February 27, 2011

Kenapa aku nak belajar bahasa asing

Sekarang aku kira mahir jugak la dalam bahasa melayu.  Kenapa aku guna perkataan "jugak" tu.  Sebab kalau betul2 nak aku mendalami bahasa melayu tu memang lambat 100 petak sawah la.  Tapi kira fluent kalau aku cakap bahasa melayu. Takde la keluar slang mat saleh ke hape.  Bahasa omputih aku pulak average jek. Cakap boleh.  Tulis pun boleh.  Tapi rasa dah biasa sangat reti cakap omputih nie.  Ehe dah takde feel cakap omputih.  Sekarang aku nak belajar bahasa asing yang lain pulak.


1.  Bahasa german/dutch - Nie semua pengaruh Hlovate. Grrr tiba-tiba rasa macam nak pergi Holland. Nak tengok sendiri tempat pertama Addin jumpa Benz after 7 years diorang separated. Dan tak lupa jugak nak tengok tulip :)


2.  Bahasa spanish - Yang nie bukan sebab pengaruh aku suka tengok telenobela Rosalinda tu.  Nie kira senjata pertahanan aku la.  Pertahanan apa?  Haa yang ini kita tak tahu.


3.  Bahasa jepun - Jepun penting sebab senang kalau aku nak tengok drama atau anime.  Aku selalu terhalang untuk menikmati anime atau drama Jepun sebab aku sibuk nak baca subtitles sampai tak dapat nikmati suara seiyuu yang kacak tahap hidung berdarah.  Senang juga aku nak faham kalau aku hafal lagu.  At least aku tahu maksud.  Takut termencarut tanpa sedar.  Sedar2 dosa dah menimbun.


4.  Bahasa korea - lebih kurang reason aku macam kenapa aku nak belajar bahasa Jepun.


5.  Bahasa arab - yang nie walaupun aku listkan dekat bawah sekali tak bermakna tak penting. Kenapa aku nak belajar bahasa arab sebab aku nak aku faham makna bila aku mengaji dan solat. Baru tembus dalam hati. *aku dah lupa bahasa arab belajar dari sekolah rendah sampai masuk kolej.


Kesimpulannya, salah satu sebab aku nak belajar bahasa asing supaya aku dapat marah dekat orang sambil tersenyum.  At least dia tak tahu aku tengah hamun kat dia.  Wohoo!  Aku sangat bijak!!


May peace be upon you guys :)

6 horlicks ais:

azwa_amani said...[Reply to comment]

amani minsat sangat bahasa filipina...terasa nak belajar

wa khairul onggon said...[Reply to comment]

Mmg bijak.. saya pun pernah marah negro dalam bahasa Sarawak sambil tersenyum hehehe... Negro tu cakap "I dont understand, but mister, thank you" kekeke...

nazrul ashraff said...[Reply to comment]

weh! haha..addin and benz jumpa dekat belnda bukan germany!

btw, ashraff muslim is malay after all. belajar bahasa jawa je..

Amanie Ashraff said...[Reply to comment]

@ azwa_amani jum sama2 kita blaja bahasa asing :)

Amanie Ashraff said...[Reply to comment]

@ wa khairul onggon tu yg semolek-moleknya =)

Amanie Ashraff said...[Reply to comment]

@ nazrul ashraff haha aku tahu la diorang met kt holland. tp kan benz ada ckp ich liebe dich kt addin which is in germany. ahahaha kau ingat aku tak ingat ke =p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...