February 28, 2011

Hana-the pathetic lady

I've never thought that my life will become like this. Like drama in television. Like novels that I always read. The pain. Who can endure this type of pain. Pathetic. Sure am. I'm such a pathetic person. No guts to say i love you. Not even to say a single hello. Thanks to these eyes. Though I can't talk to you but still I can see your figure in front of me.-Hana

I can feel someone is watching over me but who? -Ashraff

Now this is Amanie talking. I wanna try something new. Looks like I've got the sign to write a cerpen. Not so long la kot. Akan dikarang secara lembab coz I've being busy with works. *Not really busy la sebenarnya kot. But still aku akan terai la tulis. Tak janji cerpen nie akan siap. Besides bukan ada orang nak baca. Just suka hati je. Btw this cerpen will be in BM.

May peace be upon you :)


p/s : Cerpan nie dah siap. Kalau nak baca boleh klik kat sini atau di side bar :)

Dilema 2011

Ouh dilemanya aku.  Dalam entry sebelum nie aku ada cakap yang aku dalam dilemma sama ada aku nak continue study atau tak.  Tapi masa tu aku lebih pada tak nak sambung study.  Tapi bila dah dekat-dekat tarikh nak apply nie tiba-tiba keinginan nak sambung degree tu makin kuat pulak.  Berat permasalahan nie.  Rasa teringin nak jejak tangga UITM yang betul-betul sebab sebelum nie aku cuma belajar kat kolej bersekutu.  Perasaan mesti tak sama masuk dengan UITM sebenar.  Urgh kenapa tiba-tiba aku boleh pulak rasa macam nie.  Uhuk aku kena fikir banyak benda kalau sambung.  Duit of course the main reason.  Kalau tanya clan memang majoiriti nak sambung degree.  Kalau aku tanya opinion diorang pun most of them akan suruh aku continue.  Peh sedih gila kot aku.  Kalau tengok gambar-gambar senior yang dapat sambung belajar tu rasa melonjak-lonjak ke langit nak sambung belajar.  Dilema betul aku.  Nak kerja pun iye jugak nak sambung study pun iye jugak.  Kalau nak buat PJJ memang tak larat.  Nampaknya aku perlu tidur dan bermimpi.

zZZZZzzzzzzzzzZZZZZZ


February 27, 2011

Kenapa aku nak belajar bahasa asing

Sekarang aku kira mahir jugak la dalam bahasa melayu.  Kenapa aku guna perkataan "jugak" tu.  Sebab kalau betul2 nak aku mendalami bahasa melayu tu memang lambat 100 petak sawah la.  Tapi kira fluent kalau aku cakap bahasa melayu. Takde la keluar slang mat saleh ke hape.  Bahasa omputih aku pulak average jek. Cakap boleh.  Tulis pun boleh.  Tapi rasa dah biasa sangat reti cakap omputih nie.  Ehe dah takde feel cakap omputih.  Sekarang aku nak belajar bahasa asing yang lain pulak.


1.  Bahasa german/dutch - Nie semua pengaruh Hlovate. Grrr tiba-tiba rasa macam nak pergi Holland. Nak tengok sendiri tempat pertama Addin jumpa Benz after 7 years diorang separated. Dan tak lupa jugak nak tengok tulip :)


2.  Bahasa spanish - Yang nie bukan sebab pengaruh aku suka tengok telenobela Rosalinda tu.  Nie kira senjata pertahanan aku la.  Pertahanan apa?  Haa yang ini kita tak tahu.


3.  Bahasa jepun - Jepun penting sebab senang kalau aku nak tengok drama atau anime.  Aku selalu terhalang untuk menikmati anime atau drama Jepun sebab aku sibuk nak baca subtitles sampai tak dapat nikmati suara seiyuu yang kacak tahap hidung berdarah.  Senang juga aku nak faham kalau aku hafal lagu.  At least aku tahu maksud.  Takut termencarut tanpa sedar.  Sedar2 dosa dah menimbun.


4.  Bahasa korea - lebih kurang reason aku macam kenapa aku nak belajar bahasa Jepun.


5.  Bahasa arab - yang nie walaupun aku listkan dekat bawah sekali tak bermakna tak penting. Kenapa aku nak belajar bahasa arab sebab aku nak aku faham makna bila aku mengaji dan solat. Baru tembus dalam hati. *aku dah lupa bahasa arab belajar dari sekolah rendah sampai masuk kolej.


Kesimpulannya, salah satu sebab aku nak belajar bahasa asing supaya aku dapat marah dekat orang sambil tersenyum.  At least dia tak tahu aku tengah hamun kat dia.  Wohoo!  Aku sangat bijak!!


May peace be upon you guys :)

Dasar pendengki


Fuh dah lama tak tengok vlog from Anwar Hadi.  Napa entah Celcom dengki sangat dekat aku.  Over the limit la.  Over the budget la.  Sekarang nak jenjalan blog orang lain pun kena refresh banyak kali.  Nak cuci blog sendiri pun semput di buatnya.  Memang sah la aku akan bercerai dengan broadband celcom tak lama lagi.  By the way, I'm not quite sure this is the latest one or not sebab dah lama tak ushar dekat blog and YT.  Line macam hampesss!

February 26, 2011

Siapa tak takut mati?

That day, aku text dengan kawan aku. Then dia cakap abang saudara dia dah meninggal. Muda. Around 29-30 macam tu la. Meninggal dalam tidur. Sebelum tu dia ada muntah. Food poison barangkali. Kawan aku sedih. Sedih sangat. Arwah baik katanya. Sangat baik. Walaupun jarang jumpa tapi sebab kebaikan arwah, ukhuwah dan kehilangan tu terasa. Aku nak tenangkan hati dia pun tak reti macam mana. Aku cuma cakap.

Dah janji dia macam tu. Kita yang hidup nie pun bila2 masa je ikut jejak langkah dia.

Aku pun sedih bila dengar walaupun aku tak pernah kenal arwah. Arwah meninggal muda. So, jangan ingat kita yang masih muda nie lambat lagi nak mati. Jangan ingat

"Ala muda lagi beb. Kalau tak enjoy sekarang bila lagi."

"Mati tu untuk orang yang dah berumur dengan orang sakit je la.."

Bagi aku, orang yang dah tahu jangka hayat dia sampai bila beruntung daripada kita yang tak tahu bila ajal sampai. At least bila dah tahu boleh banyakkan amal ibadat. Dah tak terleka. Yang kita sihat walafiat duk leka enjoy sana sini. Bila cakap pasal kematian siapa yang tak takut. Mulut je cakap takut tapi masih lagi leka. Mati lambat lagi kan. Ingat ye. Kita dengan kematian tu makin dekat. Bukan makin jauh. Macam mana cara kita meninggal tu wallahualam. Rahsia ALLAH. Mudah-mudahan dalam keadaan yang baik. Renung-renungkan dan selamat beramal.

May peace be upon you.


February 25, 2011

Rosak pagi Jumaat aku

Caution: Entry bengang dan sakit hati.

Kau kenal aku lama jugak la. Awek kau kenal aku lagi la lama. Aku rasa awek kau pun dah cukup masak dengan perangai aku. Kau pun walau kenal aku baru berapa bulan tapi aku rasa kau pun boleh agak macam mana perangai aku. Tapi kenapa ye tiba-tiba kau pandang aku lain macam jek. Cerita buruk apa yang awek kau dah cerita pasal aku? Jangan dia cakap aku dah tergila-gila kat kau sudah. Memang aku mengamuk nanti. Heh kau dah sayang sangat kat awek kau tu sampai semua benda baik kat dia. Mentang-mentang aku shabby kau pandang aku badi jek. Jahat pun semua kat aku jek. Aku mengaku aku memang jahat pun. Tapi sejahat-jahat aku pun tak pernah lagi rosakkan hubungan orang lain. Tak pernah lagi aku main tikam belakang member. Cuma aku suka paw makanan orang jek. Walau sehensem atau sehodoh mana pun kau tapi once kau dah jadi hakmilik (hakmilik ke?) kawan aku sendiri memang aku hands down la. Jangan ingat aku terhegeh-hegeh nak ngorat kau. Pleaseeee aku reti malu lagi dan aku bukan jenis gedik. Kau sendiri pun tahu yang muka aku memang stok kerek dan sombong. Heh pernah pulak aku buat muka gedik kat kau. Haila pagi-pagi dah buat orang berasap. Pagi Jumaat pulak tu. Haish!

*Baru berazam tak nak buat entry emo dalam blog dah. Rosak semuanya!

February 24, 2011

Nama omputih baru style!

"Nama baby nie apa?"

"Puteri Adrianna Balqis Raihanna Beyonce Swift binti Kasim."

"..................................."

Mangai kan nama macam tu. Sekarang nie trend pilih nama anak. Mesti nak ala2 macam nama yang stylo, macam nama omputih yang payah nak nyebut. Boleh semput kot kalau nak sebut nama anak tu. Tapi the best part is nama ayah dia ciput jek. Oke this is true. Aku dah jumpa. Dulu aku pun teringin nak kasi nama anak aku glamer2. Tapi bila fikir balik kesian pulak kalau time nak akad nikah kan. Berbelit pulak lidah bakal menantu aku. Jadi aku kena pilih nama yang simple untuk anak perempuan aku. Anak lelaki la boleh ambik kesempatan letak nama yang stylo. So aku telah decide bakal nama future anak aku :)

Nama anak lelaki

Adam Aizriel
Addi Shah

Nama anak perempuan

Ain Mawardah
Hana Humaira
Addin Shah

Ada lagi sebenarnya listing aku. Tapi sekarang nie je yang aku listkan kat sini. Simple. Senang nak ingat. Mengelakkan lupa nama anak sendiri.

Pilih la nama anak yang kita tahu maksudnya. Pis!

February 23, 2011

Dah tahu tapi nak tengok jugak

"Apa la pengarah nie. Time nak lintas time tu la kereta banyak macam hape!"

"Huh sikit lagi tu kang nyanyi la tu. Tensen aku tengok cerita nie."

"Boleh pulak dah kena langgar teruk boleh hidup lagi. Gagal logik betul la!"

"Aku dah agak ending dia mesti macam tu punya. Buat penat jek aku tengok!"

Heh. Tu la antara ungkapan2 yang orang selalu cakap bila tengok drama atau filem. Mostly akan membebel sakan bila tengok certain scenes tu macam ntahhapahapa jek. Tapi still follow cerita. Tak pernah miss pulak every episodes tu. Tapi bukan tu aku nak bebelkan. Tu intro jek :) Aku la memang pantang betul dengan drama dari sana. Gagal logik kot. Aku takde la tengok sangat tapi sebab ada ahli dalam rumah aku nie die hard fans drama dari sana tu kadang2 aku layankan jek la. Tu pun tak lama. Lari masuk bilik agak2 tak tahan bosan. Tak boleh terima la cerita macam gitu. Every dramas tell more less lebih kurang sama jek. Anak terpisah dengan mak ayah dari kecik la. Then hidup susah. Pastu jadi kaya bila dah jumpa parents yang sebenar. Tapi dalam nak jumpa tu ada je halangan. Kalau halangan tu boleh masuk akal takpe jugak. Nie macam orang hilang akal. Shessh! Bosan gila kot. Bila la tv kat sini nak stop tayang drama dari sana. Aku seriousy tak kisah kalau tak nak tayang terus. Tak rugi pape pun. Though drama tempatan pun ada yang kureng tapi biar lantak la nak tayang pun. Grrr! Layan Sin Chan lagi bagus.


February 22, 2011

Air mata untuk yang kuat sahaja

Kau sedih?


Tak.


Kalau tak sedih kenapa menangis?


Aku tak menangis.


Kalau tak menangis, ini air mata apa?


Ini air mata gembira.


Untuk?


Mereka.


Siapa mereka?


Mereka yang merasakan senyuman aku bukan kegembiraan untuk mereka.


..................................


THE END.



Miss Genit dan saya :)

Oke nie merupakan entry keperempuanan sikit dari aku. Err jarang kot aku nak tulis style perempuan macam nie. Takde apa sangat sebenarnya. Cuma tiba2 aku rasa aku macam artis bila nama aku di type oleh Cik Sab dalam entry beliau. Malu I nyahh! Eh poyo ke aku? Sape tak suka nama di sebut dalam blog orang cantik :p Meh nak cerita sikit macam mana aku kenal Cik Sab.

First aku kenal Cik Sab sebab aku joint contest beliau "Shades Constest" yang telah di tag oleh kak yuyuk. Main joint jek masa tu sebenarnya. Padahal dalam hati harap gila menang. Then lama kelamaan aku selalu stalk blog beliau. Sebab dia cantik dan comel. :) Mula2 aku jadi silent readers jek sampai la satu hari aku memberanikan diri mengkomen di blog beliau. Komen pertama aku ingat lagi. Aku tanya pasal sweatshirt polka dot. Cik Sab pun dah lupa agaknya. Aku suka pergi blog beliau sebab dia tak sombong. Lagipun dia ada abang yang ensem. *bunyi cengkerik. Haha! I malu la dengan orang cantik nie sebab I ensem jek. I tak cantik.

Nie bukan gambar ihsan. Ini gambar curik :|

Maap ye Cik Sab letak gambar kat sini. Saya suka tengok dia pakai baju kurung :)

February 21, 2011

Asli lebih baik

Nowadays dah banyak lagu lama yang dinyanyikan semula oleh penyanyi baru. Ada yang jadi sedap. Ada yang jadi kurang sedap. Ada pulak yang boleh buat orang hempas radio, mp4 dan bla..bla..bla..ke lantai. Aku sebenarnya suka lagu yang penyanyi asal tu sendiri yang nyanyi. Contoh macam lagu P. Ramlee;. Getaran Jiwa dan yang nyanyi balik KRU. Lagu Jangan Pisahkan yang Phyne Ballerz nyanyi. Yang asal nyanyi aku lupa dah sape.Then ada la certain lagus (ehe plural) yang dinyanyikan balik. Aku layankan jek bila diorang nyanyi semula tapi rasa macam originaliti lagu tu dah hilang. Then diorang nyanyi balik dengan cara sendiri aku jadi kureng sikit. Tambah lagi kalau lagu P. Ramlee. Seriously tak berapa nak sedap bila dinyanyi balik. Aku suka yang asli :) Bagus la nyanyi dengan cara sendiri tapi ntah la. Bagi aku la personally aku tak berapa best sangat nak dengar.



Second bila tengok anime. Ada yang dah guna suara dari Mexico la, Filipina including guna bahasa melayu sendiri. Macam lari mood bila tengok. Plus bila suara tak sesuai dengan watak. Gila awkward rasa. Seiyuu Jepun sangat best sebab rasa macam real gila. Hari tu aku tengok Cardcaptor Sakura. Peh boleh dia cakap bahasa yang aku sepatah haram pun tak faham. Subtitles ada tapi mood memang beratus batu lari tinggalkan aku. Terus aku klik tanda X. Hella! Aku suka yang original. Sebab tu bila makan kentaki aku order ayam original :)

February 20, 2011

Aku nak sangat jumpa dia nie

Everyone ada somebody yang diorang teringin sangat nak jumpa. Nak jumpa artis macam Aznil, Siti Nurhaliza. Ada jugak yang nak jumpa personaliti macam Imam Muda Asyraf. Mungkin ada yang lagi dahsyat nak jumpa artis luar negara. Abaikan! Tapi kalau tanya aku. Aku nak sangat jumpa Hlovate. Tahniah pada yang kenal dan rugi pada siapa yang tak kenal. Kenapa aku nak jumpa Hlovate? Sebab dia sangat misteri. Gi-la! Muka beliau pun tak pernah tengok. Hlovate cuma dikenali dengan sebaris nama iaitu Hlovate dan novel2 beliau. Siapa yang pernah baca novel beliau memang tahu la penangan, tinggi rendah, tertampar ke pipi atau tak dengan bahasa2 beliau. Aku rasa Hlovate seorang yang cool, simple tapi tegas dengan pendirian. Takde perangai girly-geli. Dapat tengok dari cara penulisan beliau. Bersahaja dan ayat direct. Senang nak faham. Tak jiwang karat yang ayat kena baca banyak kali baru faham. Dan novel beliau boleh membuatkan kita fikir balik pasal apa yang kita dah buat sebelum nie dalam hidup kita. Cool gila. Sebelum nie aku baca novel takde pulak sampai yang boleh buatkan aku berfikir balik. By the way, kalau diizinkan Allah *aku harap sangat nie kalau aku dapat jumpa Hlovate, aku bakal speechless. Mesti tak tahu nak tanya apa. Btw below are the novels yang ditulis oleh Hlovate ikut turutan yang aku dah baca. Aku tak tahu nak pilih yang mana aku paling suka sebab aku suka je semua novel beliau :)


Oke nie novel first yang buatkan aku terus suka.
Serious imbau balik zaman sekolah.
Even mafia pun boleh berubah.
From street to Him. Ashraff Omar :)
Money can't buy happiness.
 Jangan anggap street kid tu budak rosak.
Oke this one memang sangat sedih. Saya menangis over a bucket and still am until today tiap kali baca.
This one tak jumpa lagi. So tak boleh comment pape.
Note from aku. Memang worth it baca novels nie. Selalu layan novel jiwang2 kan. Why not try baca novel Hlovate pulak :)

February 18, 2011

Cerpan-Sebab aku kan Hana

Oke guys. Memandangkan cerpan aku dah siap, aku post la kat blog nie. Aku tak tahu apa pendapat korang. Positive or negative I don't mind. As long as aku enjoy masa buat cerpan nie. So happy reading :)


*****


“Hana!”

Automatik leher Hana berpusing nak tahu tuan punya suara sumbang yang panggil nama sedap dia nie. Tapi tak payah pusing pun Hana dah tahu suara siapa lagi yang suka memekik panggil nama dia.

Hana. Hana Humaira. Budak sekolah yang baru habis SPM. Bukan jenis banyak cakap. Simple cukup. Sebut la nama Hana dalam sekolah haram sorang pun tak kenal. Lagi-lagi clan-clan yang glamer macam hape tu. Dan suara sumbang yang panggil nama Hana tadi kawan baik Hana. Best buddy la kalau nak berlagak sikit. Diya memang popular. Sebut nama dia dalam sekolah diorang sampai sekolah yang 10km pun boleh kenal dia. Eh writer bukan nak hiperbola. Hakikat nie.

“Gila laju kot kau jalan Hana. Tak tunggu aku pun. Aku baru ingat nak main kenyit-kenyit mata kat guys yang tengah melepak tu." Hish Hana nie la. Selalu tak kasi can aku nak ramah-ramah sikit dengan budak-budak nie semua. Terkumat kamit mulut si Diya nie.  Kutuk Hana la tu.

“Aku bukan nak halang kau la. Tapi kau macam baru kenal aku pagi tadi. Kau tahu kan aku tak berapa suka lalu kat tempat banyak lelaki. You should know me better la my friend." Pujuk Hana sambil memeluk bahu Diya. Orang kata sentuhan tu boleh kasi tenang. Hana pulak harap sekarang nie jangan orang cop Hana lesbian sudah!

Mereka menyusuri jalan untuk pulang ke rumah. Hana dengan Diya dah lama berkawan. Sejak zaman berebut susu botol lagi. Selesa jek Hana berkawan dengan Diya. Cuma satu Hana tak berkenan dengan perangai Diya. Suka betul menggedik dengan lelaki. Hana dah tak jumpa perkataan yang sesuai nak gambarkan Diya.

“Hana, malam nie kau nak ikut aku tak? Aku dah plan dengan guys yang kitorang nak lepak kat town. Jum la Hana. Kita borak, karoke, main boling. Kalau kau tak pandai kau tengok je kitorang main.”

“Takpe la Diya. Aku malas la nak keluar. Lagipun mak aku marah keluar malam. Tak elok perempuan keluar malam. My novels tu pun menunggu turn tau nak suruh aku baca. Kau pun kurangkan la keluar malam. Orang mengata kau tahu tak."

Sambil angkat kening sebelah. Agak sinis.

“Cik Hana, aku cuma tanya nak ikut atau tak. Dan kau patut jawab nak atau tak. Bosan gila la dengan kau nie. Itu tak boleh nie tak boleh. Sebab tu la kau tak glamer kat sekolah. Asyik nak act macam ustazah. Gross tau tak." Terus Diya berlari masuk ke dalam rumah yang dah tinggal 10 meter tu.

Itu la Diya. Kalau dah bercakap memang tak akan fikir perasaan orang lain. Ikut suka hati dia je. Hati Hana Humaira nie dah banyak kali terluka dengan kata-kata dia. Tapi Hana tak kisah pun. Asalkan tak bergaduh dengan Diya atas sebab lelaki. Hana dah cukup bersyukur. Diya bukan jenis yang boleh terima kalau Hana lebih dari dia. Diya selalu nak memang and the loser goes to Hana Humaira.



Rooftop Rant

This time, I would like to review about novel. Again. And again about H' novels. Do mind I'm her among gila-banyak fans :)


Rooftop Rant. That's the title. About Trisy and Jade. Before this, I've already updated about Gurindam Jiwa by Hlovate also. This story revolves about Trisy and Jade's life. How people can change. And it's worth to change though it will cost you blood and tears. Trisy is a rebellious girl and yet she is anti-soc. Different from Jade who is more cool. Both of them shared their problems and rant at the rooftop. That's why the title named like that. Same boat but different cabin. Maybe you can't really get what it means. You should really buy this novel and read it. Seriously it is not a romance novel but it is worth to read. It is the reality of life when sometimes family is like strangers and strangers are like family. Aha and one quote from Jade.

"Live well or live hell, we choose."

Soothe me anytime. How I really wish I have my own Jade to be my wonderwall :)

February 16, 2011

Sampai hati kau tikam aku dari belakang

Aku dah tak tahan macam nie. Penat pura2 gembira. Apa salah aku pada kau? Tergamak kau buat aku macam nie. Dulu aku sanggup habiskan duit dan masa semata-mata untuk kau. Ingat duit tu semua aku petik dari pokok pisang belakang rumah aku ke? Tergamak kau tikam aku dari belakang. Selama nie aku jaga hati kau. Aku tak pernah kutuk kau tapi kadang2 aku maki jek terus sebab tak tahan dengan perangai kau. Tu pun di belakang kau sebab aku tak nak kau terasa hati dengan aku. Tapi perangai kau dah melebih.




Dulu aku memang tak sangka akan jadi macam nie. Menyesal gila aku kenal dengan kau. Mula2 kau baik gila kan dengan aku. Tak pernah buat hal konon2 kau baik sangat. Memang aku bangga gila masa aku berjaya dapatkan kau. Sampai angkat2 pada kawan2 aku yang lain. Tapi sekarang nie yang kau balas? Dah pandai mintak nak tambah itu ini pulak. Kalau aku lambat langsaikan kau mula la terasa hati. Ingat aku anak angkat Alfonso Al-susah-nak-eja ke? Nampak sangat cinta kau pada aku tak seBROAD yang aku sangka. Kalau kau berterusan macam nie nevermind. Bulan 3 nanti aku nekad akan tinggalkan kau wahai

***

***

***

***

***

***

***

***

***

***

***

***

***

***

***

***

***

***

CELCOM BROADBAND!!!!

February 15, 2011

Pakai mulut senang la!

Masa sekolah dulu, aku ingat lagi jawab test Pendidikan Islam untuk SPM kalau ada soalan yang bertanya

"Mengapa remaja sekarang suka bla..bla..bla..."

Oke aku tahu ramai akan jawab termasuk aku sendiri adalah

"kurang didikan agama daripada ibu bapa."

Gila glamor jawapan tu. Aku rasa jawapan kurang didikan agama mesti akan ditulis oleh pelajar sebab jawapan tu dah konpem ikut skema lembaga peperiksaan. Tapi kadang2 bila fikir balik jawapan tu macam kurang tepat kalau nak aplikasi kan pada realiti kehidupan. Hambik keluar bahasa aras tinggi!  Sebenarnya ada je yang dah dapat cukup bekalan agama daripada parents tapi masih lagi buat loklaq kat luar sana tu. Ada jugak yang tak dapat cukup bekalan agama dari parents tapi oke je jadi budak baik.

Pokok pangkalnya kat sini adalah sama ada kita berpegang atau tak pada agama kita sendiri. Setakat tahu pun tak guna jugak. Macam valentine segala tu. Bukan kita tak tahu benda tu haram. Kita bukan manusia buta hukum dengan agama kita sendiri. Tapi masih jugak nak buat benda yang dah terang di suluh oleh spotlight tu berdosa. Ehe aku tahu buat benda yang bukan2 tu sedap. Sebab aku buat jugak benda2 yang sedap tu. Jarang nak muhasabah diri sendiri. Termasuk aku sendiri. Aku tahu mesti orang cakap

"Ala pakai mulut senang la. Buat sikit nak tengok"

"Kubur kan masing2. Jaga hal sendiri sudah!"

Bukan senang nak jadi baik yang betul2 ikut skema ALLAH dan Rasul tapi

"Hey korang nak rasa nikmat dunia je ke? Tak nak rasa eternal happiness?"

Heh.

May peace be upon U :)

Best jadi baby. Suci murni :)

February 14, 2011

Kerja dah lama tapi gaji tak naik jugak

Nuffnang ouh nuffnang. Dah dekat 3-4 bulan kot kerja dengan nuffnang. Kerja letak iklan. Yang nie semua orang pun tahu apa function nuffnang. Haha dah lama nuffnang tak up kan duit gaji aku. Asyik ciput jek. RM20 pun tak sampai lagi. Ehe kalau nuffnang kasi seposen pun dah cukup buat saya menari tango collaborate dengan breakdance. Saya amat menghargai dan berterima kasih. Maybe sebab traffic kat blog aku sikit kot. Dah tu kau ingat blog kau nie macam blog Anwar Hadi, Fatin Liyana dengan Cik Epal ke? Btw tiba2 aku perasan angka 0. Apakah? Something wrong somewhere la tu kot. Mentang2 la blog aku nie picisan jek :) Urgh! Nuffnang bantulah saya. Saya nak beli lappy baru nie T_T


Haha gile picisan kot blog. Macam gigi budak kecik yang tak rata jek :)

February 13, 2011

Cinta ke nafsu ni?

Stalk ke laman sosial seorang kawan. Bukan seorang kawan jek sebenarnya. Stalk di fb dan blog. Dah itu jek tempat melepak yang saya ada. Tengok seorang kawan. Mangai! Gepren baru lagi ke? Berapa kali nak tukar nie? Baju baru pun tak beli sekerap tu kot. Bulan pertama tengok dengan orang lain. Bulan kedua dengan orang lain dan berterusan sehingga ke bulan2 seterusnya. Aduh malu nak mengaku kawan kot. Aku menyampah orang macam nie. Kalau dia nak guna ayat "haters make me stronger" tu, duh! Stronger ke main tukar2 perempuan nie. Bangga ek jadi player? Kalau jadi player bola sepak bangga gak aku nak mengaku kawan. Dah kena sound pandai pulak malu. Tahu takut! Tahniah bintang asterisk sebab berani. Haha! I bangga jadi kawan U nyah!




Oke kes kedua pulak tentang seorang gadis. Aku nie memang selalu jadi silent reader. Plus aku suka baca blog orang yang aku kenal virtually. Blog dia selalu cerita pasal life dia. But mostly akan story pasal cerita cinta-jiwang-karat. Masa tengah syok bercinta cakap

"I will leb U poreber baby"

"Only U in my heart"

Then keputusan kecintaan. Siap cakap no more leb. Ever and poreber. Until when2. Oke aku mengaku tu aku yang tambah sendiri. Siap highlight lagi. Suddenly aku baru stalk tadi cakap dah jumpa cinta baru. Kemain hepy lagi. Siap nak main rahsia. Tapi selama mana la kot nak rahsia. Nanti aku tahu jugak. Ehe kesimpulan aku dekat sini adalah

"wow murah betul nilai cinta tu kat mata diorang. Boleh main tukar2 jek. Cinta ke nafsu nie?"

Wohoo! Jangan marah ye :)

February 12, 2011

Kalau 1 hari nanti kau pergi jua

www.blogspot.com

Masuk e-mail dan password

Loading......

The webpage cannot be found. Please not to terai it again later.

Erkk..apa perasaan korang agaknya bila korang dengan penuh semangat pahlawan zaman Parameswara nak update blog tiba2 dah tak boleh nak update. Sebab blog korang dah tak boleh nak access. Senang cerita blog sudah hilang la. Kalau aku mau terkedu 5 saat sambil terkelip-kelip mata diiringi jeritan sambil tarik rambut macam orang nak kena serang histeria pada 5 saat berikutnya. Gi-la! Kot kalau yang newbies yang blog baru umur sehari dua takpe gak lagi. Tu pun mesti tetap rasa terkilan jugak. Kalau yang dah bertahun buat blog, dah macam cerita, hikayat penglipur lara, gurindam jiwa dah diceritakan tiba2 sampai masa blog dah hilang. Aku tak dapat bayangkan la. Bagi aku la blog aku lagi berharga dari facebook aku.

Bukan senang kot aku nak bina blog nie. Teringat first time buat blog. *Efek bunyi cengkerik. Though blog aku tak segempak mana tapi proses aku nak buat blog aku jadi sampai macam hari nie memang cost blood and tears la. Kadang rasa macam nak cepuk jek lappy bila nak edit html tu tapi wassalam blog aku jadinya. Berterabur widget sana sini. Bila blogwalking tengok blog orang lain yang cantik. Tenung sambil tongkat dagu. Bila blog aku boleh jadi cantik macam tu. Sigh. Tapi takpe la. Dah nama blog pun empty decorations. Aku puas hati jek dengan the way blog aku sekarang sebab aku sendiri yang buat tanpa susahkan orang lain. Except for the header.



I LOVE YOU BLOG!!!

February 11, 2011

Tak payah balas kalau tak ikhlas

"I suka U. Dah lama I minat kat U. U sudi terima I tak?"

"Sory. I hargai rasa suka U pada I tapi I dah ada orang lain. Maaf."

Kalau dapat jawapan reject macam nie kira kurang la sikit malu. Tapi kalau kena macam nie

"I suka U. Dah lama I minat kat U. U sudi terima I tak?"

"Ek eleh. U ingat U tu siapa nak suruh I terima U. Muka dah la tak cantik. Kalau anak lord takpe jugak!"

Konpem! Memang konpem aku tak kan terjun bangunan. Tapi memang konpem aku tak kan show dah muka aku depan dia. Tapi sebenarnya bukan itu aku nak point dekat sini. Aku cuma nak cakap kalau kita suka kat orang tapi kalau orang tak suka kat kita balik, jangan bersedih macam orang mati laki sangat. Kita bersedih tapi kita keep on living. Besides benda-benda macam nie kita tak tahu apa akan jadi in future. Jodoh, ajal kan semua tu di tangan ALLAh. Maybe masa sekarang kita tak dapat bersama dengan dia but who knows satu hari nanti dia la pengantin lelaki atau perempuan kita. Tak kisah la sekarang dia hangat berasrama dengan kawan kita sendiri ke. Tapi kalau dah berasmara aku pun tak nak dah. Ditegaskan buat masa sekarang. Masa depan kita tak tahu. Bukan la kita mendoakan

"ish aku harap la si Keli tu eksiden. Boleh aku sambung stalk balik Haruan tu."

Tak baik ye kawan-kawan. Ehe aku bukan nak tunjuk hebat. Aku bukan sekadar type je entry nie. Benda nie aku dah rasa dan sebab itu la entry nie terhasil. Harap orang terima kita sebab ikhlas. Bukan sebab kesian.

May peace be upon U guys :)



February 10, 2011

Cinta Matiku


Hari2 dengar lagu nie kat enset. Layan gila kot. Sixth Sense punya lagu best2 la sekarang. Sampai enset aku dua2 iaitu cik Cekom dan cik Meksis pakai lagu nie dengan lagu Sepi. Drama kat tv pun dah banyak guna soundtrack Sixth Sense. Haha yeahh keep on buat lagu yang boleh sedapkan halwa telinga. Bukan buat telinga kena penyakit kulit :)


Ada orang pakai ringing tone Cinta Matiku jugak. Grr aku ingatkan enset aku yang nyanyi!

Abang? Ewwww!

"Meon (23 tahun), kau boleh tolong hentak kepala kat dinding tak?"

"Kak (25 tahun), kau beritahu bos aku nak ponteng kerja ari nie"

"Lan (24 tahun), nie nanti mintak tolong hantar kat bla..bla..bla..boleh?

Aku. 20 tahun. Muda daripada mereka. Comel daripada mereka. Oke aku memang suka puji diri sendiri. Tiba2 ada suara sumbang yang cakap

Mamat : Eh kau nie memang tak reti hormat orang tua ke?

Aku : Nape pulak? Mana ada saya marah diorang. *muka naif

Mamat : Diorang kan lagi tua dari kau. Tak reti nak panggil abang ke? Bahasakan diri dengan akak bla..bla..bla.. aku pulak tu.

Aku : ...........*sambil angkat kening macam aunty Ziana (datang bulan ke mamat nie?)

Sory. Saya memang alergi nak panggil lelaki dengan panggilan abang. Unless kalau saya dah termula panggil abang atau saya tak tahu nama mereka. Lepas nie saya panggil semua orang sayang oke. Jangan muntah berdarah berkolaborasi dengan cirit-birit pulak :)



February 9, 2011

Kita tak bergaduh sebab perempuan

Ada dua orang teman. A dan B. Berkawan sejak lama. Agak2 kalau ada anak dah boleh berlari kot. Hubungan yang kadang2 oke kadang2 tidak. Sekejap bergaduh sekejap berbaik semula tapi hanya satu hal yang menarik tentang mereka. Tidak pernah berkelahi atas satu sebab. Perempuan.

Satu hari A telah menerima tawaran belajar di sebuah kolej. A sangat teruja tapi takut kadang2 datang juga cuit2 di hati. Mengenangkan B turut belajar di tempat yang sama rasa cuak itu slow2 jugak blah. Adat apabila pergi ke tempat baru. Konpem ushar perempuan2 yang belajar kat situ jugak. Tapi dalam ramai2 perempuan, A telah tertangkap mi cintan dengan sorang gadis. Putih macam kapur, kecik molek macam baju size s, pendiam macam ada emas dalam mulut. A selalu curi2 pandang gadis tersebut. Nak tegur tapi dia malu. Sedar diri tak sekacak Ashraf Muslim. Bercerita pada si teman tentang gadis pujaan hati. Penuh teruja bercerita. Si teman pun ushar jugak perempuan yang sama malah lebih berani hulurkan salam perkenalan. Kelebihan apabila si teman kacak macam Ashraf Muslim. Sejak itu, si teman dan si gadis mula berkawan. Si A hanya melihat. Berkaca-kaca matanya. Sedih. Sangat sedih tapi tak dizahirkan di paras. Tetap tersenyum ceria. A sedar siapa dirinya. Mujur teringat pada ayat penenang hati. Teringat quote daripada Ked Flop.

“Mana ada rules dalam dunia nie kalau kita suka kat orang maka orang tu kena suka kat kita balik.“



Si A termenung di dada langit. Matahari hampir terbenam. Sebentar lagi laungan azan bakal kedengaran. Dan A tersenyum walau dalam hati pedih macam kena simbah dengan air garam. Sungguhlah. Kita tak kan pernah bergaduh sebab seorang perempuan.

THE END

February 8, 2011

Tak puas makan daging lembu dia makan daging manusia pulak!

Solat cukup 5 waktu. Check! (Cuba berfikir positif)

Tapi kenapa ye masih suka mengumpat pasal orang lain? Seriously aku memang tak boleh nak terima orang macam nie. Dia bukan gadis belasan tahun yang tergedik-gedik depan budak laki hidung belang-belang taik ayam. Dia bukan lagi gadis awal remaja yang baru nak tumbuh jerawat. Dia dah ada anak pun. Anak dara pulak tu. But seriously kenapa suka mengumpat ye? Tak cukup makan daging lembu nak makan daging manusia pulak ek?

I pun tak makan daging saudara sendiri tau!

Aku tahu la daging manusia manis tapi will you please stop mengumpat hal orang lain? Dari pagi bawak ke tengah hari. Dari petang bawak ke maghrib. Duduk buat cerita yang nonsense yang boleh buat aku jadi kurang ajar pada orang tua. Apa dosa my mum pada dia sampai orang lain tarik muka dengan mak aku. Suppose dia yang rasa malu sebab tak reti berterima kasih. Come on la. Dah tua kot. Be matang la sikit. Pakai tudung tu elok sangat2 dah jaga aurat walaupun masih tak betul lagi but mulut tu jaga la sekali. Try letak diri dia kat tempat mak aku. Suka kalau orang mengumpat pasal dia? Sometimes aku rasa takde jiran pun lagi bagus kalau ada jiran macam nie. Baik aku berjiran dengan monyet. Boleh mintak tolong petikkan pisang dengan panjat pokok kelapa. Cari kutu kat kepala ke. Haila manusia. Silap orang nampak jek. Silap sendiri pakai specs 3 juta megawatt pun belum tentu nampak. *sigh

February 7, 2011

Ada diploma pun tak guna

Now dah masuk bulan februari. Clan aku semua dah kepoh nak sambung study ke tak. Aku buat gaya selamba lagi. Diorang dah tanya

"korang sambung ke tak nanti?"

"amik course apa kalau sambung nanti?"

Aku bedal jek cakap nak further OSM. (orang sakit mental). Nak sambung ke? Sambil mata terkelip-kelip tengok siling retak. Ikutkan hati aku memang dah malas gila kot nak study. Penat dah tengok buku, test, assignment, exam, yada yada. Lagipun sekarang nie ada ijazah pun mengganggur. Bukan la nak menidakkan talent diorang yang ada ijazah tu. Sekarang skill tu macam lagi penting. For example, though dia hebat dalam akademik tapi bila masuk part praktikal memang hancus.



Tak ramai yang boleh apply apa yang diorang dah belajar pada waktu kerja. Communications pun break down even masa belajar dia boleh score 4 pinggan. Contoh paling jauh. Diri sendiri. Agak kelakar bila konon2 aku yang ambil diploma nie fail tak reti guna mesin fotostate. Nak suruh guna excel pun menggigil lagi. Akak kerani tu pun lagi expert bertingkat dari aku. See? Though akak tu takde diploma macam aku tapi skill dia lagi hebat dari aku. Memalukan. Lagipun banyak faktor lain aku kena fikir kalau aku sambung. Ehe yang tu biar aku simpan sendiri jek. Tak molek kalau aku share dekat sini. Apa pun aku apply jek nanti. Continue atau tak kita bicara di lain hari.

THE END

February 6, 2011

Lagi2 Anwar Hadi

"Eii ensemnya dia tu! I suka la tengok muka jambu batu dia tu"!


"Alahai comelnya! Rasa macam nak cubit2 pipi gebu macam kuih pau basi dia tu la"!


Yeap! Aku selalu macam nie. Alahan bila tengok mamat2 kacak, ensem, jambu air, batu, lumpur segala menda. Siapa tak suka tengok lelaki ensem?

Kau?

Aku?

Atau mak sedara aku?

Most typical girls including me myself memang suka cuci mata bila outing kat town. Lumrah manusia suka tengok something yang boleh membuatkan biji mata diorang shining like stars kan. First time tengok lelaki ensem for sure suka. Kalau toleh tu sampai boleh langgar tiang kat depan. But ajaib tak rasa sakit pulak tu.

Hitam kegemaranku

Tapi sejak aku macam dah dapat pencahayaan agung more less macam boleh fikir lagi matang kot ? Kadang2 pembawaan diri guys tu sendiri yang boleh membuatkan diorang nampak macho. Korang get the picture tak apa yang aku cuba nak sampaikan nie? Oke for example Anwar Hadi. Kenapa aku asyik cakap pasal dia sekarang? Pada aku dia bukan ensem sangat pun. Maaf kalau ada yang tak bersetuju. Dia tu muka typical malay guys la. Belum tukar jadi muka ala2 Fernando Jose lagi. BUT cara dia bercakap and the way he thinks and express himself tu buatkan dia nampak ensem dan boleh membuatkan perempuan cakap 

"Aaaa comelnya Anwar Hadi tu. Saya nak ngorat dia boleh?" 

Lagi akan cakap

"Quite comel jugak die nie kan."

Err..oke u got me. Tu memang statement aku yang buat. So apa yang aku bebelkan dekat sini adalah sometimes rupa paras tu tak penting but the ways tak kisah la guys or girls bawak diri masing2 tu boleh show kemachoan dan ke'hot'an mereka. Maka dekat sini moralnya adalah seimbangkan rupa paras dan pembawaan diri. Macam pelik jek ayat aku. Urgh abaikan! :)

Prasan tak dulu kalau ketua pelajar@ketua pengawas mesti ensem2 je. Patut la aku tak pernah dapat jadi :|
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...