February 25, 2011

Rosak pagi Jumaat aku

Caution: Entry bengang dan sakit hati.

Kau kenal aku lama jugak la. Awek kau kenal aku lagi la lama. Aku rasa awek kau pun dah cukup masak dengan perangai aku. Kau pun walau kenal aku baru berapa bulan tapi aku rasa kau pun boleh agak macam mana perangai aku. Tapi kenapa ye tiba-tiba kau pandang aku lain macam jek. Cerita buruk apa yang awek kau dah cerita pasal aku? Jangan dia cakap aku dah tergila-gila kat kau sudah. Memang aku mengamuk nanti. Heh kau dah sayang sangat kat awek kau tu sampai semua benda baik kat dia. Mentang-mentang aku shabby kau pandang aku badi jek. Jahat pun semua kat aku jek. Aku mengaku aku memang jahat pun. Tapi sejahat-jahat aku pun tak pernah lagi rosakkan hubungan orang lain. Tak pernah lagi aku main tikam belakang member. Cuma aku suka paw makanan orang jek. Walau sehensem atau sehodoh mana pun kau tapi once kau dah jadi hakmilik (hakmilik ke?) kawan aku sendiri memang aku hands down la. Jangan ingat aku terhegeh-hegeh nak ngorat kau. Pleaseeee aku reti malu lagi dan aku bukan jenis gedik. Kau sendiri pun tahu yang muka aku memang stok kerek dan sombong. Heh pernah pulak aku buat muka gedik kat kau. Haila pagi-pagi dah buat orang berasap. Pagi Jumaat pulak tu. Haish!

*Baru berazam tak nak buat entry emo dalam blog dah. Rosak semuanya!

4 horlicks ais:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...