I don't mind. As long as aku enjoy masa buat cerpan nie. So happy reading :)


*****


“Hana!”

Automatik leher Hana berpusing nak tahu tuan punya suara sumbang yang panggil nama sedap dia nie. Tapi tak payah pusing pun Hana dah tahu suara siapa lagi yang suka memekik panggil nama dia.

Hana. Hana Humaira. Budak sekolah yang baru habis SPM. Bukan jenis banyak cakap. Simple cukup. Sebut la nama Hana dalam sekolah haram sorang pun tak kenal. Lagi-lagi clan-clan yang glamer macam hape tu. Dan suara sumbang yang panggil nama Hana tadi kawan baik Hana. Best buddy la kalau nak berlagak sikit. Diya memang popular. Sebut nama dia dalam sekolah diorang sampai sekolah yang 10km pun boleh kenal dia. Eh writer bukan nak hiperbola. Hakikat nie.

“Gila laju kot kau jalan Hana. Tak tunggu aku pun. Aku baru ingat nak main kenyit-kenyit mata kat guys yang tengah melepak tu." Hish Hana nie la. Selalu tak kasi can aku nak ramah-ramah sikit dengan budak-budak nie semua. Terkumat kamit mulut si Diya nie.  Kutuk Hana la tu.

“Aku bukan nak halang kau la. Tapi kau macam baru kenal aku pagi tadi. Kau tahu kan aku tak berapa suka lalu kat tempat banyak lelaki. You should know me better la my friend." Pujuk Hana sambil memeluk bahu Diya. Orang kata sentuhan tu boleh kasi tenang. Hana pulak harap sekarang nie jangan orang cop Hana lesbian sudah!

Mereka menyusuri jalan untuk pulang ke rumah. Hana dengan Diya dah lama berkawan. Sejak zaman berebut susu botol lagi. Selesa jek Hana berkawan dengan Diya. Cuma satu Hana tak berkenan dengan perangai Diya. Suka betul menggedik dengan lelaki. Hana dah tak jumpa perkataan yang sesuai nak gambarkan Diya.

“Hana, malam nie kau nak ikut aku tak? Aku dah plan dengan guys yang kitorang nak lepak kat town. Jum la Hana. Kita borak, karoke, main boling. Kalau kau tak pandai kau tengok je kitorang main.”

“Takpe la Diya. Aku malas la nak keluar. Lagipun mak aku marah keluar malam. Tak elok perempuan keluar malam. My novels tu pun menunggu turn tau nak suruh aku baca. Kau pun kurangkan la keluar malam. Orang mengata kau tahu tak."

Sambil angkat kening sebelah. Agak sinis.

“Cik Hana, aku cuma tanya nak ikut atau tak. Dan kau patut jawab nak atau tak. Bosan gila la dengan kau nie. Itu tak boleh nie tak boleh. Sebab tu la kau tak glamer kat sekolah. Asyik nak act macam ustazah. Gross tau tak." Terus Diya berlari masuk ke dalam rumah yang dah tinggal 10 meter tu.

Itu la Diya. Kalau dah bercakap memang tak akan fikir perasaan orang lain. Ikut suka hati dia je. Hati Hana Humaira nie dah banyak kali terluka dengan kata-kata dia. Tapi Hana tak kisah pun. Asalkan tak bergaduh dengan Diya atas sebab lelaki. Hana dah cukup bersyukur. Diya bukan jenis yang boleh terima kalau Hana lebih dari dia. Diya selalu nak memang and the loser goes to Hana Humaira.




***** 

Tok! Tok! Tok!

“Hana! Tak nak makan ke? Mak dah nak kemas meja nie. Ish budak nie. Kalau dah menghadap novel tu makan pun tak kisah. Jangan nanti badi novel tu melekat kat kau sudah!"

Alahai mak nie. Kalau dah bercakap, jiran selang 5 buah rumah pun boleh dengar, Malu la Hana nanti mak. Hana memang dah lama tinggal berdua dengan mak sejak babah dah takde. Sejak tu mak tak pernah cari lain. Bukan takde yang nak meminang mak, Hana sendiri tak kisah kalau mak nak kahwin lain. Tapi kata mak, “mak dah cukup bahagia dengan kasih sayang babah. Mak dah tak perlukan cinta lain." Sejak hari tu, memang Hana Humaira tak kan persoalkan dah topik serius tu.

“Tadi mak pergi rumah Diya. Tak nampak pulak budak tu.”

Mak dah bukak kamus soal siasat. Bab nie la Hana malas nak jawab. Hana tak nak mak anggap yang bukan-bukan kat Diya. Tak nak mak halang Hana dari berkawan dengan Diya.

“Entah la mak. Ada kot dalam bilik dia tu. Menghadap laptop kesayangan dia la tu."

Tunduk suap nasi. Kalau boleh sampai masuk dalam pinggan. Tak nak mak dapat kesan Hana tengah buat dosa dengan mak. Maafkan Hana mak!

***

Pap! “Hana!”

Kuss semangat! Satu tepukan kasar ala-ala nak bagi orang sakit jantung hinggap di bahu Hana.

“Assalamualaikum Diya. Kenapa kau? Bulan mengambang ke?”

Tanpa jawab salam Hana, Diya terus masuk gear tak undur-undur dah.

“Rugi la kau semalam tak ikut. Kau tahu aku dapat kenal dengan satu mamat nie. Kacak membunuh tahap hidung berdarah, Tall and trendy. Tu la kau kalau ikut aku semalam boleh kau ushar mana yang kau berkenan." Dah macam tangan ahli pidato si Diya nie.

Pot pet pot pet mulut si Diya kalau dah masuk gear bercerita pasal lelaki. Masa sekolah dulu bila cikgu tanya soalan add math pandai pulak mulut tu diam. Then boleh pulak waktu tu jugak la sakit perut si Diya nie datang. Yang jadi mangsa siapa? Hana Humaira jugak.

Sambil tersenyum nipis, Hana membalas,

Ala takde la rugi mana. Semalam aku duduk rumah tolong mak aku. Kesian dia sebelum nie aku busy dengan sekolah, Masa dengan mak pun limited. So now la masa untuk aku spare time aku dengan mak."

“Kau nie Hana asyik duduk bawah tempurung je. Sekali-sekala cuba kau jadi macam aku. Aku gerenti mesti kau rasa syok tahap superman punya." Balas Diya tersengih sambil angkat kening. Hana terdiam. Salah ke kalau aku spare time dengan mak aku? Mak dah tua. Bila lagi aku nak habiskan waktu dengan mak. Sabar je la Hana. You yourself know Diya very well. Mulut dia memang takde insurans.

“By the way, kau dah isi ke borang UPU Diya? Benda lain kau ada masa je buat. Yang penting kau dah buat ke belum?“ Hana pandang Diya sebelah mata.

“Kau nie Hana kasi la aku duduk dulu. Penat tahu berdiri macam nak nyanyi lagu Negaraku pulak. Aku dah isi. Harap-harap dapat sama dengan kau la. Boleh kau tolong aku kalau aku ada apa-apa emergency kan." Balas Diya penuh makna.

Hana pandang muka Diya. Senyum. Hana dah faham jargon Diya way too well. Bukan Hana tak tahu apa maksud emergency Diya tu. Hish! Tak baik fikir negatif Hana! Sekali sekala cuba fikir positif. Hana beristighfar dalam hati.

“Mesti la boleh Diya. Kau kan best buddy aku. Dari kecil sampai kita dah jadi anak dara nie. InsyaAllah sampai kita bongkok pun nanti.”

Diya cium pipi Hana. Mengekek Hana ketawa. Faham sangat dengan perangai manja Diya.

“Kau memang kawan terbaik aku. Thanks ey buddy."

“Sebab aku kan Hana." Hana angkat kening ajuk gaya Diya. Dan petang itu meriah dengan ketawa mereka berdua.

*****

“Aku rasa cuak pulak la Hana. Muka semua orang nampak macam cerdik je.” Mata Diya membelingas ke sana sini memerhati sekeliling di Uitm.

“Chill la. Allah ada dengan kita. Come let’s go. Kita kena dengar taklimat nie.”

Maka Hana dengan Diya pun masuk la ke dalam dewan untuk dengar taklimat. Pelajar baru la katakan. Bla itu bla ini. Diya dah muka bosan. Hana pulak terkelip-kelip mata tahan mengantuk.

“Na, aku boo...whoaaaa!" Tiba-tiba muka Diya macam kena pancar dengan spotlight stadium.

“Ish dah kenapa kau? Jangan cakap kat aku sawan kau dah datang." Hana pandang pelik sambil tekap tangan pada dahi Diya.

“Kau salah pegang tu. Patut kau pegang kat sini." Diya alihkan tangan Hana dari dahi ke dada. “Hensem gila la ketua fasi tu Na. Berdebuk-debuk jantung aku dibuatnya.

“Ada-ada je la kau nie. Tak habis-habis nak jatuh cinta, Kita datang sini kan nak belajar. Kau lupa pesan mama kau masa kita nak masuk sini?"

“Oke mak nenek dah membebel." Diya buat muka.

Hana malas nak layan.

*****

Malam itu di dalam bilik, Diya tak berhenti bercerita pasal ketua fasi yang dia dah jatuh cinta sekarang.

“Eii macam tak percaya pulak abang Amier tegur aku tadi. Kau nampak tak? Macho gila la dia tu. Kau rasa dia dah ada girlfren ke belum? Na? Na!! Aku cakap dengan kau nie. Kau ingat aku bercakap dengan dinding ke?" Diya dah naik suara.

“Cik Adiya, merangkap my best buddy, aku bukan tak dengar. Yang nie ada la kot buat kali ke 18 ratus dalam malam nie kau asyik ulang benda yang sama. Kau tak penat ke? Lagipun aku tengok abang Amier tu biasa je. Tipikal la tu kalau ketua fasi je mesti nak hensem." Hana membebel. Sakit telinga sebenarnya dengar Diya membebel dari tadi.

“Alah kau tu cakap je tak minat. Jangan nanti kau kebas kat kau sudah. Tapi aku tak risau pun sebenarnya. Kau tu pun bukan lawa sangat. Gerhana je. Kelabu aku tengok. Abg Amier pun tak selera nak pandang kau. Hahahahahaha!" Pedas betul mulut Diya kritik Hana. Hana diam. Kalau balas nanti dia yang sakit hati. Hana teringat peristiwa petang tadi yang konon-konon bersejarah ikut kata Diya.

“Ehem adik berdua nie freshie kan?" tegur satu suara dan yang penting suara lelaki yang kontrol macho.

Dan bila dapat detect suara siapa, muka Hana dah macam asam kedut. Terus dialihkan pandangan ke tempat lain. Jemari sibuk memintal hujung tudung. Hana tak suka betul situasi macam nie. Kontra habis dengan muka Diya yang dah macam nampak duit dua juta depan mata.

“I’m Amier. I guess both of you pun dah kenal sape abang kan.” Amier senyum nak mencairkan hati. Tapi sorry la. Sikit pun tak kan berjaya capai metling point si Hana Humaira.

“Saya Diya. Kitorang memang freshie kat sini. Ambil course Office Management. Abang datang nak minum ke?" Diya balas senyum macam kucing betina nampak kucing jantan. Dalam hati bangga gila sebab ditegur oleh ketua fasi yang konon-konon hensem la. Hana dah menggetu di dalam hati.

Tanpa berminat nak jawab soalan Diya, Amier terus mengalihkan pandangan ke wajah Hana. Pelik gaya budak nie. Tak berminat nak tengok muka kacak aku ke? Sambil memasukkan tangan dalam kocek, Amier mengeluarkan segala aura perasan macho yang dia ada dan bertanya kepada Hana. Diya yang melihat dah cair macam cecair pun.

“Yang sweet nie pulak nama sape?" Tayang muka baik. Mana la tahu terbukak hati budak hitam manis nie nak pandang muka aku yang putih macam kemeja putih guna Clorox.

Senyum nak tak nak. “Hana. Hana Humaira. Diya, aku gerak dulu. Asar nak habis dah nie.” Tergesa-gesa Hana beredar dari situ.

Papp! Melayang bantal ke muka Hana. “Astaghfirullahalazim". Hana pandang muka tak bersalah Diya. “Tutup lampu. Aku nak tido mimpikan abang Amier”. Plapp!

*****

Masa memang cepat betul berlalu. Dah dekat 3 bulan Hana dengan Diya dekat Uitm. Sambil menghadap buku Office Administration, Hana sumbat telinga dengan earphone bagi menggantikan headphone. Hanya Tuhan yang tahu berlagu dihujung telinga.  Dah selalu sangat macam nie. Sorang-sorang kalau study dekat library. Nak harapkan Diya? Balik-balik alasan lambat lagi test yang dia jawab. Hana dah muak dengar alasan yang sama.

Tok tok! Bunyi meja diketuk.

Spontan Hana angkat muka. Automatik muka Hana berubah. Dah takde tempat lain ke nak duduk. Hana angkat kening sebelah. Hantar isyarat. Kau nak apa?

Amier senyum. Sambil tongkat dagu guna tangan di meja. Pelik betul budak nie. Junior lain nampak aku sebatu dah senyum macam menang loteri. Budak nie kalau nampak aku macam aku nie pembawak penyakit yang boleh bawak maut pulak.

“Abang duduk depan saya nie sebab nak senyum ke?“ Hana tayang muka selamba. Dalam hati dah rasa aura nak mula memanas.

“Saja abang datang nak tegur Hana. Hana sorang je ke? Nak abang temankan?"

Kening Hana naik lagi tinggi. Gila apa mamat nie. Tak dapat rasa aura bara api aku ke? Hish muka player kelas atasan betul la. Nie nanti nampak dek Diya memang ada la tak tegur aku seminggu. Bukan aku tak tahu Diya angaukan si Amier nie. Hambik kau dalam hati takde makna aku nak panggil kau abang. Dua tahun je kot.

Hana tarik senyum plastik. “Thanks but no thanks for the offer, I can take a really good care of myself. Will you please go now? I need some privacy.” Senafas Hana cakap. Puas hati Hana. Hana dah habis fikir cara paling sopan untuk halau Amier.

Berubah terus muka Amier. Direct betul budak nie. Takde mukaddimah lansung nak halau aku. Tapi...kenapa aku rasa excited semacam pulak nie? Amier senyum dalam hati.

“Oke sweet. Abang gerak dulu. Kalau Hana needs companion Hana seru je nama abang. Nanti abang datang temakan Hana.” Sambil kenyit mata.

Hana tak tahan. Terus buat muka nak termuntah lepas Amier berlalu. Mengeluh. Aku sungguh tak suka benda macam nie! Hana pandang balik tempat yang Amier lalu tadi. Tiba-tiba mata Hana terpaku pada satu wajah. Jantung tiba-tiba pam darah dengan laju. Apa kena pulak aku nie? Hana pegang dada. Rasa macam lari pecut 100 meter. Mata melekat pandang wajah tu. Urgh Hana! Kau buat apa nie? Istighfar. Mata Hana fokus kembali pada buku tebal depan mata yang dari tadi menunggu untuk dibaca. Dan disebalik celahan buku, ada mata yang memandang dengan penuh cemburu.

*****

Muka Diya masam. Lansung tak tegur Hana yang baru menapak masuk ke bilik. Hana tanggal tudung. Seharian pakai tudung rasa terkurung kepala. Sambil sisir rambut separas bahu dengan jari, Hana pandang 5 saat muka Diya, Pelik. Biasanya sibuk cerita pasal abang Amier dia tu. Ada la kot tu tak kena. Hana berkira-kira di dalam hati. Teringat wajah petang tadi. Automatik bibir senyum. Siapa nama dia? Umur dia berapa? Ambil course apa? Erkk.. Hana paused it right there. Kau ke nie? Selama kau hidup tak pernah pulak kau nak ambil tahu hal orang sampai macam nie sekali. Amier yang hensem tu pun kau tak layan. Tapi wajah yang satu nie boleh membuatkan seorang Hana Humaira tersenyum. Geleng kepala. Parah kau nie Hana!

“Hah apehal pulak senyum geleng-geleng kepala tu? Suka la ek dapat dating dengan buah hati aku tadi!" Diya suara tak puas hati. Tajam pandang muka Hana.

Tersentak Hana dibuatnya. Sambil garu pipi, Hana pandang balik dengan muka Diya dengan pandangan lembut. Api jangan di balas dengan minyak petrol. Itu pesan babah yang Hana dah modified.

“Bila masa pulak aku dating dengan buah hati kau? Hati kau pun aku tak nampak." Hana tergelak kecil. Duduk atas katil. Penat pulak berdiri. Sambung renung muka berbara Diya. Macam kes berat je nie.

Diya jeling sedas pada Hana. Memang dia tak puas hati Amier tegur Hana dekat library tadi. Dengan dia si Amier tak pernah tegur pun. Nama dia pun Amier dah lupa. Walaupun tak dengar apa yang mereka bualkan tapi itu dah cukup nak buat Diya tampar pipi gebu Hana. Memang dia tahu. Dia lagi cantik daripada Hana. Tinggi. Putih. Rambut macam model iklan syampu Rejoice. Up-to-date. Tapi kenapa Hana yang 5 kaki 1 inci, hitam manis, kolot tu jugak yang Amier pandang. Diya mendengus dengan kuat.

“Abaikan la!" Masam muka Diya. Terus berbaring meniarap atas katil sambil memeluk bantal. Otaknya bekerja memikirkan apa yang perlu dia buat. Yang penting dia tak boleh kalah dengan Hana. Sejak sekolah lagi Hana itu Hana ini. Hana pelajar cemerlang. Hana kebanggan cikgu. Sampai mama pun hari-hari suruh dia ikut macam Hana. Duh! Dia tak kan sesekali jadi macam Hana. Kolot! Siapa nak pandang dia nanti. Dia tak boleh hidup tanpa lelaki-lelaki yang memuji kecantikan dia. Aku Adiya tak kan sesekali kalah pada Hana Humaira!

*****

“Sedap betul la keli berlada nie kan Diya. Buat aku teringat je pada mak kat kampung." Hana mengunyah nasi non-stop. Makan keli pun teringat kat mak. Pengubat rindu betul la. Diya diam tak berkutik menjamah nasi. Hati masih terasa dengan Hana sebab kes semalam.

Senyap je si Diya nie. Tak lalu ke makan keli? Kan nie feveret kitorang berdua sejak kecil lagi. Lantak kau la Diya. Nanti perut kau sendiri yang lapar. Kunyah punya kunyah kelibat melintas depan mata. Terus tersedak si Hana. Terkejut Diya dibuatnya. Diya ambil air di atas meja sambil sebelah tangan perlahan-lahan menepuk belakang si Hana Humaira yang dah macam tercekik biji nangka. Sampai berair mata.
  
“Kau kenapa? Makan gelojoh sangat macam la itu spesies keli berlada yang terakhir dalam dunia." Berkerut muka Diya bertanya,

“Takde pape la. Mak aku sebut nama aku kot kat kampung.“ Dalam kepedihan tekak Hana tetap cuba tersenyum tapi mata masih mengscan kelibat yang melintas tadi. Diya yang perasan dengan lirikan mata Hana turut mengalihkan padangan ke arah yang sama. Terangkat kening sebelah Diya. Otak mula memproses dan menghurai apa yang baru berlaku sekejap tadi. A guy melintas + Hana tersedak = menarik.

Senyuman keji tersungging di hujung bibir. Diya macam dah dapat agak apa yang baru berlaku tadi. Tak pernah Hana Humaira jadi macam tu hanya sebab orang melintas.

“Hana, don’t tell me you like that guy.” Diya dah mula cuba nak membaca hati.

“Rubbish la. Mana ada aku suka. Kenal pun tak. Dah fated time dia lalu aku nak tersedak. Nak buat macam mana.” Hana menafikan walau muka dah merona tak tahu nak sorok kat mana. Dalam mulut ikan keli boleh?

Diya terdiam. Hana Humaira dan lagak ustazah. Jengkel hati Diya dengar. Nak termuntah pun ada. Suka betul berlagak innocent.

“Macam mana aku nak tahu kau tak menipu aku cik Hana?"

“Sebab aku kan Hana." Senyum manis.

What ever la Hana Humaira. Yang penting aku dah tahu nak buat apa. Bingo!

*****

Amier termenung seorang diri sambil berbaring atas katil. Otak teringat pada si gadis yang pelik. Weirdo + nerd + mulut boleh tahan pedas = Hana Humaira. Automatik bibir senyum. Budak sorang tu memang konfem macam nak isytihar musuh dengan aku. Rasanya tak pernah pulak aku rampas tanah jajahan dia. Eh ada la. Waktu kat libraray. Tenang habisan je dia halau aku. Teringat lagi riak muka Hana.

Mula-mula nampak aura dingin macam ais tiba-tiba rasa bara gunung berapi pulak lama-lama. Amier geleng kepala. Tak pernah jumpa lagi perempuan macam tu. Tak sama macam tipikal perempuan lain. Pantang nampak lelaki hensem macam aku nie. Yang lain tengok muka aku sampai terlanggar tiang. Si Hana Humaira nie pulak aku yang sampai terlanggar tiang. Nak kata lawa sangat cantik lagi kawan baik dia tu apa ke nama ntah. Miya? Diya? Argh! Tak kisah la. Ohh Hana! Bergolek-golek Amier peluk bantal golek sambil tersengih macam orang gila.

Kreekkkk!

Apa ke hal pulak la mat player sorang nie? Buat gaya macam kawan-kawan dia kat Tampoi tu pulak. Pelik Hisyam tengok perangai kawan dia yang sorang nie. Selalu buat gaya pelik kalau dalam bilik. Kalau kat kampus tu pandai pulak control macho segala sampai semua perempuan layu macam kertas kena simbah dengan air. Hisyam yang baru masuk terus duduk atas katil dan menghempas beg.

“Oit Don Juan! Kau kenapa? Sengih macam orang gila. Aku tahu kau memang dah gila tapi boleh tak jangan sengih macam tu? Menyampah pulak aku tengok." Terus Hisyam sembur.

“Aku rasa kan aku dah falling in love la Syam. Bukan yang main-main. Truly love punya kali nie."

“Udah la tu Mier. Telinga aku nie kalau boleh bercakap dah lama tau dia sound kau yang dia dah muak dengar dialog yang sama every single moment.”

Muncung mulut si Amier. Hisyam nie tak pernah nak support aku. Bukan salah aku kalau sebelum nie perempuan tu semua yang desperately cheap. Dah aku kaya aku beli je la semua. Sambut seruan kerajaan apa. BELILAH BARANGAN BUATAN MALAYSIA.

“Sampai hati kau Syam. Aku serious nie. Tak pernah lagi aku rasa macam nie." Amier dah buat muka gaya Puss in Boots. Tapi Hisyam tengok macam dah muka kuss-mintak boots.

“Oke then, tell me who’s that malang girl? Aku nak kasi memo peringatan dekat dia.”

Tersengih terlebih gula. “Hana Humaira!"

Hisyam muka blur. Fikir siapa tuan punya nama yang Hisyam baru sebut tadi. Rasa macam tak pernah dengar lansung nama tu. Yeap! Absolutely. Tak pernah masuk dalam listname kawan yang aku kenal.

“Samaada daya ingatan aku dah lemah atau aku memang tak kenal lansung nama yang kau sebut tadi. Who’s that girl? I bet mesti junior kan?”

Dan Amier membalas dengan senyuman angau sepanjang malam.

*****

“Aduh!” Jeritan kecil terlontar dari bibir seorang gadis.

“Eh sorry miss. My bad. Tak perasan pun you jalan kat depan tadi." Ashraff serba salah.

Ashraff menolong Diya mengangkat buku-buku yang berteraburan di koridor. Mereka berbalas senyum. Diya dah tersengih jahat dalam hati. Ikan hampir masuk dalam jaring.

“It’s oke. My bad jugak sebab jalan dah tak tengok orang. Buku-buku nie berat sangat. Tu yang I jalan laju nak cepat sampai ke library”. Padahal mana la ada berat sangat setakat notes yang tebal macam kuih lapis je.

Berat? Ashraff pandang pada buku yang sudah berada di tangan Diya. Biar betul minah nie. Tak cukup kalsium ke ape. Layankan je la Ashraff. Cun jugak awek kat depan nie.

“By the way. I’m Ashraff Hakimi. Civil Engineering.” Sesi suai kenal dah mula antara Ashraff dengan Diya.

“Diya. Adiya Nasuha. Office Management.” Saja lebihkan sikit senyuman untuk Ashraff yang tak hensem macam Amier si pujaan hati.

“No wonder la you cantik. Budak OM rupanya.”

“Mana ada la. Biasa je. Kalau ambik course lain pun I memang suka bersolek.” Manja suara Diya.

Ashraff sengih. Memang aku percaya fakta tu. Tengok jam tangan. Alamak! Dah lambat ni. Aku dah janji nak kemas bilik yang macam tongkang pecah petang nie.

“Oke la Diya. I’ve got to go. Nice to know you.” Ashraff anggukkan sedikit kepala sebelum berlalu meninggalkan Diya.

Diya tersenyum. Sebaik sahaja kelibat Ashraff hilang, Diya terus tersengih lebar sambil menggenggam tangan. 

Habis la kau kali nie Hana Humaira!

*****

Diya masuk ke dalam bilik nak dekat maghrib. Hana dah ready dengan telekung. Duduk bersila atas sejadah sementara tunggu waktu azan.

“Nak aku tunggu tak? Aku boleh tunggu kalau kau nak."

"Takpe la Na. Kau solat la dulu. Rimas la nak solat badan tengah melekit. Aku nak mandi dulu. Eh btw aku ada story hot nak cerita kat kau." Diya tersengih macam tengah simpan rahsia besar.

Hana juih bibir. Belum cerita lagi pun aku dah boleh agak apa yang kau nak cerita. Eh suara azan. Diam tanda hormat. Usai seruan azan, takbir terus diangkat. Allahu Akbar!

*****

“Hah! Cepat cerita kat aku apa yang hot sangat tu?" Hana tepuk paha Diya.

“Ish kau nie. Sejak bila pandai main-main sergah orang. Bukan ke kau yang ajar aku dulu bagi salam kalau nak tegur orang?" sinis suara Diya.

“Baik ustazah Adiya Nasuha. Maka adalah molek sekiranya tuan hamba ceritakan pada hamba sekarang kerana sebentar sahaja lagi hamba ingin menyiapkan tugasan yang memerlukan perhatian segera dari hamba." Hana bersuara agak sarkastik.

Diya menjeling. Sabar je la aku. Lepas nie jangan harap la kau boleh cakap dengan aku lagi guna suara macam tu.

Diya buat muka comel. “Erm tadi kan aku terlanggar dengan sorang mamat. Nama dia Ashraff. Budak engine."

Hana gigit bibir. Ingat perutusan penting apa nak beritahu tadi. Aku dah patut agak itu yang dia nak ceritakan.

“So anything else?”

“Uh huh. Tu je la aku nak cerita kat kau. Nak tahu lebih lanjut tungguuuuuu!"

“Nie tunggu kau!“ Hana libas belakang Hana dengan bantal golek. “Kacau mood nak study je. Sekarang aku dah masuk jangan bising-mode. Jangan kacau aku nak buat assignment." Hana kasi warning.

“Kau tak nak tahu ke macam mana rupa dia Hana?“ Mengekeh Diya gelak.

“Shut. Up.” Lurus jari telunjuk Hana naik.

*****

Dah lama Amier tak nampak bayang Hana Humaira. Entah mana dia pergi. Rasa rindu nak tengok muka meluat Hana bila terserempak dengan dia kat mana-mana. Petang tu Amier jalan seorang diri. Member lain ada kelas. Dia je yang tuang. Mata Amier terpaku pada satu bayang. Betul la orang cakap kalau dah jodoh tak ke mana. Takdir macam sengaja nak temukan Amier dengan Hana apabila Amier nampak Hana sedang duduk seorang diri di atas bangku depan tasik. Patut la aku teringin sangat nak tuang kelas hari nie. Heh. Amier baru nak melangkah apabila kornea mata Amier menangkap Hana mengesat mata dan pipinya. Kenapa pulak gadis idaman aku tu? Mata masuk habuk ke? Perlahan-lahan Amier menapak ke arah Hana supaya Hana tak perasan.

“Huwarrghhhh!” Amier sergah Hana.

Terkejut Hana dibuatnya. Terus mendongak memandang siapa yang berani kacau Hana Humaira. You’ve got the wrong times la nak kacau aku!

Amier baru  nak bersuara bila matanya melihat pipi Hana basah dengan air mata. Tak terkeluar suara nak menyakat Hana. Hana bukan macam Hana yang dia kenal. Lansung tak nampak kemarahan dalam mata. Yang dia nampak cuma sepasang mata sembab yang berkaca-kaca dan pipi yang basah dengan air mata. Perlahan-lahan Amier duduk di sebelah Hana tapi jarak tetap ada. Faham dengan perangai Hana yang tak suka duduk dekat dengan lelaki ajnabi.

“Menangis kenapa nie? Boleh abang tahu?“ Amier bertanya lembut.

Hana diam. Tak berminat nak kongsi cerita dengan Amier. Amier bukan siapa-siapa. Kawan pun jauh sekali. Terus mendiamkan diri. Biar dia seorang je tahu apa yang dia rasa sebab ini dah masuk di bawah kategori sulit dan persendirian. Hana kesat lagi air mata yang dah hampir berhenti mengalir.

Amier diam. Mati kata tengok respon negatif dari Hana. Tapi nie kan Amier Zakwan. Pantang mengalah sebelum berjuang.

“Gaduh dengan Diya?" Amier cuba nasib lagi.

Dengar sebaris soalan dari Amier, air mata Hana yang dah kering mengalir kembali dengan lebih lebat. Tersedu-sedu Hana menangis. Tanpa membuang masa Hana terus berlari meninggalkan Amier yang terpinga-pinga dengan reaksinya.

Anything I said?

*****

Hana baru selesai solat Isyak. Mujur sekarang cuti semester. Walaupun masih lagi akan menghadap muka Diya sekurang-kurangnya tak perlu menghadap muka Ashraff Hakimi.

“Ashraff Hakimi…” Sebaris nama itu diucapkan oleh bibir Hana. Tak kuat. Cukup untuk diri sendiri sahaja yang dengar. Panas terasa di bawah mata. Teringat pada peristiwa yang macam drama dalam tv yang berlaku dalam hidup seorang Hana Humaira.

“Hana" Diya memanggil lembut nama Hana.

“Diya, sampai pun kau. Kenapa nak jumpa aku kat café pulak nie? Macam tak boleh jumpa dalam bilik je.” Merungut tapi tetap lemparkan senyuman buat best buddynya.

Diya senyum. “I want you to meet my special friend. Kitorang baru je declare semalam. Tapi dia tak sampai lagi nie. In 5 minutes, he will be here. Kau jangan surprised pulak bila tengok dia nanti.”

“Macam-macam la kau. Apesal aku nak terkejut. Macam la aku tak biasa lalui situasi macam nie. Hehe...kat kampung dulu pun selalu sangat dah kau buat kan. Eh jangan cakap kat aku kau declare dengan Amier?"

“No la. Ah he’s here. Sayang kat sini la!" Jerit Diya tiba2 sambil melambai.

Hana berpaling. Jantungnya macam dah jatuh dekat tapak kaki. Dia kenal sangat dengan lelaki tu. Mana taknya lelaki pertama yang berjaya buat dirinya semacam berevolusi.

“Sayang, meet my best buddy ever dari kampung. Hana. Hana, nie la my new couple now. Ashraff Hakimi.” Diya tersenyum manis.

Hana dah macam tak dengar apa yang Diya cakap. Muka Hana pucat. Kalau kena toreh dengan katana, 5 minit kemudian baru darah keluar. Diya yang melihat perubahan drastik pada wajah Hana dah mengukir senyum keji. Heh. Rasakan apa yang aku rasa dulu. Sakit kan bila hak kita kena rampas dengan kawan baik sendiri.

“Hi Hana. So you la kawan baik Diya ye. Untung you kan dapat kawan macam Diya. Cantik, peramah, baik hati, lemah lembut. Kan sayang?" Ashraff bersuara sambil memandang Diya di sebelah.

Hana cuma mampu tersenyum. Memang dia tak mampu nak keluarkan suara pun sekarang. Terkejut gila bila tengok gerangan kekasih baru Adiya Nasuha.

“Erm Diya, aku gerak dulu la. Aku dah janji dengan Noni nak discuss tentang upcoming assigment." Tanpa menunggu persetujuan Diya, Hana terus bergegas dari café.

Hana mengeluh. Sejak peristiwa tu dia memang mengelak betul kalau Diya ajak teman date dengan Ashraff. Hana selalu mengelak dengan alasan tak nak kacau daun. Tapi hari tu Diya dengan Ashraff tiba-tiba duduk depan dia waktu dia tengah lunch sendirian di cafe. Kaku jadinya pergerakan Hana. Nak suap nasi dalam mulut pun boleh termiss.

Bila Hana fikirkan balik, lelaki macam Ashraff tu memang dah terang lagi tak payah suluh bukan taste Diya. Taste Diya macam Amier. Tinggi, Putih. Kacak. Amier memang hensem. Ada iras Ashraf Muslim. Ashraff jangan kata macam Ashraf Muslim. Bentuk muka pun tak ada yang serupa. Ashraff biasa je. Kulit sawo matang, Pakai spec bingkai hitam, Rendah sikit dari Amier yang tinggi macam model. Macam gaya nerd pun ada jugak. Entah macam mana Diya boleh terpikat. Hana mengeluh lagi. Kalau ikutkan novel macam yang Hana selalu baca, heroin selalu pergi jauh sebab nak rawat hati yang terluka. Hana mengetap bibir. Dia bukan macam tu. Hana Humaira tak kan sesekali bergaduh sebab lelaki. Merendahkan maruah kaum perempuan je nanti. Ingat pesan mak masa di kampung.

"Mungkin yang kita sangka baik sebenarnya tak baik untuk kita dan yang kita sangka tak baik rupanya baik untuk kita. Ingat Hana. ALLAh tak jadikan sesuatu dengan sia-sia."

Sabarlah Hana. Dah takde jodoh nak buat macam mana. Malam itu, Hana tidur lagi bertemankan air mata.

***** 

Hari demi hari hubungan Diya dengan Ashraff semakin rapat. Hana fikir seiring dengan waktu dia dapat terima hakikat tapi rasa pedih di hatinya sama macam pertama kali Diya kenalkan Ashraff pada dia. Mujurlah Hana dah makin pandai kawal air muka. Dia tak sanggup Diya sedih kalau Diya tahu dia juga suka pada lelaki yang sama.

Amier yang melihat dari jauh reaksi Hana yang kelihatan tidak selesa berada di antara Diya dengan Ashraff menggenggam penumbuk. Dah lama dia intip Hana. Dia tahu Hana suka pada lelaki nerd tu. Semacam tak boleh terima hakikat. Apa kurangnya aku? Terasa tepukan di bahu. Amier berpaling.

“Sudah la tu Mier. Berhenti buat kerja bodoh nie. Hana tak kan terima kau walau apa pun kau buat walau seribu kebaikan kau tabur pada dia. Paling cikai pun dia cuma akan cakap terima kasih. Muka takde perasaan then blah dari situ." Hisyam memberi nasihat.

“Aku sebesar kuman pun tak kisah kalau dia tak terima aku. Aku cuma tak sanggup tengok die menangis sebab kawan tak guna dia tu. Aku tahu Diya bukan suka sangat dengan Ashraff. Dia saja nak sakitkan hati Hana. Tapi kalau aku cerita pada Hana pun dia bukan nak dengar. Dia lebih menangkan kawan baik dia tu." Amier bersuara pedih.

Hisyam terdiam. Tak sangka Amier sekarang dah jadi macam nie. Walaupun Amier masih lagi berfoya-foya dengan perempuan lain tapi dalam masa yang sama dia masih mengambil berat tentang Hana. Masih lagi pandang wajah Amier di sebelah. Amier ketap bibir. Hisyam tahu kalau dibiarkan mahu Amier datang serang Diya. Amier nie suka buat gila.

“Jum la Mier. Kita balik yuk!" Hisyam menarik bahu Amier yang seakan-akan tidak mahu berganjak.

Keluhan tercetus di bibir Amier. Sebelum melangkah pergi Amier sempat lagi berpaling ke belakang. Kesian Hana!

***** 

“Kenapa ye kawan you tu tak pernah bersuara kalau I ada. Senyap sunyi. I tengok dia dengan orang lain takde pulak diam macam batu nisan. Tapi kalau terserempak dengan I dia buat macam tak nampak je.” Ashraff bertanya pada Diya,

“Entah la. Dekat bilik dia oke je. Takde pulak dia cakap dia ada masalah family ke apa. Hana memang macam tu. You jangan terasa hati la. She just don’t do relation with guys.” Hana ralit memerhatikan dress yang bersusun depan mata.

Ashraff diam. Malas nak ulas lanjut. Tiba-tiba teringat. “You nak tahu tak. Lately nie kan I rasa macam ada orang perhatikan I la. Bila I tengok sekeliling takde pulak yang tengah stalk ke apa. Tak sangka betul I pun ada secret admirer jugak. Tapi you tetap yang I sayang.” Tersengih-sengih.

Geli tekak dengar Diya dengar, Kalau ikutkan hati dah lama dia tinggalkan je si nerd nie tapi hati dia puas bila tengok muka Hana yang kecewa bila malam-mala tengok dia bergayut dengan Ashraff dalam telefon. Walaupun Hana tak cakap apa-apa tapi mata dan riak wajah Hana dah cukup buat dia tersenyum puas hati.

“Jum la. Takde dress yang menarik la kat sini. Masuk butik lain pulak la." Diya melingkarkan tangan pada lengan Ashraff. Gaya nak suruh Ashraff belanja dress untuk dia la tu.

Ashraff tersengih. Awek punya pasal duit terbang pun takpe.

***** 

“Nak ke mana Hana?” tanya Diya pada Hana.

Hana senyum. “Keluar jap dengan Noni. Cari raw materials untuk assignment Miss Niza. Due date dah dekat sangat nie.”

“I see. Eh cantik blouse kau. Sepasang dengan slack putih kau tu. Ayu pulak aku tengok." Ikhlas. Tiba-tiba saja Diya terasa nak puji Hana. Selama nie mana pernah dia puji Hana cantik ke tak. Pakai la dress cantik macam Cinderella pun Diya akan knightkan sebagai dress nenek kebayan.

Makin lebar Hana senyum.  “Nak tahu kenapa aku nampak ayu dengan blouse nie?" Hana jongetkan kening dua kali.

“Sebab kau kan Hana." Diya tersengih. Hana lebih dari sengih. Dah ketawa sampai berair mata pun. Diya pandang lagi muka Hana yang tengah bercakap dalam telefon bimbit. Nampak berseri-seri.

“Aku dah lambat la. Si Noni dah berkicau-kicau macam burung dalam phone tadi. Gerak dulu." Hana dah galas backpack.

Tiba-tiba Hana peluk Diya. Siap cium kat pipi lagi. Diya pelik. Buang tabiat ke si Hana. Tak pernah Hana jadi girly-geli segala nie main peluk cium. Hana tersenyum lama sambil pandang wajah Diya. Diya dah muka blur. Aku sayang kau Diya. Sangat sangat-sangat. Hana cakap dalam hati. Sebak makin terasa.

“Aku pergi dulu. Jaga diri masa aku takde nie. Jangan nakal-nakal tau!" Hana tersenyum manis sebelum berlalu.

Diya membalas senyuman Hana tapi dalam hati memang pelik dengan perangai Hana hari nie.

***** 

“Hana kemalangan!" Panggilan telefon tadi yang membuatkan dia bergegas ke hospital. Sepanjang perjalanan air mata Diya mengalir. Ashraff di sebelah makin mempercepatkan kelajuan. Sebaik berhenti di parking lot, Diya terus bergegas ke wad kecemasan. Langkah Diya makin perlahan sebaik menghampiri pintu wad kecemasan. Noni terduduk menyandar dinding sambil menekup muka. Baju Amier penuh dengan kesan darah. Makin membuatkan tangisan Diya kembali berlagu.

“Ma..mana..Ha..Hana….” bergetar suara Diya bertanya.

Semua berpaling pada Diya. Noni yang dah basah dengan air mata terus meluru memeluk Diya.

“Hana dah tak..takde..baru tadi doktor sahkan kematian Hana..”

“Tipu! Korang tipu! Korang sengaja tak nak kasi aku jumpa Hana kan? Saja tak nak bagi aku mintak maaf dengan dia! Hanaaa!!" Diya meronta-ronta dalam pelukan Noni.

“Aku tak tipu! Amier sendiri yang nampak kereta tu langgar Hana. Hana meninggal kat situ jugak." Teresak-esak Noni bercerita,

Amier yang dari tadi melihat hanya mendiamkan diri. Tak sanggup nak bersuara. Teringat  sewaktu dia memangku Hana yang berlumuran dengan darah.

“Korang tipu aku...aku tak sempat lagi mintak maaf dengan dia" Diya bersuara lemah sebelum longlai ke lantai. Hana....sampai hati kau buat aku macam nie!

***** 

Tanah perkuburan dah semakin sepi. Yang tinggal hanya Amier dan Hisyam.

“Dah la tu Amier. Relakan dia pergi. Janji Hana dengan Dia sampai setakat nie saja." Hisyam bersuara memujuk Amier yang masih duduk melihat tanah yang masih merah di depan mata. Berkaca mata Amier. Aku harap kau tenang di sana Hana Humaira. Setitis air mata mengalir cepat-cepat di seka oleh Amier. Perlahan-lahan mereka bergerak meninggalkan tanah perkuburan yang menempatkan jasad kaku Hana.

*****

“Sebelum arwah kemalangan hari tu dia ada belikan something untuk kau." Perlahan suara Noni memberitahu.

“Apa dia?“ Serak suara Diya. Sejak Hana meninggal, Diya banyak menangis. Teringat segala perbuatan yang dah dia buat untuk sakitkan hati Hana. Mengenangkan semua tu, Diya tak dapat menahan diri daipada terus menangis. Mata juga dah hilang seri.

“Nah. Dia kata untuk kau punya birthday Jumaat nie."

Perlahan Diya mengambil hadiah yang berbalut kemas itu. Perasaan yang begitu mendera.

Sebaik sampai di bilik, Diya terus membuka kotak hadiah daripada Hana. Terketar-ketar tangan Diya mengeluarkan hadiah yang diberi Hana. Musical box dan kad ucapan yang tertampal gambar Hana dan Diya semasa kecil. Air mata bercucuran keluar membasahi pipi mulus Diya.

Hana…..

*****

“Kita putus.” tanpa perasaan nada air batu itu meluncur.

Terpempan Ashraff. Takde puting beliung takde banjir kilat Diya keluarkan memo mengejut mengenai hubungan mereka.

“Tapi kenapa?” Ashraff tak puas hati.

“Sebab I tak pernah cintakan you pun. Selama nie I buat  sebab nak sakitkan hati Hana. I tahu Hana sukakan you tapi dia tak pernah cakap. You sendiri perasan kan Hana mengelak kalau kita ajak dia keluar sama-sama. Pernah dia tegur you selama nie? Ada dia tegur you even a single hello? Sampai dia dah takde pun you tak pernah dengar walau sepatah pun perkataan keluar dari bibir dia tegur you." Lirih suara Diya.

Ashraff terdiam. Dia sedar. Bukan tak sedar. Hana tak pernah tegur dia. Kadang-kadang Hana senyum tapi tu pun macam terpaksa. Dia fikir mungkin Hana tak suka dia berpacaran dengan Diya sebab dia tak hensem dan tak sesuai dengan Diya.

Diya melihat raut wajah Ashraff yang seakan berfikir. Diya mengeluh. “I pergi dulu. I tak harapkan you maafkan I atas apa yang I dah buat tapi I tetap nak mintak maaf.”

Ashraff kaku lagi di tempat duduk. Diya bangkit dari tempat duduk dan sebelum berlalu.

“You pernah cakap you rasa macam ada orang tengok you tapi you tak tahu siapa kan?"

Ashraff merenung wajah Diya. Matanya bertanya.

“Hana. Hana orangnya.”

Ashraff pandang dengan muka tak percaya. Diya menunduk dan sesaat kemudian terus berlalu.

Maafkan aku, Hana....


THE END

                                                                                                Thursday, 18 February 2011
                                                                                                4:43 p.m.
                                                                                                HR Training Department

24 horlicks ais:

Diera Tekikushika said...[Reply to comment]

sedihnya!!! :(

Misz Yuyu said...[Reply to comment]

kiwiii nti wat folder sng nk bc.. or print bg kakyu hahah..kakyu bab membaca ni lmbt2 skit minatnye lepas ke belakang hahah tp ni nk support adik :p haruslahhh

Bintang Asterisk said...[Reply to comment]

anda berbakat! sangat berbakat! wau! best lah cerpen kau ni. i like! teruja neh teruja

Bintang Asterisk said...[Reply to comment]

anda berbakat! sangat berbakat! wau! best lah cerpen kau ni. i like! teruja neh teruja

Wild Cherry said...[Reply to comment]

Besttt + Sedeh....

Bintang Asterisk said...[Reply to comment]

salute! salute! kau mmg power lah. aku suka baca cerpen kau ni. mmg menarek. HAHA. Yang part mati tu la y sedeynya. Tapi ape ape hal, well done my sista!

Amanie Ashraff said...[Reply to comment]

@ Diera Tekikushika haha sedih ke ? maknenye aku berjaye la tu dengan cite rekaan aku

Amanie Ashraff said...[Reply to comment]

@ Misz Yuyu haha taw dah kak yuk tu. support pun da oke kalau mls bace :P

Amanie Ashraff said...[Reply to comment]

@ Bintang Asterisk hahaha abess la glamer anda pasnie ye

Amanie Ashraff said...[Reply to comment]

@ Wild Cherry ehehe malu la ecah bace. kite amatur lg :p

Anak Pak Muin said...[Reply to comment]

aku berusaha bace cerpen ni..panjang betol..tapi berbaloi...haha.nice story u got there..keep it up~

Wild Cherry said...[Reply to comment]

Hahaha mane la tau 1 ari nnti am boleh jd novelis...

Amanie Ashraff said...[Reply to comment]

@ Anak Pak Muin haha dats y aku letak cerpan bukan cerpen. thanks for the comment :)

Amanie Ashraff said...[Reply to comment]

@ Wild Cherry ehe minat gak menulis tp tade la kreatif sgt

kiwi said...[Reply to comment]

not bad, ada bakat ni :))

Amanie Ashraff said...[Reply to comment]

@ kiwi ehe time kaseh. baru taw ade bakat terendam :)

nazrul ashraff said...[Reply to comment]

aku nak comment ni..

hee, aku suka ayat, aku kan hana..trademark dia coolio..hee..

tapi aku tak nangis pun..haha..taapi paling tak tahan bab jiwang..aku baca nak tergelak terguling sambil menahan gelak yang teramat..haha..macam mana kau boleh tulis bab jiwang dengan cool..haha'

tapi bab mati tak best la..hee, aku dah boleh agak.btw, nama dia hana right??

ngee, aku pun ada watak dalam novel aku, nama dia hanna humaira..

ngeh3x..

Amanie Ashraff said...[Reply to comment]

@ nazrul ashraff aku sebenarnye blur nk habeskan cite neh. lgpon aku sbenarnye x suke hepy ending. aku suke org mati. haha bab jiwang tu no kumen

eja said...[Reply to comment]

best giler weh...aman buat novel la...ko ade bakat...buat taw....asl aku y lambat komen nih...aisshhhh...

Amanie Ashraff said...[Reply to comment]

@ eja ehe kalau la kau tahu kenapa cite neh terhasil

Cik Eyka said...[Reply to comment]

sedihnyew....
menangis MR bace cerpen nie...
pndai die menulis...
best...

5 bintang buat cerpen niew...

Amanie Ashraff said...[Reply to comment]

@ Cik Eyka thankx baca cerpan picisan am nie :)

la dolce said...[Reply to comment]

fuhh~meleleh air nate last2...kejamnye diya...huh,,
thums up.....besh cite ni!

Amanie Ashraff said...[Reply to comment]

@ ladolce thankxx baca karya picisan nie :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...